11/05/2026
π’ *Latihan Undang-Undang untuk Pekerja Kontrak Kerajaan*
Adakah anda tahu hak anda sebagai pekerja kontrak kerajaan? Sertai sesi latihan ini untuk memahami hak pekerja, perlindungan undang-undang, serta isu-isu berkaitan sistem kontrak yang sering menindas pekerja.
π *Tarikh:* 16 Mei 2026 (Sabtu)
π’ *Masa:* 7.30 malam β 9.30 malam
π *Tempat:* JPKK Office, Petaling Jaya
β Terbuka kepada semua pekerja kontrak kerajaan dan individu yang ingin memahami isu pekerja dengan lebih mendalam.
02/05/2026
Sambutan Hari Pekerja 2026
JPKK tuntut βHAPUSKAN SISTEM KONTRAK,β yang sudah lama menindas pekerja dan merampas hak mereka dan kami tuntut kepada kerajaan supaya pekerja diserap kembali ke kerja tetap!
TUNTUTAN KAMI:
1. Jaminan Kerja untuk Semua
2. Hapuskan Sistem Kontrak
3. Senaraihitamkan kontraktor kerajaan yang langgar undang undang pekerja
4. Tingkatkan gaji minima RM2000
22/04/2026
21 April 2026 - Perjumpaan dengan Menteri Sumber Manusia. Banyak isu pekerja seperti kenaikan Gaji Minima, Isu Pekerja Kontrak, Kesatuan, pekerja Gig telah dibawa ke perhatian Menteri. JPKK turun hadir untuk menjelaskan masalah yang dihadapi oleh pekerja Kontrak dan saranan untuk hapuskan Sistem Kontrak di bangunan Kerajaan, serta selamatkan hak kerja pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan tukang kebun di premis Kerajaan.
21/04/2026
ππ¬ πππ₯π ππππ
Pekerja berhak kepada kehidupan yang adil: tanpa rasuah, tanpa beban peperangan. Isu-isu ini saling berkait: kos sara hidup, gaji, dan masa depan kita sebagai pekerja. Apa yang berlaku di peringkat global juga memberi kesan kepada kehidupan kita di sini.
Sertai perarakan Hari Pekerja *Pekerja Bersatu! Lawan Rasuah, Tolak Perang*
π΄ Perkarangan Masjid Negara β Dataran Merdeka
π΄ Jumaat, 1 Mei 2026
π΄ 3 petang
FB: https://www.facebook.com/share/p/18N3dhJf8c/
IG: https://www.instagram.com/p/DXZH1aMiWka/?img_index=1
X: https://x.com/partisosialis/status/2046591553997844620
10/04/2026
Kepada,
Ketua Pengarang,
Akhbar, TV & Radio,
Media Massa
*SEMAKAN MAHKAMAH RAYUAN SAMADA 3 PEKERJA PEMBERSIHAN BOLEH DIBUANG KERJA KERANA TAMAT KONTRAK*
Jaminan kerja adalah satu hak asasi dijamin oleh Perlembagaan. Ramai pekerja di Malaysia menjadi mangsa apabila walaupun mereka adalah pekerja tetap tetapi mereka dilayan seperti pekerja sementera dan boleh dibuang kerja secara sewenang- wenangnya berdasarkan kontrak pekerjaan.
Kes tiga pekerja pembersihan sekolah di Kedah yang telah diberhentikan tanpa sebab munasabah dimana alasan βtamat kontrakβ digunakan untuk menggantikan mereka dengan pekerja baharu menjadi forum untuk Mahkamah Rayuan menyemak keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan keputusan memihak kepada majikan.
Ketiga-tiga pekerja telah kalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan kini telah failkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Adakah Mahkamah Rayuan akan dibenarkan rayuan penting ini?
Berikut adalah maklumat kes:
Tarikh: 13 April 2026 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Istana Kehakiman Putrajaya, Mahkamah Rayuan 1
Kami berharap pihak media dapat hadir memberi liputan bagi kes penting ini yang akan memberikan satu keputusan mengenai kerja pembersihan disekolah dan jaminan kerja untuk pekerja.
Bagi maklumat lanjut, boleh hubungi Sivaranjani di talian 010-2402159.
Sekian, terima kasih.
10/03/2026
JPKK terus memperkasakan hak pekerja Kontrak, hari ini lawat pekerja2 di Sekitar Hulu Langat.
16/02/2026
Salam perjuangan kepada pekerja!
JPKK ingin memberikan penghargaan dan kami turut bersolidariti bersama 113 pengawal keselamatan yang berani mengambil tindakan terhadap penindasan di tempat kerja
Tindakan ini adalah sangat bermakna dalam perjuangan pekerja demi menuntut hak mereka dan melawan penindasan sistem kontrak! ini secara tidak langsung akan memberikan semangat dan inpirasi kepada mereka yang lain yang masih menghadapi nasib yang sama.
Hapuskan Sistem Kontrak! Kembalikan kerja tetap!
* Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut.
* Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.
16/02/2026
Perjumpaan JPKK bersama Pekerja Kontrak di sekitar Dengkil
π DENGKIL | 16 FEB 2026
Bersama kita bersatu menuntut hak kita yang dihapuskan oleh sistem kontrak.
Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut.
Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.
12/02/2026
Perjuangan JPKK untuk berjuang demi hak pekerja diteruskan.
10 FEB 2026 | π K. Terengganu
JPKK turun dari sekolah ke sekolah di Sekitar K. Terengganu untuk berjumpa pekerja pekerja Kontrak untuk membantu mereka berjuang demi hak mereka.
JPKK turut sedia membantu dari segi kesedaran tentang hak hak pekerja, menubuhkan kesatuan buat pekerja dan memberi ruang kepada pekerja untuk berjuang menentang sistem kontrak yang menindas mereka.
Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut.
Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.