SK Jalan Residensi

Call Directions

SK Jalan Residensi Sekolah Kebangsaan Jalan Residensi merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di dalam daerah TL

🏆 TAHNIAH SKUAD TKRS SK JALAN RESIDENSI!🏆🎉 SYABAS & TAHNIAH! 🎉Skuad Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SK Jalan Residensi...
24/09/2026

🏆 TAHNIAH SKUAD TKRS SK JALAN RESIDENSI!🏆

🎉 SYABAS & TAHNIAH! 🎉

Skuad Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SK Jalan Residensi telah melakar kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Daerah Timur Laut yang dianjurkan oleh SK Jeutong Barat. 🥇🏆

Pertandingan ini telah menyaksikan 10 pasukan unit beruniform berentap bagi merebut gelaran juara.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada latihan yang konsisten, disiplin yang tinggi, semangat berpasukan serta komitmen guru dan murid yang tidak mengenal erti penat lelah. 💪🔥

👏 Syabas kepada semua anggota skuad TKRS SK Jalan Residensi!
👏 Tahniah kepada barisan jurulatih dan guru pembimbing atas bimbingan serta dedikasi yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

SK JALAN RESIDENSI — STRIVE FOR THE BEST!💪🏆








MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN SKJR 2026.Semoga semangat patriotisme dan kecintaan terhadap Malaysia terus subur dalam...
23/09/2026

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN SKJR 2026.

Semoga semangat patriotisme dan kecintaan terhadap Malaysia terus subur dalam jiwa setiap warga SK Jalan Residensi. ❤️🇲🇾

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾✨






🇲🇾 SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SK JALAN RESIDENSI 2026 🇲🇾Alhamdulillah, Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK...
22/09/2026

🇲🇾 SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SK JALAN RESIDENSI 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Jalan Residensi telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat patriotik bermula 10 Ogos 2026 hingga 17 September 2026.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dilaksanakan bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan serta memupuk semangat cinta akan negara, patriotisme, kreativiti dan perpaduan dalam kalangan murid.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

🇲🇾 Pertandingan Video Pendek
🎨 Pertandingan Mewarna Poster
🎤 Pertandingan Nyanyian Solo Kemerdekaan
🪭 Pertandingan Kipas Merdeka
💌 Pertandingan Kad Ucapan
📜 Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
🇲🇾 Pertandingan Mewarna Bendera Malaysia
🎭 Pertandingan Mewarna & Mereka Topeng Kemerdekaan
🏫 Pertandingan Menghias Kelas Bertemakan Kemerdekaan
👤 Pertandingan Poster Tokoh Kemerdekaan
🔎 Pertandingan Cari Kata
📖 Pertandingan Buku Skrap Kreatif Bertemakan Jalur Gemilang

Penglibatan aktif murid dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan telah menyerlahkan bakat, kreativiti dan semangat kerjasama mereka. Suasana kemerdekaan turut dapat dirasai di seluruh persekitaran sekolah melalui hasil karya murid dan hiasan bertemakan Jalur Gemilang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, murid-murid serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Jalan Residensi 2026.

Semoga program ini dapat terus menyemai rasa cinta kepada negara, menghargai sejarah kemerdekaan dan memperkukuh semangat perpaduan dalam diri setiap warga sekolah.

🇲🇾 MALAYSIAKU MERDEKA, JIWAKU PATRIOTIK! 🇲🇾

SK JALAN RESIDENSI — STRIVE FOR THE BEST! 💪🇲🇾






🏆TAHNIAH & SYABAS!🏆Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada ADIK NUR SAIDATUL ALEENA BINTI KHAIRUL AFFAZ...
08/09/2026

🏆TAHNIAH & SYABAS!🏆

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada ADIK NUR SAIDATUL ALEENA BINTI KHAIRUL AFFAZLE atas kejayaan meraih NAIB JOHAN dalam pertandingan:

🥋 Penang Spirit Of Young Fighter Silat Championship 2026
🏅 Peringkat Kebangsaan
🤝 Anjuran PERSIPP (Persekutuan Silat Negeri Pulau Pinang)

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang tinggi dalam mengharumkan nama sekolah.

Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa, semua pihak yang telah memberikan sokongan serta dorongan.

Teruskan berjuang dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang! 💪🥋

Syabas dan tahniah..


🌿 SELAMAT BERCUTI SEMUA 🌿Selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Manfaatkan masa bersama keluarga dan rehat secukupn...
28/08/2026

🌿 SELAMAT BERCUTI SEMUA 🌿

Selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Manfaatkan masa bersama keluarga dan rehat secukupnya.

Jaga kesihatan di musim jerebu. Kurangkan aktiviti luar, minum air secukupnya dan pakai pelitup muka jika perlu.

Selamat bercuti, jaga diri dan kekal sihat!




MINGGU STEM SKJR 2026Tarikh : 28-31 Julai 2026Hari : Selasa-JumaatSepanjang Minggu STEM, pelbagai aktiviti menarik dan m...
06/08/2026

MINGGU STEM SKJR 2026

Tarikh : 28-31 Julai 2026
Hari : Selasa-Jumaat

Sepanjang Minggu STEM, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Panitia Matematik, Panitia Sains dan Panitia RBT.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
✨ Congak Sifir
✨ Operasi Asas & Operasi Bergabung
✨ Kolaj Kitaran Rama-rama
✨ Box Lid Straw Maze
✨ Paper Plate Straw Maze
✨ Design Sprint
✨ Pencil Hub
✨ Flexi Pack
✨ Study Glow

Program ini bertujuan memupuk minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif serta berasaskan penyelesaian masalah. Murid bukan sahaja mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, malah berpeluang bekerjasama dalam menghasilkan idea dan inovasi yang menarik.

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat serta komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung. Sekalung penghargaan juga kepada Barisan Pentadbir, guru-guru Panitia Matematik, Panitia Sains dan Panitia RBT & semua guru atas usaha dan dedikasi dalam menjayakan Minggu STEM SK Jalan Residensi.

"Belajar, Meneroka, Mencipta dan Berinovasi!" 🌟







04/08/2026
04/08/2026

GIMIK PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN SKJR 2026
TEMA : BANK

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK JALAN RESIDENSI 2026Tarikh : 25 Julai 2026 (Sabtu)Tempat : Padang SK Jalan ResidensiAlhamduli...
04/08/2026

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK JALAN RESIDENSI 2026

Tarikh : 25 Julai 2026 (Sabtu)
Tempat : Padang SK Jalan Residensi

Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Tahunan telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh semangat, ceria dan semangat kesukanan.

Tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan kesungguhan, disiplin dan semangat juang sepanjang kejohanan. Menang atau kalah bukan ukuran utama, sebaliknya pengalaman, kerjasama dan nilai murni yang dipupuk adalah kemenangan sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru, staf sekolah, PIBG, ibu bapa, para sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sehingga program ini berjaya dilaksanakan.

Semoga semangat kesukanan, perpaduan dan kecemerlangan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.

"Strive for the Best" 💪



PELANCARAN GERAKAN KEPIMPINAN MADANI : HENTIKAN SALAH LAKU BULI & SEKSUAL PERINGKAT SEKOLAH 2026Tarikh : 20/07/2026 (Isn...
30/07/2026

PELANCARAN GERAKAN KEPIMPINAN MADANI : HENTIKAN SALAH LAKU BULI & SEKSUAL PERINGKAT SEKOLAH 2026

Tarikh : 20/07/2026 (Isnin)
Tempat : Dewan Rafflesia SKJR
Dirasmikan oleh : Pn Rohaida Binti Mohri (Guru Besar)

Objektif : Memberi kesedaran kepada warga sekolah khususnya murid-murid tentang bahaya buli & kesannya kepada murid-murid. Kerangka SAFE menekankan 3 aspek utama iaitu Amalan sekolah Penyayang, Pembimbing Rakan Sebaya Kitakan Sahabat & Kaunseling Berfokus.





Address

Pinang George Town
10450

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6042286659

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Jalan Residensi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share