SK Tropicana

SK Tropicana

Share

Sekolah Kebangsaan Tropicana, Jalan Tropicana Selatan, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Page SK TROPICANA ini dikelolakan oleh guru-guru SK TROPICANA.Tuliskan Keceriaan, bukan cercaan Berikan Impian, bukan kesedihan Doakan kebaikan untuk anak didik, guru-guru serta ibu bapa.

Photos from SK Tropicana's post 11/04/2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi SK Tropicana ( TROOPER) U12 yang telah merangkul Naib Johan Kategori Plate 2026 dalam Kejohanan Ragbi MSSD Petaling Utama 2026

Tahniah diucapkan kepada semua yg terlibat terutama jurulatih dan ibubapa yang terlibat

09/03/2026

๐Ÿ“š *Pengisian AINS*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua murid diminta untuk *merekodkan bacaan buku masing-masing dalam sistem AINS* secara berterusan. Pastikan setiap rekod yang dimasukkan adalah **lengkap dan terperinci**, terutamanya pada bahagian:

โœ๏ธ *Rumusan buku*
โœ๏ธ *Pengajaran / nilai yang diperoleh*

Rekod bacaan ini akan *disemak pada minggu terakhir setiap bulan*. Murid dengan jumlah rekod bacaan tertinggi akan berpeluang dipilih sebagai **Pemenang Pembaca AINS Tertinggi** bagi bulan tersebut. ๐Ÿ†๐Ÿ“–

Jom sama-sama *membudayakan amalan membaca* dan pastikan rekod AINS anda sentiasa dikemas kini! โœจ

Unit NILAM, PSS RUBARA
2026

Photos from SK Tropicana's post 12/02/2026

Jawab kuiz dan tebus hadiah di PSS!

Selamat Tahun Baharu Cina!
Kuiz sempena Tahun Baharu Cina..
๐Ÿ‘‰ https://wayground.com/join?gc=30027790

Jawab dengan betul dan tebus hadiah di PSS RUBARA esok! Jumpa anda di PSS..

11/02/2026

๐Ÿ“Œ *PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes Tibi (Tuberkulosis) di seluruh negara termasuk kawasan sekitar. Sehubungan itu, ibu bapa diminta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan penyakit ini.

Mohon kerjasama semua untuk:
โœ… Tidak menghantar anak ke sekolah jika batuk berpanjangan atau bergejala.
โœ… Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan sekiranya anak mempunyai simptom Tibi.
โœ… Menggalakkan anak memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan diri seperti menutup mulut ketika batuk dan kerap mencuci tangan.
โœ… Elakkan diri dan keluarga ke tempat yang sesak dan berisiko untuk dijangkiti.

Kerjasama semua amat dihargai demi keselamatan dan kesihatan bersama.
Terima kasih.

SeKaTa

Photos from SK Tropicana's post 11/02/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

๐Ÿ“ข *KESEDARAN VIRUS & INFLUENZA*

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan kes influenza dalam kalangan komuniti sekolah dan masyarakat.

Oleh itu, ibu bapa/penjaga diminta:
1๏ธโƒฃ Tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya mereka mengalami demam, batuk, selesema atau keletihan.
2๏ธโƒฃ Membawa anak ke klinik untuk pemeriksaan dan rawatan.
3๏ธโƒฃ Menggalakkan anak mengamalkan langkah pencegahan seperti mencuci tangan dengan kerap dan memakai pelitup muka jika bergejala.

Kerjasama ibu bapa amat dihargai bagi memastikan kesihatan semua murid terpelihara.

Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda.

Kesihatan SK Tropicana

Photos from SK Tropicana's post 29/12/2025

HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 1 2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Sekolah Kebangsaan Tropicana akan mengadakan Hari Permuafakatan Tahun 1 bagi sesi 2026 mengikut ketetapan berikut:

Hari : Jumaat
Tarikh : 9 Januari 2026
Masa : 7.30 pagi โ€“ 11.00 pagi
Tempat : SK Tropicana

Segala info dan makluman penting akan dikongsikan melalui channel Telegram Orientasi Tahun 1 SKT dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai.

13/12/2025

Video Korporat SK Tropicana 2025

12/12/2025

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH & TAHUN 6 DAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID (HAKM) SESI 2025๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak sekolah berbesar hati untuk menjemput ibu bapa/penjaga kepada penerima anugerah untuk hadir pada ketetapan yang berikut:

๐Ÿ“Œ Tarikh: 13 Disember 2025 (Sabtu).
๐Ÿ“Œ Masa:
- Sidang 1: 8.00 - 10.00 pagi (Majlis Apresiasi Prasekolah & Tahun 6).
- Sidang 2: 10.30 - 1.00 tengah hari (HAKM).
๐Ÿ“Œ Tempat: Dewan Budiman, SKT.
๐Ÿ“Œ Pakaian: Berpakaian formal dan sopan.
๐Ÿ“Œ Ruangan Parkir kereta: Kawasan pagar C.
๐Ÿ“Œ Kehadiran ibu bapa/penjaga: Ibu bapa dibenarkan untuk berada di Dewan Budiman mengikut sidang yang ditetapkan. Namun, sekiranya dewan sudah penuh, pihak sekolah juga menyediakan tempat di Dewan Warisan untuk menonton majlis melalui youtube live.

๐Ÿ“Œ Pihak PIBG juga menyediakan photobooth (RM 5) di Dewan Warisan.

๐Ÿ“Œ Makanan dan minuman boleh dibeli di kantin.
โ 
๐Ÿ“Œ Bagi penerima anugerah, murid dikehendaki untuk memenuhi perkara berikut:
1. Hadir ke sekolah sebelum 7.15 pagi.
2. โ Beruniform sekolah lengkap, kemas dan bersih - lengkap berlencana dan tanda nama.
- Lelaki: rambut kemas disikat dan bertali leher.
- Perempuan: bertudung/rambut diikat dengan kemas.
3. โ Kasut hitam bersih dan berstokin.
4. โ Bawa beg kecil untuk meletakkan sijil & hadiah.
5. โ Murid akan diberi sarapan - roti dan air mineral.
6. โ Murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit.

๐Ÿ“Œ Peringatan:
- Mohon ibu bapa/penjaga untuk kekal berada di tempat duduk masing-masing ketika majlis berlangsung & meminimumkan pergerakan.
- โ Ibu bapa/penjaga juga tidak dibenarkan untuk berada di ruangan hadapan untuk mengambil gambar.
- โ Telefon mestilah dalam tetapan mod senyap

๐Ÿ“Œ Makluman:
- Setiap foto penerima anugerah akan diambil secara individu oleh jurukamera dan akan dimuat naik di dalam facebook sekolah.โ 

Pautan youtube sekolah: Akan dikongsikan nanti.

Pautan buku program: https://tinyurl.com/BukuProgramApresiasidanHAKM

Harap maklum, terima kasih๐ŸŒฑ

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Tropicana Selatan
Petaling Jaya
47410