Kenali Ubat Anda KKM

Kenali Ubat Anda KKM

Share

Akaun rasmi Kenali Ubat Anda, Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

15/05/2026

Haji-Pengurusan Ubat semasa Ibadah Haji🕋

Tonton video ini untuk tip pengurusan ubat-ubatan yang teratur sepanjang ibadah haji.

Video ini disediakan oleh Puan Nurul Elifa binti Mohd Zaini Tee, pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

11/05/2026

Penggunaan Ubat Tahan Haid untuk Mengerjakan Haji🕋

Bolehkah menggunakan ubat untuk menahan haid semasa ibadah haji? Ketahui jawapannya menerusi video ini.

Video ini disediakan oleh Puan Nur Aflyn Fatinah binti Faizal, pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

10/05/2026

KIDs List: Menangani Risiko Keselamatan

Kanak-kanak merupakan golongan yang lebih sensitif dan mudah terdedah kepada kesan sampingan ubat-ubatan. Dengan kepelbagaian jenis ubat di pasaran, bagaimanakah orang awam khususnya ibu bapa dapat mengurangkan risiko ini serta mengenal pasti ubat yang berpotensi memberi kesan kepada anak-anak?

𝐍𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐟𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐨𝐩𝐢𝐤 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐝𝐢𝐨 𝐀𝐬𝐲𝐢𝐤 𝐅𝐌!
____________________________________________________________________

🗓️ 𝟏𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)
🕰️ 𝟏𝟏.𝟏𝟓 𝐩𝐚𝐠𝐢

📻 𝟗𝟏.𝟏 𝐅𝐌 (𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫) / 𝟏𝟎𝟐.𝟓 𝐅𝐌 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫)
📱 𝐫𝐭𝐦𝐤𝐥𝐢𝐤.𝐫𝐭𝐦.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲

𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 😉

Photos from Program Perkhidmatan Farmasi KKM's post 08/05/2026

𝟭𝗦𝗧 𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗖𝗢𝗡𝗙𝗘𝗥𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗛𝗔𝗩𝗜𝗢𝗨𝗥𝗔𝗟 𝗦𝗖𝗜𝗘𝗡𝗖𝗘𝗦 𝗜𝗡 𝗛𝗘𝗔𝗟𝗧𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗕𝗦𝗖𝟮𝟲) - 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜

Persidangan Kebangsaan Sains Tingkah Laku Dalam Kesihatan Pertama 2026 (BSC26) merupakan acara bersejarah yang didedikasikan untuk memajukan usaha Malaysia dalam mengintegrasikan sains tingkah laku ke dalam dasar, sistem, dan amalan kesihatan harian. Ia telah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IHBR), Kementerian Kesihatan Malaysia pada 6 hingga 7 Mei 2026 bertempat di Institut Kesihatan Negara (NIH).

Persidangan sulung ini telah menghimpunkan seramai 369 delegasi pelbagai latar belakang, termasuk penyertaan antarabangsa dari Jepun dan Nigeria. Daripada 128 penyertaan yang diterima, sebanyak 45 pembentangan lisan dan 69 pembentangan e-poster telah dipilih untuk dibentangkan merentasi lima (5) tema utama.

Pada persidangan kali ini, delegasi dari Program Perkhidmatan Farmasi telah menyertai secara aktif melalui tiga (3) pembentangan e-poster yang mengetengahkan aplikasi wawasan tingkah laku (behavioural insights) dalam perkhidmatan penjagaan farmaseutikal.

Pembentangan tersebut terdiri daripada:

1. Designing Better Health: A Behavioral Insights Approach in Pharmacy Integrated Community Care (PICC) Towards Diabetes Management.

2. Silent Struggles, Invisible Barriers: Behavioural Insights in Medication Management for Deaf and Blind Populations.

3. From Awareness to Action: Integrating Behavioural Insights to Strengthen Community-Led Quality Use of Medicines.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Haslinda binti Rustam Afandi dan ahli pasukan atas pencapaian cemerlang merangkul Tempat Pertama bagi kategori E-Poster di bawah Tema 2: People, Culture & Context in Behavioural Change; and Behavioural Approaches in Clinical Care & Service Delivery.

Syabas dan tahniah juga dirakamkan kepada Puan Grace Tan Poh Lian atas jemputan sebagai penceramah bagi Symposium 8: People, Culture and Context in Behavioural Change Strategies. Perkongsian beliau telah memberikan impak besar dalam memperkasakan strategi perubahan tingkah laku dalam kalangan peserta.

Tahniah juga diucapkan kepada kesemua pembentang dari Program Perkhidmatan Farmasi yang telah berjaya berkongsi inovasi serta intervensi klinikal masing-masing di platform kebangsaan ini.

Penyertaan dalam persidangan ini membuktikan komitmen Program Perkhidmatan Farmasi dalam menginovasi penyampaian perkhidmatan melalui pemahaman tingkah laku manusia. Usaha ini sejajar dengan evolusi dan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia ke arah perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih proaktif dan benar-benar berpaksikan pesakit.

Photos from Kenali Ubat Anda KKM's post 08/05/2026

Pendispensan ubat minum dalam pek unit dos untuk pesakit OKU Penglihatan kini telah mula dilaksanakan di 240 fasiliti terpilih di seluruh negara sejak Januari 2026.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan akses kepada ubat yang lebih selamat, mudah dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat, termasuk golongan OKU Penglihatan.

📍 Semak 240 lokasi fasiliti terpilih melalui infografik ini.

06/05/2026

Borak Ubat Haji 🕋
Suplemen Semasa Haji: Boleh, Tapi Berpada

Pengambilan suplemen boleh membantu menyokong kesihatan sepanjang menunaikan ibadah haji. Namun, ia perlu diambil secara berhemah dan tidak menggantikan ubat yang dipreskripsikan.
Ketahui panduan penggunaan suplemen yang sesuai agar tidak memudaratkan kesihatan. Ikuti kupasan lanjut dalam podcast ini.

05/05/2026

Borak Ubat Haji 🕋
Bagaimana Urus Diabetes Ketika Haji?

Menunaikan ibadah haji dengan diabetes memerlukan perancangan rapi. Pengambilan ubat, pemantauan paras gula dalam darah, pemakanan dan tahap aktiviti fizikal perlu diurus dengan baik bagi mengelakkan komplikasi.

Ketahui langkah-langkah penting untuk kekal sihat sepanjang di Tanah Suci. Ikuti kupasan lanjut dalam podcast ini.

05/05/2026

Haji- Pengurusan Ubat Semasa dalam Perjalanan ke Tanah Suci🕋

Video ini disediakan oleh Puan Nurul Elifa binti Mohd Zaini Tee, pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

03/05/2026

Kenali Ubat Diabetes Jenis 1

Tahukah anda, Diabetes Jenis 1 merupakan penyakit autoimun dan bukannya disebabkan oleh gaya hidup? Penyakit ini memerlukan terapi insulin seumur hidup untuk mengawal paras gula dalam darah.

Bagaimanakah cara pengurusan dan pengawalan Diabetes Jenis 1 yang betul?

𝐍𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐟𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐨𝐩𝐢𝐤 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐝𝐢𝐨 𝐀𝐬𝐲𝐢𝐤 𝐅𝐌!
____________________________________________________________________

🗓️ 𝟒 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)
🕰️ 𝟏𝟏.𝟏𝟓 𝐩𝐚𝐠𝐢

📻 𝟗𝟏.𝟏 𝐅𝐌 (𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫) / 𝟏𝟎𝟐.𝟓 𝐅𝐌 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫)
📱 𝐫𝐭𝐦𝐤𝐥𝐢𝐤.𝐫𝐭𝐦.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲

𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 😉

03/05/2026

GLP-1: Ubat Diabetes atau Trend Kurus?

Ubat GLP-1 pada asalnya dibangunkan untuk merawat diabetes. Namun, ia kini popular sebagai jalan pintas untuk kurus.

Apakah risiko sekiranya digunakan tanpa pemantauan ahli profesional kesihatan?

𝐈𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐤𝐮𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐟𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐨𝐩𝐢𝐤 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐝𝐢𝐨 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐅𝐌!
________________________________________

🗓️ 𝟒 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)
🕰️ 𝟏𝟎.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢

📻 𝟖𝟖.𝟓 𝐅𝐌 (𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫)
📱𝐫𝐭𝐦𝐤𝐥𝐢𝐤.𝐫𝐭𝐦.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲
💻𝐅𝐁 𝐋𝐢𝐯𝐞 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐅𝐌

30/04/2026

Bagaimanakah cara atau kaedah untuk mengurus dan menyimpan ubat semasa dalam perjalanan ke Tanah Suci & semasa menunaikan ibadah Haji nanti?

Tonton video ini untuk ketahui langkah-langkah untuk mengurus dan menyimpan ubat-ubatan untuk dibawa ke Tanah Suci.

Video ini disediakan oleh pihak TV Al-Hijrah dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi.

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 36, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Pjs 13
Petaling Jaya
46200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00