14/04/2026
Jom sertai Kursus Strategi dan Pengurusan Paten di Malaysia: dari R&D ke Pengkomersialan!
Daftar di pautan: https://forms.gle/PSShDn6MQJKvkgom7
π Terokai Potensi Anda dalam Pengurusan Paten & Pengkomersialan Inovasi
Adakah anda penyelidik, usahawan atau pemain industri yang ingin memahami bagaimana harta intelek boleh diterjemahkan daripada R&D kepada nilai komersial sebenar?
MyIPO melalui IP Academy membawakan Kursus Strategi dan Pengurusan Paten di Malaysia: Dari R&D ke Pengkomersialan, sebuah program yang direka khusus untuk memperkukuh keupayaan anda dalam mengurus dan memanfaatkan paten sebagai aset strategik.
Sepanjang kursus ini, anda akan:
β¨ Memahami strategi paten sepanjang kitaran R&D
β¨ Menguasai asas pengurusan dan tadbir urus paten
β¨ Meneroka potensi pengkomersialan dan pemindahan teknologi
β¨ Mendapat panduan terus daripada pegawai pemeriksa paten berpengalaman
π
6 Mei 2026
π 9.00 pagi β 5.00 petang
π Hibrid: Menara MyIPO / Dalam talian (Zoom)
πΌ Yuran: RM290 seorang
(Diskaun RM250 bagi 3 orang atau lebih / pelajar / peserta dalam talian)
π© Daftar sekarang dan tingkatkan keupayaan anda dalam dunia harta intelek.
Dari R&D ke pasaran. Dari idea ke pengkomersialan.
Langkah strategik anda bermula di sini.
07/04/2026
π Kunjungan Strategik, Sinergi Bermakna π
Akademi Harta Intelek, MyIPO berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mengadakan sesi perbincangan ke arah pembangunan program latihan yang lebih komprehensif dan berimpak tinggi.
Pertemuan ini membuka ruang kolaborasi strategik dalam memperkukuh kefahaman serta penguasaan harta intelek, khususnya dalam aspek bahasa, penerbitan dan perlindungan karya intelektual.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif bersama demi memartabatkan ilmu, inovasi dan nilai harta intelek di Malaysia π²πΎ
01/04/2026
Pada Isnin, 30 Mac 2026, delegasi MyIPO telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara MyIPO dan JPT.
Delegasi MyIPO yang diketuai oleh YBrs. Dr. Kamarul Faizal bin Hashim, Timbalan Ketua Pengarah (Komersial) MyIPO, telah mengadakan perbincangan bersama YBrs. Prof. Dr. Zainal Amin bin Ayub, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, serta barisan pengurusan kanan JPT.
Sesi pertemuan ini membincangkan potensi kerjasama antara MyIPO dan JPT untuk membantu meningkatkan pendaftaran dan pengkomersialan inovasi penyelidikan yang dihasilkan oleh Insititusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Perbincangan turut memfokuskan kepada usahasama MyIPO - JPT untuk menggalakkan pendaftaran harta intelek oleh penyelidik di IPTA / IPTS.
Hadir sama dalam pertemuan ini adalah Pn. Noranisah Abas, Pengarah Akademi Harta Intelek dan En. Khairul Zaman bin Mustafa Kamal, Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan & Pemasaran.
01/04/2026
Sesi lawatan bersama 40 pelajar Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR-UMT) Cawangan Kuantan hari ini.
Sesi perkongsian mengenai kepentingan Harta Intelek sebagai asas perlindungan idea dan pemangkin inovasi.
Ilmu dikongsi, inspirasi dibina. π‘
01/04/2026
Berminat bekerjaya dalam pengurusan Harta Intelek? Mulakan dengan Perantis Harta Intelek!
The Official Portal of Intellectual Property Corporation of Malaysia
26/03/2026
Nak daftar cap dagangan tapi takut permohonan anda ditolak?
Jangan risau! Dalam video ini, kami kongsikan perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan (the do's & the don'ts) semasa proses pemfailan serta kesilapan-kesilapan lazim yang boleh menyebabkan permohonan anda ditolak. Dengan memahami proses pendaftaran cap dagangan yang betul, anda boleh melindungi jenama perniagaan anda dengan lebih berkesan.
https://www.youtube.com/watch?v=VsjezZvyah8&t=1s
Jika Video ini membantu anda sila like, share dan comment
EPISOD 1 : THE DO'S & THE DON'TS PENDAFTARAN CAP DAGANGAN
Nak daftar cap dagangan tapi takut permohonan anda ditolak?Jangan risau! Dalam video ini, kami kongsikan perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan (the do's...
12/03/2026
βοΈ TINGKATKAN KEPAKARAN SEBAGAI EJEN PATEN!
Dalam dunia harta intelek yang semakin kompetitif, pengetahuan terkini dan kemahiran profesional adalah kunci untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Sertai Kursus Pembaharuan Ejen Paten 1/2026 anjuran MyIPO bagi memperkukuh kepakaran serta meningkatkan keyakinan anda dalam mengendalikan proses paten dengan lebih strategik.
π Topik utama:
Accelerated Examination Route for Patent
Ketahui bagaimana laluan pemeriksaan dipercepatkan dapat membantu mempercepatkan proses perlindungan paten dan memberi kelebihan kepada pemohon.
π
31 Mac 2026 (Selasa)
β° 9.00 pagi β 5.00 petang
π» Platform: Zoom (Dalam Talian)
π° Yuran Penyertaan: RM490 seorang
β¨ Mengapa anda perlu sertai kursus ini?
βοΈ Mengemaskini pengetahuan berkaitan proses pemeriksaan paten
βοΈ Memahami strategi accelerated examination dengan lebih mendalam
βοΈ Meningkatkan profesionalisme dan keyakinan sebagai Ejen Paten berdaftar
β‘ Tempat adalah terhad!
Daftar segera melalui QR Code pada poster atau link GD.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSePaVGsWlU_c0xx6BIeXnUW2JpXd44QGfyogbOU7wlnBNQcLA/viewform
π Pertanyaan:
Rany Sharmila binti Ibrahim
03-7495 0106
π§ [email protected]
Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)
MYIPO Wilayah Utara
MYIPO Wilayah Selatan
MYIPO Sabah
MYIPO Sarawak
11/03/2026
π¨ ADA REKAAN PRODUK YANG UNIK? JANGAN BIARKAN IA DITIRU!
Rekaan produk yang kreatif bukan sekadar idea β ia adalah aset harta intelek yang boleh memberi kelebihan daya saing dalam industri. Lindungi kreativiti anda dengan memahami cara pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian yang betul.
Sertai kursus βIndustrial Design: Secure Your Design Creativityβ anjuran MyIPO untuk mempelajari strategi penting dalam melindungi rekaan anda daripada ditiru atau ditolak semasa proses pendaftaran.
β¨ Antara yang akan dipelajari:
βοΈ Kaedah menggunakan platform carian reka bentuk perindustrian
βοΈ Kriteria penting bagi memastikan rekaan anda lulus pendaftaran
βοΈ Strategi melindungi hak intelek bagi meningkatkan daya saing industri
π‘ Jangan biarkan idea anda dicuri atau ditolak.
Jom jadi pereka yang lebih bijak dan strategik!
π
Tarikh: 09 April 2026
β° Masa: 9.00 pagi β 5.00 petang
π Lokasi: Akademi Harta Intelek, Aras 11, Menara MyIPO, PJ Sentral, Petaling Jaya
π€ Penceramah:
β’ Encik Norsaβari Nordin
β’ Dr. Noor Faeizah binti Amat Khaironi
π° Yuran Penyertaan:
RM290 seorang
RM250 bagi pelajar & pendaftaran 3 orang atau lebih
β‘ Tempat adalah terhad!
Daftar segera melalui QR Code pada poster atau link GD.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScJrZ6inFKqlZyPRonv_uVhAH-xuinYkgD9hdbqi8JKOnLMbg/viewform
π© Pertanyaan:
Sofia Rehan binti Ramli
π§ [email protected]
π 03-7496 3211
Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)
MYIPO Wilayah Utara
MYIPO Wilayah Selatan
MYIPO Sabah
MYIPO Sarawak
MyIPOUTREACH
10/03/2026
Global IP filings in 2025. Digital Communication and Semiconductor Technologies showing strong growth
06/03/2026
π WEBINAR EKSKLUSIF MYIPO β POWER MARKETING WITH BRAND
Nak tahu bagaimana jenama boleh gandakan nilai perniagaan anda?
Logo bukan sekadar simbol β ia boleh menjadi aset strategik yang meningkatkan keuntungan dan kepercayaan pelanggan.
Sertai webinar ini untuk memahami bagaimana strategi jenama yang betul mampu membantu perniagaan menonjol, menguasai pasaran dan menjana keuntungan maksimum.
β¨ Apa yang anda akan pelajari:
βοΈ Cara menukar logo menjadi aset strategik perniagaan
βοΈ Strategi membina jenama unik yang menonjol di pasaran
βοΈ Teknik meningkatkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan
βοΈ Cara monetisasi jenama melalui pelesenan dan harga premium
π
07 April 2026
β° 10.00 pagi β 12.00 tengah hari
π» Platform: Zoom
π° Yuran Penyertaan:
RM95 seorang
RM80 bagi pelajar & pendaftaran 3 orang atau lebih
π€ Penceramah:
Puan Siti Mariam bt. Solehan
Pegawai Harta Intelek, Bahagian Cap Dagangan
β‘ Tempat adalah TERHAD!
Daftar sekarang melalui QR Code pada poster atau di link GD:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeN92jNP3YMD1Ywf2fMDSndH18nkPylvKMtGhjVPvmILY4h2w/viewform
π© Pertanyaan:
Khadijah binti Md. Zin
π 03-7490 2827
βοΈ [email protected]
Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)
MyIPOUTREACH
MYIPO Sabah
MYIPO Sarawak
MYIPO Wilayah Utara
MYIPO Wilayah Selatan