Muzium Petaling Jaya

Call Directions Website Contact the organization

Muzium Petaling Jaya Muzium Petaling Jaya dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan Cuti Umum. Masuk adalah PERCUMA Muzium Petaling Jaya terletak di dalam kawasan Taman Tasik Jaya.

Muzium Petaling Jaya telah diselia tabir oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya di bawah tanggungjawab Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan. Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Petaling Jaya kira-kira 12 Km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Sebelum dijadikan bangunan Muzium Petaling Jaya, bangunan ini pernah digunakan sebagai Pusat Pendidikan Alam Sekitar sebelum ia diambil alih sepenuhnya pada awal April 2007. Penubuhan Muzium Petaling Jaya adalah bertujuan untuk menyimpan, memelihara, mempamer dan menyebarkan maklumat serta sebagai sumber rujukan kepada generasi kini dan akan datang. Muzium ini menempatkan pelbagai bentuk bahan yang menjadi identiti dan kebanggaan khususnya kepada seluruh penduduk Petaling Jaya. Selain itu penubuhan muzium ini juga adalah mempamerkan bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah kewujudan Bandar Petaling Jaya, pentadbiran serta perkembangan dan pembangunan Petaling Jaya. Muzium Petaling Jaya juga akan menjadi satu tempat infomasi dan penyebaran maklumat serta berperanan sebagai sumber khazanah ilmu. Penubuhan Muzium ini juga merupakan sebahagian daripada aset dan destinasi pelancongan dalam menggalakkan perkembangan industri pelancongan Negeri Selangor amnya.

22/09/2026

𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐰𝐚𝐫𝐧𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐬𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐮𝐜𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔

📍𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚
🗓️𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟐𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔)
®️𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧: 𝟖.𝟎𝟎 𝐏𝐚𝐠𝐢

(𝐍𝐨𝐭𝐚: 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝟏 𝐣𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚)

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Bersatu Dalam Kepelbagaian,Teguh Membina Malaysia.Marilah kita terus menyemarakkan seman...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Bersatu Dalam Kepelbagaian,
Teguh Membina Malaysia.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian dan bersama-sama memelihara warisan negara.

Oleh itu, Muzium Petaling Jaya akan ditutup pada 16 September 2026 (rabu) dan akan dibuka semula pada 17 September 2026 (khamis).

“Malaysia Milik Kita Bersama” ❤️🇲🇾






Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia Selamat Menyambut H...
30/08/2026

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 69. Semoga semangat kemerdekaan ini terus mekar dalam setiap jiwa rakyat Malaysia.

Oleh itu, Muzium Petaling Jaya akan ditutup bermula pada 31 Ogos 2026 hingga 2 September 2026 dan akan dibuka pada rabu 3 September 2026. Terima Kasih







28/08/2026

Cuti Peristiwa Khas khusus meraikan kemenangan luar biasa Kontinjen Negeri Selangor dalam Kejohanan SUKMA 2026 serta bagi menghargai segala sokongan dari seluruh rakyat, sukarelawan, atlet dan ibu bapa serta para petugas.

Cuti Peristiwa Khas pada 1 September 2026 bagi Negeri Selangor Darul Ehsan.

Terima kasih semua dan tahniah !

28/08/2026

Saksikan Konsert Merdeka 69 yang bakal menampilkan artis-artis terkemuka tanah air bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke 69 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 pada ketetapan seperti berikut:

🗓️ 𝟑𝟎 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝)
⏰ 𝟖.𝟎𝟎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦
⁣📍 𝐒𝐭𝐚𝐝𝐢𝐮𝐦 𝐊𝐚𝐣𝐚𝐧𝐠
𝐌𝐚𝐩𝐬/ 𝐖𝐚𝐳𝐞 - maps.app.goo.gl/TZ96Q…

Jemput datang bersama keluarga dan rakan-rakan, kita meriahkan Konsert Merdeka 69.

Jumpa anda di sana‼️




28/08/2026

Jalur Gemilang ialah simbol kedaulatan, kemerdekaan dan kebanggaan negara kita. Mengibarkannya bukan sekadar tradisi, tetapi satu komitmen untuk memelihara kehormatan Jalur Gemilang.

Mari kita amalkan etika pengibaran Jalur Gemilang dengan betul:

✅ Pastikan bendera tidak menyentuh tanah.

✅ Elakkan menggunakan Jalur Gemilang sebagai alas, penutup barang, atau dekorasi biasa.

✅ Jaga kebersihan dan elakkan meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya.

✅ Berdiri tegak dan menghormati Jalur Gemilang semasa ia dinaikkan dan lagu Negaraku dimainkan.

Kibarkan dengan penuh bangga dan rasa hormat! 🇲🇾



Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











28/08/2026
28/08/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝐗𝐗𝐈𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kontinjen Selangor atas kejayaan muncul sebagai Juara Keseluruhan SUKMA XXII Selangor 2026 dengan kutipan 101 pingat emas, 73 perak dan 71 gangsa.

Kejayaan membanggakan ini membuktikan keunggulan serta prestasi cemerlang atlet Selangor yang tampil dengan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi sepanjang temasya berlangsung.

MBPJ turut merakamkan penghargaan kepada seluruh atlet, jurulatih, pegawai serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam memastikan kejayaan Kontinjen Selangor pada temasya kali ini.

Ikhlas daripada:
Datuk Bandar Petaling Jaya,
Timbalan Datuk Bandar, Ahli-ahli Majlis, Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Kerja MBPJ.




28/08/2026

Address

Jalan 10/7, Seksyen 10, Taman Jaya
Petaling Jaya
46000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60379548122

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muzium Petaling Jaya:

Shortcuts

Share