Perpustakaan Hipermedia MBSJ

Call Directions Website

Perpustakaan Hipermedia MBSJ Selamat Datang ke Bahagian PERPUSTAKAAN HIPERMEDIA Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ.

Kami mempunyai 3 cawangan iaitu di Kompleks 3C Bandar Sunway, Bandar Puteri Puchong dan Kompleks 3K Seri Kembangan.

Majlis Bandaraya Subang Jaya MBSJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Amir...
21/07/2026

Majlis Bandaraya Subang Jaya MBSJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Amirul Azizan bin Abd. Rahim, Mantan Datuk Bandar MBSJ atas segala jasa, kepimpinan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui MBSJ.

Segala sumbangan, dedikasi dan legasi kepimpinan beliau dalam memacu pembangunan bandar serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada warga Subang Jaya akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga YBhg. Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, kesejahteraan serta terus melakar kejayaan dalam setiap langkah pada masa hadapan.

Ikhlas daripada Timbalan Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja MBSJ




13/07/2026

📚 Masih ingat lagi iklan ni? 😆

"Pergi perpustakaan cari ilmu, bukan cari jodoh... tapi kalau jumpa jodoh, apa salahnya kan?" 🤭

✨ Kadang-kadang, apa yang kita harapkan belum tentu kita dapat.

Tak kira apa tujuan anda, yang penting singgah ke Perpustakaan Hipermedia MBSJ Kompleks 3C. Datang membaca, belajar, menyiapkan tugasan atau sekadar menikmati suasana yang tenang dan selesa.

📍Perpustakaan Hipermedia
Kompleks 3C, Aras 2,
Jalan PJS 11/2, Taman Bandar Sunway
(Ibu Pejabat MBSJ Cawangan Subang Jaya)

🕒 Waktu Operasi (buka untuk orang awam)
• Isnin: 12.00 tengah hari – 5.00 petang
• Selasa – Jumaat: 9.30 pagi – 5.00 petang
• Sabtu: 9.00 pagi – 3.00 petang
❌ Tutup pada Ahad & Cuti Umum

📞 Pertanyaan: 03-5638 7704

Jom manfaatkan kemudahan yang disediakan. Cari ilmu, tambah pengalaman… yang lain tu, kalau ada rezeki, bonuslah. 😉✨

06/07/2026

PERTANDINGAN MEWARNA HTKSJ SIRI 2/2026

Bawalah si cilik menyertai Pertandingan Mewarna sempena Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) Siri 2/2026 dan beri mereka peluang menyerlahkan kreativiti dalam suasana yang penuh keceriaan!

Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Subang Parade, Subang Jaya

Penyertaan adalah PERCUMA dan hadiah wang tunai menanti para pemenang!

Daftar sekarang melalui kod QR pada visual atau pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScaWFuxm8nPYXr2ipcZUG_Mc4_r54VTNsU_i_kQmMQBc1WVBg/viewform

Sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera pada visual.

Jom sertai dan warnai hari anda bersama HTKSJ!

‘MBSJ Gemilang Bersama’





06/07/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 (𝐇𝐓𝐊𝐒𝐉) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐁𝐎𝐑 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝐗𝐗𝐈𝐈 & 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

Luangkan hujung minggu anda bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang aktif, sihat dan penuh kemeriahan!

MBSJ mengalu-alukan kehadiran seluruh warga Subang Jaya untuk bersama-sama menjayakan Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) Siri 2/2026 dalam suasana yang meriah, aktif dan sihat.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:

• Pertandingan Sepak Raga Bulatan
• Pertandingan Street Soccer 3 vs 3
• Eksplorasi Sekolah Sihat dan Lestari
• Pertandingan Netball Shootout

Tarikh : 19 Julai 2026 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : Subang Parade

Pelbagai hadiah menarik menanti para peserta, selain sijil penyertaan, markah PAJSK (bagi aktiviti berkaitan) dan sarapan pagi. Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster. Penyertaan bagi aktiviti dan pertandingan adalah terhad!

Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat SUKMA 2026, mengamalkan gaya hidup aktif serta menyokong inisiatif bandar rendah karbon melalui Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya. Jumpa anda di sana!

‘MBSJ Gemilang Bersama’





06/07/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 (𝐇𝐓𝐊𝐒𝐉) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈!

Sempena penganjuran Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) Siri 2/2026 dan Larian Obor SUKMA XXII serta Para SUKMA Selangor 2026, MBSJ menjemput seluruh warga Subang Jaya, khususnya para pelajar sekolah untuk menyertai pelbagai pertandingan menarik yang dianjurkan bagi menyemarakkan semangat kesukanan, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memupuk kreativiti dan penglibatan aktif dalam komuniti.

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟏𝟗 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝)
𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢-𝐁𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐒𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚
𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟕.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟏𝟏.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢

Antara aktiviti yang bakal berlangsung:
•Pertandingan Street Soccer (3 lawan 3)
•Sepak Raga Bulatan
•Netball Shootout (5 lawan 5)
•Eksplorasi Sekolah Sihat & Lestari
•Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
•Busking
•Senamrobik
•Yanis Clay Art
••Pemeriksaan Kesihatan Percuma
•Eco Free Market
•Agihan Pokok Percuma
•Bazar Makanan

Penyertaan dalam pertandingan yang ditawarkan bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk mengasah bakat, membina keyakinan diri dan meraih pengalaman berharga, malah turut melayakkan peserta menerima markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tertakluk kepada syarat dan ketetapan yang berkuat kuasa.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan HTKSJ Siri 2/2026.

Daftarkan penyertaan anda sekarang dan bersama-sama kita menghidupkan semangat kesukanan, gaya hidup sihat serta komuniti yang aktif dan sejahtera.

‘MBSJ Gemilang Bersama’







Seorang bapa mungkin tidak selalu mengungkapkan kasih dengan kata-kata, namun setiap usaha, pengorbanan dan keringatnya ...
21/06/2026

Seorang bapa mungkin tidak selalu mengungkapkan kasih dengan kata-kata, namun setiap usaha, pengorbanan dan keringatnya adalah bukti cinta yang paling bermakna.

Sempena Hari Bapa, MBSJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua bapa yang menjadi tunjang keluarga, pembimbing kehidupan dan inspirasi kepada generasi masa hadapan.

Selamat Menyambut Hari Bapa 2026.

Ikhlas daripada Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar, Ahli Majlis dan seluruh warga kerja MBSJ.

‘MBSJ Gemilang Bersama’





Salam Maal Hijrah 1448HSempena kedatangan Awal Muharram ini, marilah kita menghayati semangat hijrah dengan terus beruba...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Sempena kedatangan Awal Muharram ini, marilah kita menghayati semangat hijrah dengan terus berubah ke arah kebaikan, memperkukuh keimanan serta memperbanyak amalan kebajikan.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan buat kita semua.

Ikhlas daripada Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja MBSJ.

‘MBSJ Gemilang Bersama’




01/06/2026
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-P...
01/06/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 5 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja MBSJ

Reshared

 Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.Semoga sambutan ini membawa kedamaian, kesejahteraan...
31/05/2026

Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan ini membawa kedamaian, kesejahteraan dan keharmonian kepada seluruh komuniti.

Ikhlas daripada
Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja MBSJ.

Address

Kompleks 3C, Jalan PJS 11/2, Tmn Bandar Sunway
Petaling Jaya
47500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Hipermedia MBSJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category