Litrak Group

Litrak Group

Share

🛣️Lebuhraya Damansara Puchong
🛣️Lebuhraya Sprint LDP has 19 interchanges that promote faster and convenient local traffic dispersal. Enjoy your journey on LDP.

It completes the Middle Ring Road 2, at the western part of the Klang Valley providing much needed second ring road, which allows you to bypass congested city roads. It does not only alleviate congestion in the city but also allows for greater capacity on the north-south corridor, stretching 40km from Sri Damansara in the south, connecting Petaling Jaya and Puchong. Morever, it links you to Putraj

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada, Ahli Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad.

31/05/2026

Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) mengucapkan Selamat Hari Wesak 2026 kepada seluruh masyarakat beragama Buddha. Semoga sambutan ini membawa kebahagiaan dan keharmonian buat mereka yang menyambutnya.



30/05/2026

Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikannya. Semoga sambutan pesta menuai ini membawa kegembiraan, kesyukuran, kedamaian dan keharmonian kepada anda serta keluarga.

Gaya Guru Gerai Nyamai, Senang Lantang Nuan Selalu.



29/05/2026

Semua ulat buku, jom ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur! 📚✨

Pelbagai bahan bacaan menarik menanti anda bermula 29 Mei hingga 6 Jun 2026. Tunggu apa lagi, jom rancang perjalanan anda dengan menggunakan lebuh raya ALR melalui Lebuhraya SPRINT, Terowong SMART, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan KESAS untuk perjalanan yang lebih lancar ke PBAKL 2026.

Jumpa di sana!


26/05/2026

Hari Raya Aidiladha membawa seribu makna. Semoga segala pengorbanan diterima, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan keberkatan.

Kami di ALR juga komited memberikan sehabis baik demi keselesaan perjalanan anda sekeluarga. Selamat Hari Raya Aidiladha daripada warga kerja Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR). Pandulah dengan selamat dan berhati-hati di jalan raya.

23/05/2026

Untuk yang belum tahu, Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) merupakan syarikat yang menggabungkan empat lebuh raya utama di Lembah Klang, demi memberikan perkhidmatan yang lebih bersepadu kepada pengguna.

ALR komited sepenuhnya untuk memberikan pengalaman pemanduan yang selamat dan selesa kepada semua pengguna jalan raya.


23/05/2026

Pengguna lebuh raya yang menuju ke kawasan sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 23/5/2026 malam ini, dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal susulan jangkaan peningkatan trafik.

Sila patuhi arahan lalu lintas pihak berkuasa. Pandu dengan berhemah dan cermat. Kami di ALR prihatin akan keselamatan anda.

Harap maklum.




Photos from Litrak Group's post 22/05/2026

21 Mei 2026: Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) telah mengadakan sesi penyerahan sumbangan sempena aktiviti Ibadah Korban Tahunan 2026 kepada Surau Nur Hikmah Kinrara Selangor dan Surau Nor Hidayah Jalan Damansara Kuala Lumpur.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Puan Siti Maslinda Sheikh Othman, Ketua Jabatan Strategik Komunikasi Kumpulan mewakili pengurusan ALR bersama warga kerja ALR. Setiap surau menerima sumbangan cek serta “goodies bag” bagi menyokong pelaksanaan ibadah qurban dan aktiviti komuniti setempat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen ALR dalam memperkukuhkan hubungan bersama masyarakat serta menyemai semangat kebersamaan dan keprihatinan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.




22/05/2026

Cuti sekolah dah bermula. Rancang lebih awal perjalanan anda untuk elak jalan sesak. Luangkan seminit dua untuk semak info trafik supaya tak tersangkut bila kenderaan banyak. Bila kita pilih laluan yang tepat, perjalanan bukan saja jadi lebih lancar, tapi hati pun kurang stres!

Jom kita mula amalkan rancang perjalanan yang lebih bijak dan menjimatkan bermula hari ini. Kos minyak pun dapat dikurangkan. Bijak jalan, Jimat minyak!


21/05/2026

Situasi cemas? Pasukan kami sentiasa siap siaga!

Pada 17 Mei 2026, Kumpulan ALR bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Hospital Kuala Lumpur telah menjalankan latihan simulasi kecemasan di KM3.2 Hubungan Penchala (Arah Barat), Lebuhraya SPRINT bagi menguji tahap kesiapsiagaan, SOP dan koordinasi operasi demi keselamatan pengguna lebuh raya.

Kami di ALR prihatin akan keselamatan anda.

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kompleks Operasi Litrak, KM 19, Lebuhraya Damansara-Puchong, Bandar Sunway, PJS 9
Petaling Jaya
47500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:45