03/04/2026
Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Petaling
Tingkat 2A Bangunan Persekutuan Jalan Sultan 46200 Petaling Jaya
Tel : 03 79546963 | +60 11-5373 4620
Faks : 03 79562163
03/04/2026
02/04/2026
https://www.facebook.com/share/1EHgsg3Lv4/
Pegawai AADK parah ditikam penagih dadah di dada kini stabil | Harian Metro Kuala Lumpur: Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang cedera parah ditikam menggunakan pisau di dadanya oleh seorang penagih dadah dilaporkan dalam keadaan stabil.
01/04/2026
Jangan jadikan alasan 'janji siap' atau 'asal boleh' sebagai lesen untuk kau hidangkan ilmu separuh masak pada masyarakat. Bila dah kaut untung hasil tontonan dan tajaan yang masyuk, janganlah buat kerja tangkap muat. Seni dan teknik itu ada nilainya, bukan sekadar tabur bahan segera janji nampak menggiurkan. Kalau tak sedia nak buat kajian mendalam, tak payah berlagak nak jadi cikgu di media sosial.
Tapi itulah, dalam kita sibuk jadi hakim yang terpaling pakar, kita sendiri pun hilang punca. Ilmu yang tinggi melangit tapi kalau adab ke laut, ia hanya melahirkan rasa sombong. Menegur kesalahan orang lain sampai memperlekehkan maruah mereka secara terbuka itu bukan lagi soal berkongsi fakta, tapi soal kepuasan ego. Dalam menjaga kesucian jiwa, kegagalan menjaga lisan itu jauh lebih buruk daripada salah teknik di dapur.
Kemahiran yang kurang boleh diasah, tetapi hati yang diselubungi rasa ego memerlukan proses penyucian yang berterusan. Kita hidup dalam komuniti untuk saling membina, bukan untuk jadi jaguh kecaman demi meraih sokongan orang lain.
Mari kita jaga ketenangan jiwa dengan memberi teguran yang penuh hikmah. Ilmu itu penting, tapi adablah yang menjaga keberkatan hidup kita. Masih relevankah teguran tanpa adab dalam dunia hari ini?
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
01/04/2026
Anda pernah dengar tak orang tua-tua pesan jangan makan sambil minum silih berganti? Bunyi macam tipu tapi sebenarnya ada sebab saintifik di sebaliknya. Kalau tak jaga, boleh ganggu penghadaman kita tau!
Bila makan sambil minum, kita akan cairkan asid perut yang sepatutnya bekerja keras untuk hancurkan makanan. Makanan jadi lambat hadam, rasa kembung, perut tak selesa, dan mungkin cepat lapar balik. Lama-lama, sistem badan kita pun jadi rosak.
Sistem badan boleh terganggu akibat cara makan dan minum yang salah, apatah lagi bahan asing yang memang memusnahkan tubuh. Hidup sihat perlukan disiplin. Jangan musnahkan kesihatan demi keseronokan sementara.
Mulai hari ini, amalkan minum air sebelum atau selepas makan. Biarkan perut dapat buat tugasnya. Jaga kesihatan dan lindungi masa depan kita.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
01/04/2026
SELAMAT ULANG TAHUN ESSCOM KE-13
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) atas dedikasi tanpa henti dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
Keamanan yang kita kecapi hari ini adalah hasil sinergi jitu antara pelbagai agensi keselamatan. Sebagai rakan strategik, AADK amat menghargai peranan ESSCOM yang bukan sahaja menjaga sempadan daripada pencerobohan, malah turut membantu mewujudkan persekitaran yang selamat dan terkawal bagi membolehkan usaha pembanterasan gejala dadah di peringkat komuniti dijalankan dengan lebih berkesan. Kerjasama rentas agensi seperti inilah yang menjadi tunjang kepada kestabilan sosial dan keselamatan nasional.
Semoga ESSCOM terus utuh sebagai simbol kedaulatan tanah air dan kekal komited dalam memikul amanah yang diberikan. Kami mendoakan agar seluruh anggota yang bertugas sentiasa berada di bawah perlindungan Tuhan dan terus bersemangat waja demi mempertahankan setiap inci kedaulatan ibu pertiwi. Terus berbakti, terus berkhidmat!
MalaysiaMADANI
KDN_TogetherWeAreOne
01/04/2026
22 klien AADK lulus SPM 2025, berpeluang lanjut pendidikan Menerusi program PAPK ini, klien mengikuti jadual pembelajaran yang sistematik dengan bimbingan guru berpengalaman serta sokongan pejabat pendidikan daerah.
01/04/2026
PERANG ASIA BARAT | Kerajaan akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam bermula 15 April ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai usaha mengurangkan penggunaan bahan api serta memastikan kemampanan bekalan tenaga susulan konflik di Asia Barat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan Sultan
Petaling Jaya
46200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
