21/04/2026
KURSUS PRODUKTIVITI DIGITAL: PENGURUSAN MAKLUMAT BERKESAN DENGAN GOOGLE
π KERJA BANYAK, TAPI MASIH TAK TERURUS?
Fail berselerak, data susah cari, kerja ambil masa lamaβ¦
π Ini tanda anda perlukan sistem kerja yang lebih bijak!
π₯ Apa anda akan belajar?
β
Urus maklumat dengan lebih sistematik
β
Guna pelbagai aplikasi Google secara praktikal
β
Kolaborasi kerja jadi lebih pantas
β
Automasi tugasan untuk jimat masa
π― Hasilnya:
βοΈ Kerja lebih cepat & teratur
βοΈ Kurang stress, lebih produktif
βοΈ Nampak lebih profesional
β³ Tempat terhad! Jangan tunggu lama
π
*Tarikh*: 12-13 Mei 2026
β° *Masa*: 9.00 pagi - 4.30 petang
π *Lokasi* : Institut Koperasi Malaysia, Petaling Jaya
π° *Yuran*: RM70 sahaja (Anggota Koperasi)
π Link Pendaftaran: https://bit.ly/4c8mLgF
π Hubungi Kami untuk Pendaftaran:
π± Nor Aslamiah: 03-7964 9055
π± Nurul Shahira:03-79649194/ https://wa.me/601156416841
14/04/2026
π Kursus Advance Excel | Perkongsian Ilmu & Peningkatan Kemahiran
Telah Berlangsung, sesi Kursus Advance Excel telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif para peserta serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Pusat ICT, Institut Koperasi Malaysia yang dijemput bagi berkongsi kepakaran dalam penggunaan Microsoft Excel secara lebih efektif dan praktikal.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada: β
Teknik pengurusan data yang lebih sistematik
β
Penggunaan fungsi dan formula lanjutan
β
Kaedah analisis data bagi menyokong tugasan kerja
β
Aplikasi Excel untuk meningkatkan produktiviti harian
Perkongsian ini diharapkan dapat membantu peserta mengoptimumkan penggunaan Excel dalam tugasan serta meningkatkan kecekapan kerja secara keseluruhan
10/04/2026
SELESAI SESI PERBINCANGAN STRATEGIK
Selesai sesi perbincangan antara pengurusan tertinggi Institut Koperasi Malaysia ( IKMa ) bersama Unit ICT serta pihak pengurusan MIMOS Academy.
Perbincangan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama yang lebih strategik, khususnya dalam memperkukuhkan pembangunan teknologi, latihan serta inisiatif berimpak tinggi ke arah pemerkasaan organisasi.
Semoga segala perancangan yang dibincangkan dipermudahkan urusannya dan diterjemahkan kepada pelaksanaan yang memberi manfaat besar kepada semua pihak.
Terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan.
08/04/2026
π£ *WAJIB LANJUTAN KOPERASI PINTAR*
*TINGKATKAN PRODUKTIVITI DENGAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)*
π Jom tingkatkan kecekapan koperasi dengan _*Artificial Intelligence (AI)*_
Jom Segera...Sertai kami sebab seat sangat terhad
Rebut Peluang ini dan meningkatkan produktiviti koperasi melalui perkongsian eksklusif terus daripada pakar industri.π
π
5hb β 6hb Mei 2026 (Selasa-Rabu)
β° 9.00 pagi β 4.30 petang
π Institut Koperasi Malaysia, Zon Utara
π° Yuran: RM70 (Ahli Koperasi)
π Tutup pendaftaran: 28 April 2026 ( Seat Terhad!!!)
π Daftar: Imbas QR pada poster atau link dibawah
https://bit.ly/4t1Wy9s
π Maklumat lanjut:
Cik Nurul Shahira β 03-79649194 / https://wa.me/601156416841
Pn Intan Nur Azreen β 03-79649111 / https://wa.me/60192874948
π’ Tempat terhad β daftar segera!
09/03/2026
*DIGITALISASI KOPERASI: KUNCI KEPADA PENGURUSAN LEBIH CEKAP DAN BERDAYA SAING*
Masih mengurus koperasi secara manual?
β*Transformasi Koperasi: Strategi Pengurusan Digitalisasi Koperasi*β untuk koperasi.
Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan kepada:
π‘Konsep dan kepentingan digitalisasi dalam pengurusan koperasi
π‘Kaedah merancang dan melaksanakan strategi digitalisasi koperasi
π‘Pendekatan meningkatkan kecekapan tadbir urus melalui teknologi
Sertai kursus iniπ
π
*Tarikh*: 21-22 April 2026
β° *Masa*: 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
π *Lokasi* : Dalam talian di Google Meet
π° *Yuran*: RM20 sahaja (untuk Anggota Koperasi)
π Link Pendaftaran: *https://bit.ly/4tQYDWH*
π Hubungi Kami untuk Pendaftaran:
π± Nor Aslamiah: 03-7964 9055
π± Nurul Shahira : 03-7964 9194 / https://wa.me/601156416841
06/03/2026
π BENGKEL PEMULIHAN DAN PEMANTAPAN JATI DIRI KOPERASI NEGERI KELANTAN SIRI 01/2026
π
5 Mac 2026 (Khamis)
π Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan
ANGKASA melalui Bahagian Pengurusan Sekretariat dan Tadbir Urus telah menganjurkan Bengkel Pemulihan dan Pemantapan Jati Diri Koperasi Negeri Kelantan Siri 01/2026 yang bertujuan memperkukuh pemahaman serta penghayatan nilai dan prinsip koperasi dalam kalangan anggota dan kepimpinan koperasi di negeri Kelantan.
Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif strategik untuk meningkatkan kesedaran anggota terhadap peranan, hak serta tanggungjawab dalam pengurusan koperasi, di samping membentuk kepimpinan koperasi yang berintegriti, berdaya tahan dan mampu menyokong kelestarian institusi koperasi dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Sepanjang bengkel ini, para peserta telah mengikuti beberapa sesi perkongsian dan pembentangan yang merangkumi:
πΉ Taklimat Jawatankuasa Negeri Kelantan (JKAN)
πΉ Pemantapan Jati Diri Koperasi: Peranan, Hak dan Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
πΉ Pengenalan dan Aplikasi Business Model Canvas (BMC)
πΉ Artificial Intelligence (AI) dalam Digitalisasi Koperasi Merangsang Kelestarian Perniagaan Koperasi - IKMA
πΉ Pemerkasaan dan Pengukuhan Tadbir Urus Koperasi
Sesi berkaitan Artificial Intelligence (AI) dalam Digitalisasi Koperasi yang di sampaikan oleh pihak ICT IKMA turut memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai potensi penggunaan teknologi AI dalam membantu koperasi meningkatkan kecekapan operasi, mempercepatkan proses kerja serta memperkukuh daya saing perniagaan koperasi dalam era digital.
Bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan ANGKASA serta Sokongan Institut Koperasi Malaysia ( IKMA ) dalam memperkasa gerakan koperasi melalui pembangunan kapasiti anggota, pemantapan tadbir urus serta penerapan elemen inovasi dan teknologi bagi memastikan koperasi kekal relevan, berdaya saing dan mampan.
03/03/2026
Nak mula marketing TikTok tapi tak tau nak start kat mana? π€
Jom upgrade skill dengan Kursus Pemasaran TikTok: Dari Asas ke Impak Maksima β kursus khas untuk bantu anda faham strategi sebenar guna TikTok bagi tarik pelanggan & tingkatkan jenama koperasi atau bisnes anda!
π± Belajar dari asas sampai boleh terus praktik
π Faham teknik content yang tarik perhatian
π― Strategi pemasaran yang bagi impak sebenar
Tak kira beginner atau dah pernah cuba TikTok, kursus ni bantu anda buat content lebih yakin & berkesan.
π
14 β 15 April 2026
π 9.00 pagi β 4.30 petang
π Institut Koperasi Malaysia, Petaling Jaya
π° Yuran:
RM70 (Anggota Koperasi)
RM150 (Individu)
β οΈ Tempat terhad! Daftar sebelum 7 April 2026
π Scan QR Code sekarang atau klik https://bit.ly/46hCC9j & secure tempat anda!
π Maklumat Lanjut / Pertanyaan:
π©βπΌ Nor Azlina Kassim 03-79649054
π©βπΌ Cik Nurul Shahira (SUK) 03-79649194 / 011-56416841
Jangan tunggu sampai content orang lain ja FYP π β kali ni turn anda pulak!
02/03/2026
π BENGKEL PEMANTAPAN JATI DIRI & PEMERKASAAN KOPERASI WILAYAH PERSEKUTUAN 2026
π
26 Februari 2026 | 8 Ramadan 1447H
π Deβ Moccis Boutique Hotel, Kuala Lumpur
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) berbesar hati dapat bersama-sama warga koperasi Wilayah Persekutuan dalam menjayakan Bengkel Pemantapan Jati Diri dan Pemerkasaan Koperasi Tahun 2026.
Program ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kefahaman mengenai tadbir urus, pembiayaan, inovasi serta strategi perniagaan koperasi agar terus relevan dan berdaya tahan dalam persekitaran ekonomi yang semakin mencabar.
Antara pengisian utama bengkel termasuk:
πΉ Pemantapan Jati Diri dan Pemerkasaan Koperasi
πΉ Meneroka Peluang Pembiayaan bersama KOPSYA
πΉ Artificial Intelligence (AI) dalam Digitalisasi Koperasi
πΉ Pengenalan dan Aplikasi Business Model Canvas (BMC)
IKMa telah menyampaikan pembentangan bertajuk:
βArtificial Intelligence (AI) dalam Digitalisasi Koperasi: Merangsang Kelestarian Perniagaan Koperasiβ, yang menekankan kepentingan transformasi digital, penggunaan teknologi secara strategik serta keperluan perubahan minda dalam memastikan koperasi terus kompetitif dan mampan.
Terima kasih kepada pihak penganjur " Angkasa Wilayah " atas kepercayaan dan jemputan yang diberikan. Semoga segala perkongsian dan perbincangan sepanjang bengkel ini memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh gerakan koperasi.
IKMa komited untuk terus menjadi rakan strategik dalam pembangunan dan pemerkasaan koperasi negara.