14/10/2025
13 Oktober 2025
Puspanita IKMa dengan Kerjasama UPSM IKMa telah menganjurkan Program Derma Darah dan Ceramah Sayangi Jantung Anda.
Program telah dirasmikan oleh YBhg Datin Sri Mariam Ismail Pengerusi Puspanita Cawangan KUSKOP. Turut Hadir Pn Hamidah bt Mohd Jos Pengerusi Puspanita IKMa, Pn Siti Azlin Ahamd Dauta Pengerusi Puspanita SKM. Setinggi penghargaan kepada Pusat Darah Negara, KPJ Damansara, Columbia Hospital, Klinik Pakar Jantung Rahim atas perkongsian ceramah dan pemeriksaan kesihatan.
Semoga program ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan.
04/06/2025
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PUSPANITA Cawangan Kecil Institut Koperasi Malaysia (IKMa) kali ke-41 telah diadakan pada 30 Mei 2025 (Jumaat) bertempat di Auditorium Datoโ A. Majid, IKMa.
Ucapan alu-aluan disampaikan oleh YBrs. Pn Hamidah Binti Mohd Jos selaku Pengerusi PUSPANITA IKMa, manakala ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Ali Bin Mansor, Ketua Pengarah IKMa.
Antara pengisian utama mesyuarat termasuk sesi cabutan utama, pembentangan dan pengesahan laporan aktiviti serta kewangan, dan pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu bagi sesi 2025 โ 2027. Turut disediakan adalah sesi cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada ahli yang hadir.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan sentiasa menyokong Puspanita IKMa ๐๐
28/03/2025
26 Mac 2025
Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan KUSKOP Bil.7 telah berlangsung dengan jayanya di Institut Koperasi Malaysia selaku tuan rumah pada kali ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datin Connie Parantis, Penaung PUSPANITA KUSKOP. Antara Dif-dif jemputan yang turut sama hadir ialah Ybhg. Puan Noor Afifah bt Abdul Razak, Timb. Ketua Setiausaha KUSKOP, Ybhg. Datin Sri Mariam bt Ismail, Pengerusi PUSPANITA KUSKOP, Pn. Siti Azlin bt Mohd Dauta, Pengerusi PUSPANITA SKM, Pn. Hamidah bt Mohd Jos, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil IKMa, Pn. Hjh Zalehasemah bt Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Tekun.
Seramai lebih 200 orang ahli daripada PUSPANITA Cawangan Kecil SKM, Puspanita Cawangan Kecil TEKUN, dan Puspanita Cawangan Kecil IKMa telah menghadiri mesyuarat ini secara fizikal di Auditorium Datoโ A. Majid, IKMa dan secara dalam talian. Antara pengisian mesyuarat adalah Bicara 'Glamour Raya', sesi menandatangani kad kehadiran ke IKMa dan Majlis Khatam Al- Quran.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini! Semoga PUSPANITA terus maju dalam memperkukuh jaringan dan kebajikan ahli-ahlinya. ๐ชโจ
01/09/2024
30 Ogos 2024
Puspanita Cawangan Kecil IKMa mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 40. Terima kasih kepada semua yang hadir dan sentiasa menyokong Puspanita IKMa ๐บ๐บ๐บ
23/08/2024
Jom Sokong Puspanita IKMa
12/07/2024
Puspanita Cawangan Kecil IKMa menghadiri Program Selawat Perdana Bersama PUSPANITA sempena Sambutan Maal Hijrah 1446H anjuran Puspanita Kebangsaan yang telah diadakan pada 11 Julai 2024 (Khamis) di Dewan Dr. Siti Hasmah, Rumah PUSPANITA, Jalan Hose, Kuala Lumpur.
Program ini dimulakan dengan alunan selawat dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustaz Muhammad Hazamin Harun daripada Kumpulan Nasyid Inteam dan diteruskan dengan tazkirah bertajuk โHijrah Menuju Syurgaโ.
08/03/2024
Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac setiap tahun untuk menghargai dan mengiktiraf wanita dalam memperkasakan peranan kaum Hawa yang menjadi perintis kepada generasi dan kemajuan negara..
SELAMAT HARI WANITA kepada semua warga ahli Puspanita Cawangan IKM dan seluruh wanita-wanita hebat sedunia..
Tema hari wanita kali ini ialah 'Wanita Dijulang, Negara Gemilang'.๐ฅฐ
๐ข๐ฎ๐ต๐ช๐ถ๐ช๐ฝ ๐๐ช๐ป๐ฒ ๐ฆ๐ช๐ท๐ฒ๐ฝ๐ช ๐ข๐ฎ๐ญ๐พ๐ท๐ฒ๐ช!
Terima kasih atas kekuatan, keanggunan, dan kecerdasanmu yang menginspirasi dunia.
Ikhlas daripada Institut Koperasi Malaysia