15/05/2026
π₯π’π‘ππππ‘ πππππ πππ‘ππ¬ππ ππππ₯ππ π¦π¨π‘πππ ππ¨ππ’π
Kuang, 15 Mei 2026 - Rondaan cegah jenayah Balai Polis Kuang bagi mengekang dan membendung berlakunya kejadian jenayah serta mengurangkan fear of crime di kalangan masyarakat setempat khususnya di bawah kawasan pentadbiran Balai Polis Kuang.
15/05/2026
π£π₯π’ππ₯ππ ππ± π ππ‘π¨π§ππ¦ π§πππ ππ£π π¦π¨π‘πππ ππ¨ππ’π
Kuang, 15 Mei 2026 - Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh melalui Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti telah mengadakan kolaborasi bersama Masjid Sungai Serai Kuang dalam menjayakan Program 15 Minutes Talk bersama jemaah sebelum Solat Jumaat.
Ceramah Kesejahteraan Keluarga dan Masyarakat disampaikan oleh Inspektor Iqbal Huszaidey, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik merangkap Pegawai Perhubungan Masjid bagi mengajak ahli kariah untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah serta sentiasa memantau aktiviti anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dalam najis dadah.
Objektif utama pelaksanaan program adalah untuk menjadikan program ini sebagai medium perkongsian ilmu disamping membentuk jalinan kerjasama di antara IPD Sungai Buloh, pihak masjid dan ahli-ahli kariah dalam usaha mencegah serta membanteras kes jenayah, dadah dan masalah sosial di kawasan setempat secara bersama.
Hadir sama, YDH DSP Mohd Khairulrizal Rosley, Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Tuan Haji Japeri Amat, Nazir Masjid, YBhg Tuan Sri Mahamad Fathil Dato' Mahmood, Pengerusi Malaysian Equine Council, ASP Azril Hisham Ab Rashid, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti selaku Pegawai Penyelaras Program, Tuan Haji Shuhairi Haji Abdul Shukur, Imam Masjid dan Encik Mohd Noor Arifin, Bilal Masjid.
Jurugambar: Konstabel Muhamad Hanif Asyraf Adira
15/05/2026
π¨ WASPADA! βPIUPIUβ βTREND V**E DADAH YANG MEMBUNUH BELIA π¨
Nampak macam v**e biasaβ¦ tapi hakikatnya sangat berbahaya! π¨
βPiupiuβ bukan sekadar trend, ia mengandungi bahan seperti etomidate dan boleh dicampur dengan dadah sintetik lain yang mampu mengancam nyawa.
β οΈ Kenapa ia bahaya?
β’ Mudah disorok & dijual murah di media sosial
β’ Kandungan tidak konsisten β boleh jadi lebih kuat dari jangkaan
β’ Bukan dadah biasa β kesannya luar kawalan
π Kesan selepas beberapa sedutan sahaja:
β’ Akibatkan kekhayalan seperti Dadah yang lain.
β’ Hilang kawalan diri & kesedaran
β’ Mata kabur, keliru, risiko pengsan
β’ Boleh sebabkan sawan, masalah jantung & pernafasan
β’ Ketagihan pantas + withdrawal teruk
βΌοΈ Jangan terpedaya dengan rupa dan bau yang βinnocentβ.
Sekali terjebak, kesannya boleh ubah hidup selamanya.
π¨βπ©βπ§βπ¦ Ibu bapa, guru & masyarakat β ambil tahu, pantau dan didik anak-anak kita.
π¬ Kongsikan info ini supaya lebih ramai peka!
15/05/2026
π€ Persekitaran kerja yang harmoni bermula dengan sikap saling memahami dan menyokong antara satu sama lain.
Apabila kita peka terhadap emosi rakan sekerja, mendengar tanpa menghakimi dan membantu ketika diperlukan, kita bukan sahaja menjaga hubungan sesama insan malah memperkukuhkan budaya kerja yang positif dan bersatu.
Kerja bersama, jaga bersama. β¨
15/05/2026
Elak Nahas Jalan Raya, Jadilah Pemandu Yang Berhemah
Setiap perjalanan membawa harapan untuk tiba dengan selamat. Patuhi had laju, kekal fokus ketika memandu dan hormati pengguna jalan raya yang lain. Sikap tergesa-gesa dan cuai boleh mengundang tragedi yang tidak diingini.
βοΈ Patuhi peraturan jalan raya
βοΈ Elak memecut laju dan memandu secara agresif
βοΈ JANGAN memotong di garisan berkembar kerana boleh mengundang BAHAYA
Ingat, keselamatan jalan raya bermula dengan sikap pemandu itu sendiri.
π Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya
15/05/2026
BERIKAN ISYARAT SEBELUM MENUKAR LORONG
Menukar lorong tanpa memberikan isyarat boleh mengundang risiko kemalangan dan membahayakan pengguna jalan raya lain. Isyarat membelok bukan sekadar rutin, tetapi komunikasi penting antara pemandu di jalan raya.
β
Berikan isyarat lebih awal
β
Pastikan laluan selamat sebelum menukar lorong
β
Guna cermin sisi dan cermin pandang belakang
β
Elakkan pertukaran lorong secara mengejut
Sikap sabar dan berhemah ketika memandu mampu mengelakkan tragedi yang tidak diingini. Ingat, beberapa saat memberikan isyarat boleh menyelamatkan nyawa.
Pemanduan berhemah mencerminkan budaya pengguna jalan raya yang bertanggungjawab.
π Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya
15/05/2026
ποΈ Elakkan Mencelah Di Jalan Raya Yang SibukβΌοΈ
Banyak nahas maut telah terjadi akibat sikap mencelah.
Tahukah anda?
πMenurut Kementerian Pengangkutan Malaysia, sebanyak 532,125 nahas jalan raya telah berlaku antara Januari hingga Oktober 2024.
Ia melibatkan 5,364 kes nahas maut dan 68% daripada kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Utamakanlah Keselamatan.
Bukan Kecepatan β οΈ
Kerana satu detik cuai boleh meragut nyawa.
Hati-hati di Jalan Raya!
β
Kongsi pada semua untuk keselamatan bersama.
15/05/2026
7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :
TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin
14/05/2026
Polis memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan dua remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Buloh, Selangor.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata laporan kehilangan Nur Amani Damia Roslan diterima semalam pada 3.54 petang daripada bapanya selepas remaja itu dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 17 Mac lepas.
Beliau berkata laporan kehilangan Angel Ho Kha Suen diterima pihaknya pada 12.44 tengah malam tadi selepas remaja terbabit tidak pulang ke rumah sejak Ahad lepas.
Beria penuh -- https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2557038