23/10/2026
πππ₯πππ¦ππ π, π¦ππππ£ π¦ππππ‘π π ππ πππ‘π§π¨ ππ¨π‘ππ πππππ¬πππ‘ π₯πππ’π₯π ππ¦π πππ₯π’ππ₯ππ¦π π£ππ‘π§πππππ₯ππ‘ π‘ππππ₯π β π¬π π¦ππ§πππ¨π¦πππ πππ₯πππππ‘ π‘ππππ₯π
KANGAR, 23 Oktober 2026 β Kerjasama erat dan budaya saling membantu antara jabatan serta agensi merupakan antara elemen penting dalam menjayakan Projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB), khususnya dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Datoβ Dr. Jafri bin Abdul Jalil, turut hadir bagi merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Bengkel 4: Projek Reformasi Kerancangan Birokrasi (RKB) Pulau Pinang di Perlis.
YB Datoβ Dr. Jafri ketika berucap berkata, setiap jabatan perlu bersikap terbuka untuk mengenal pasti kelemahan, berkongsi pandangan dan membantu antara satu sama lain bagi memastikan penambahbaikan pentadbiran dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
βDalam melaksanakan reformasi, kita perlu saling membantu dan bekerjasama. Jika ada kelemahan, kita perbaiki bersama-sama kerana matlamat kita adalah untuk membentuk pentadbiran yang lebih baik dan memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang cekap, efisien, berintegriti serta telus,β jelas beliau.
Bengkel telah berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Oktober 2026 ini merupakan anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
MPC terus memainkan peranan dalam menyokong serta membimbing pelaksanaan RKB di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), khususnya dalam membantu jabatan dan agensi mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memperkukuh produktiviti organisasi.
Menurut Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, YBrs. Encik Mohamad Azrol bin Mohamad Dali, RKB ialah satu pendekatan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam agar lebih berkualiti bagi projek-projek RKB akan datang.
βKita tidak menjual produk tetapi kita memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Oleh itu, perkhidmatan kita semestinya perlu cekap, efisien, berintegriti dan telus,β kata beliau.
Turut berlangsung sesi pemurnian laporan dan pembentangan projek RKB Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada usaha memperkemas proses kerja serta meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.
Hadir sama, Ketua Unit Integriti, PSUKPP, YBrs. Encik Mohd Faizal bin Che Meh, dif-dif kehormat serta warga pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.