PAS Kawasan Petaling Jaya

PAS Kawasan Petaling Jaya

Share

Menerajui kesejahteraan Selangor

29/05/2026

Dalam 12 hari lagi, iaitu pada 10 Jun 2026, Negeri Sembilan mungkin berdepan satu krisis perlembagaan.

Sebab ia tarikh akhir penting kerana sidang terakhir DUN Negeri Sembilan sebelum ini dilaporkan berlangsung pada 11 Disember 2025.

Di bawah Perkara LVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, tidak boleh dibiarkan enam bulan berlalu antara sidang terakhir dalam satu sesi dengan tarikh sidang pertama sesi berikutnya.

Maksudnya, jika sidang DUN sebenar tidak dibuat selewat-lewatnya 10 Jun 2026, Negeri Sembilan berdepan masalah perlembagaan yang sangat serius.

Secara biasa, jika DUN gagal bersidang dalam tempoh enam bulan seperti ditetapkan Perlembagaan Negeri, maka isu pembubaran automatik boleh timbul.

Sebab itu isu 23 April 2026 ini penting.

Apa yang berlaku pada 23 April itu nampaknya hanyalah pembukaan rasmi DUN dan titah diraja. Selepas itu, urusan sebenar DUN terus ditangguh.

Tiada perbahasan sebenar.
Tiada sesi soal jawab sebenar.
Tiada usul dibahaskan.
Tiada Rang Undang-Undang dibentang atau diluluskan.
Tiada semak imbang sebenar berlaku dalam Dewan.

Jadi kalau kerajaan PH Negeri Sembilan mahu anggap 23 April sebagai “sidang DUN sebenar” semata-mata untuk kata mereka tidak langgar Perlembagaan Negeri, itu bukan sesuatu yang patut dibanggakan.

Perkataan penting dalam Perlembagaan ialah “sitting”.

Bukan sekadar majlis pembukaan.

Bukan sekadar hadir, dengar ucapan, kemudian tangguh semua urusan sebenar DUN ke tarikh yang tidak diketahui.

Kalau ini pun mahu dikira sebagai cukup, maka kerajaan hanya cuba patuh pada huruf undang-undang (letter of the law), bukan roh undang-undang (spirit of the law).

Secara teknikal mungkin mereka mahu kata: “Kami tidak langgar Perlembagaan.”

Tetapi secara moral, ia tetap salah.

Legally betul tapi morally salah.

Tujuan Perlembagaan bukan supaya kerajaan boleh buat majlis simbolik lalu menangguh semua urusan sebenar. Tujuannya ialah supaya wakil rakyat boleh menyoal kerajaan, membahas isu rakyat, membawa usul, dan memastikan wujud semak imbang.

Kalau sidang DUN sebenar tidak dibuat sebelum 10 Jun 2026, maka rakyat Negeri Sembilan sebenarnya telah dinafikan demokrasi selama enam bulan.

Enam bulan tanpa sidang DUN sebenar.
Enam bulan tanpa semak imbang sebenar.
Enam bulan rakyat dirompak daripada hak demokrasi mereka.

Ini bukan sekadar isu teknikal. Ini isu amanah.

29/05/2026
29/05/2026

Mintak nyawa ada lah...

Angkatan Muda Keadilan (AMK) secara terbuka mengakui parti itu sedang berdepan keadaan yang ‘cedera dan parah’ namun menegaskan Keadilan atau PKR masih mempunyai ruang untuk bangkit sekiranya langkah pemulihan dilakukan segera.

Timbalan Pengarah Komunikasi AMK Malaysia, Adib Burhan berkata, catatan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, yang mengibaratkan keadaan semasa parti sebagai membimbangkan tidak boleh dipandang ringan oleh pimpinan dan anggota.

Menurutnya, generasi muda yang membesar bersama perjuangan Reformasi menerima teguran itu sebagai satu peringatan bahawa Keadilan perlu kembali memperkukuhkan peranannya sebagai wadah perjuangan rakyat.



Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com

29/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional 2026

29 Mei 2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga wartawan, pengamal media dan petugas berita yang saban hari bertungkus lumus menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Di sebalik setiap laporan, ada usaha, pengorbanan dan amanah yang besar untuk memastikan rakyat mendapat berita yang tepat, berimbang dan berintegriti.

Islam mengajar bahawa setiap maklumat yang disampaikan membawa tanggungjawab yang besar. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Sesiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya.”

(Riwayat Muslim)

Dalam masa yang sama, Baginda SAW juga bersabda:

مَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

“Sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangkan sedikit pun dosa mereka.”

(Riwayat Muslim)

Semoga seluruh warga media terus istiqamah menegakkan kebenaran, mempertahankan integriti kewartawanan dan menjadi jambatan ilmu yang membawa manfaat kepada masyarakat dan negara.

Daripada Ahli Parlimen Pasir Mas.

29/05/2026

Anthony Loke, letak jawatan sahajalah.

Kamu semakin layak digelar Menteri Pengangkutan paling gagal dalam sejarah Malaysia.

LRT dan MRT makin kerap mengalami gangguan sampai kamu sendiri mengaku berang hampir setiap minggu.

Belum habis isu itu, tren LRT Ampang p**a baru sahaja telah derail iaitu tergelincir dari landasan ketika bawa penumpang.

Dengan prestasi begini, saya semakin bimbang dengan RTS JB-Singapura yang dijangka mula beroperasi awal tahun depan.

Sebab menteri yang sama inilah dahulu mengubah rancangan asal supaya RTS tidak menjadi sambungan MRT Singapura, tetapi menjadi sistem LRT berasingan yang paling pendek di dunia.

Hampir semua projek pengangkutan besar bawah Anthony Loke ada masalah serius.

KLIA Aerotrain lewat beroprasi dan asyik breakdown.
ECRL lewat dan kos pampasan batal projek dan kos faedah tambahan sebab projek lewat naik RM5.6 bilkion.
MRT3 tidak jelas.
HSR gagal disambung semula biarpun tender sudah keluar 3 tahun lalu
LRT3 lewat
ETS KL-JB lewat. dan masa perjalanan masih panjang
e-ART JB pun penuh tanda tanya - hanya sekadar LOI

LRT dan MRT sedia ada p**a asyik rosak dan terganggu.

Malah kos penyelenggaraan 46 kamera AWAS pun boleh cecah RM15.5 juta setahun.

LRT Pulau Pinang p**a lagi hebat. Mula-mula diumum sebagai projek sekitar RM10 bilion yang dibiayai swasta pada akhir 2023.

Beberapa bulan kemudian, boleh berubah menjadi projek sekitar RM17 bilion yang dibiayai penuh kerajaan.

Kalau hampir semua benda dalam Kementerian Pengangkutan jadi lambat, rosak, rugi, mahal atau tidak jelas, itu bukan lagi nasib buruk.

Itu prestasi.

Jadi, elok Anthony Loke letak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Lepas itu boleh fokus jadi Pengarah Pemasaran nombor plat JPJ.

Sebab bab jual nombor cantik, nampaknya itu yang dia paling menjadi.

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Petaling Jaya