UPPM N3 PITAS

Directions

UPPM N3 PITAS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPPM N3 PITAS, Government Organization, Pitas.

20/09/2026

🚨 IKLAN JAWATAN KOSONG _CONTRACT OF SERVICE (COS) & CONTRACT FOR SERVICE (CFS)_ TAHUN 2026🚨

📢 Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak berikut:

🔖Pegawai Tadbir Gred N9 (COS)
🔖Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 (COS)
🔖Pegawai Penilaian Gred W9 (CFS)
🔖Penolong Jurutera / Pelukis Pelan Gred JA5 (CFS)
🔖Penolong Pegawai Penilaian Gred W5 (CFS)
🔖Pembantu Tadbir Gred N1 (CFS)
🔖Pembantu Penilaian Gred W1 (CFS)
🔖Pembantu Khidmat Am Gred H1 (CFS)

🗓️ Permohonan dibuka: 17 September 2026 (Khamis)
⏳ Tarikh tutup: 30 September 2026 (Rabu)

🌐 Permohonan secara dalam talian:
https://e-perjawatan2.mada.gov.my/

☎️ Pertanyaan:
📞 04-7728255 samb. 131 / 132
📧 [email protected]

📲 Ikuti di Facebook & Instagram untuk maklumat terkini.

📢 Jangan lepaskan peluang! Mohon sebelum tarikh tutup.

Jemputan kepada masyarakat Daerah Pitas ke Majlis Hijrah / Pengislaman YB Dato Sri (Dr) Ruddy Awah JP, ADUN N.03 Pitas m...
19/08/2026

Jemputan kepada masyarakat Daerah Pitas ke Majlis Hijrah / Pengislaman YB Dato Sri (Dr) Ruddy Awah JP, ADUN N.03 Pitas merangkap Pembantu Menteri II, Kementerian Kerja Raya & Utiliti Sabah bersama Isteri Datin Sri Asiah Udian.

Akses atur cara, lokasi majlis dan ruang doa serta ucapan untuk para tetamu.

12/08/2026

"Selamat bertanding jawatan Pengerusi Persatuan Bangsa Sungai Sabah Daerah /Zon Pitas diucapkan kepada Puan Ramlah Nasir Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM N3 PITAS.

Semoga mendapat mandat, ruang dan peluang untuk mengangkat suara bangsa sungai Daerah Pitas".

Selamat Hari Lahir Puan Ramlah Nasir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat,UPPM N3 PITAS.
12/07/2026

Selamat Hari Lahir Puan Ramlah Nasir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat,
UPPM N3 PITAS.

07 JUN 2026 (AHAD) I PITAST/b; rogram Pemeriksaan Mata & Katarak Secara Percuma Daerah Pitas anjuran Rotary Club Of Lika...
19/06/2026

07 JUN 2026 (AHAD) I PITAS

T/b; rogram Pemeriksaan Mata & Katarak Secara Percuma Daerah Pitas anjuran Rotary Club Of Likas Bay dengan kerjasama Rotary Club Of Kota Kinabalu. Rotary Club Of Kota Kinabalu Pearl, Rotary Club Of Kota Kinabalu South, Rotary Club Of Luyang, Rotary Club Of Penampang, Rotary Club Of Kinabalu Sutera, Rotary Club Of Tanjung Aru, Rotary Club Of Kota Kinabalu Mandarin, Rotary Club Of Sandakan, Rotary Club Of Sandakan North, Rotary Club Of Tawau.

PPM N.03 Pitas Puan Ramlah Nasir berkesempatan hadir meninjau program yang berlangsung dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Penganjur Program atas pelaksanaan program pemeriksaan mata dan katarak secara percuma di Daerah Pitas.

Kempen derma darah sepanjang program berlangsung turut diadakan. Terima kasih kepada para penderma darah serta petugas Unit Tabung Darah, Hospital Pitas.


06 JUN 2026 (SABTU) I Dewan Mini, Pejabat Daerah Pitas. Bengkel Daya Upaya Peluang Usahanita (DAYANG) Anjuran Institut K...
19/06/2026

06 JUN 2026 (SABTU) I Dewan Mini, Pejabat Daerah Pitas.

Bengkel Daya Upaya Peluang Usahanita (DAYANG) Anjuran Institut Kajian Pembangunan (Sabah) & Perbadanan Pinjaman Sabah Credit Corporation dengan kerjasama Pejabat Daerah Pitas & Majlis Daerah Pitas.

Seramai lebih 60 orang peserta wanita telah menghadiri bengkel ini. Ia adalah sebuah inisiatif dan program pinjaman dana yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah (melalui Institut Kajian Pembangunan - IDS) dengan kerjasama Sabah Credit Corporation untuk memperkasa golongan usahawan wanita muda.

PPM N.03 Pitas Puan Ramlah Nasir hadir ke bengkel DAYANG yang diadakan bertempat di Dewan Mini, Pejabat Daerah Pitas sebagai tanda sokongan padu terhadap usaha gigih kerajaan yang membantu golongan usahawan wanita dan wanita muda menerusi Program DAYANG ini.

Program DAYANG (Daya Upaya Peluang Usahanita) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Sabah 2025. Ia direka khas sebagai skim pinjaman dan bimbingan untuk memperkasa serta membantu usahawan wanita muda mengembangkan perniagaan mereka. semoga usaha ini akan berjaya membantu melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berjaya.



16 JUN 2026 (SELASA) I PITASLawatan turun kawasan/ kampung UPPM N3 PITAS diketuai PPM N.03 Pitas Puan Ramlah Nasir yang ...
19/06/2026

16 JUN 2026 (SELASA) I PITAS

Lawatan turun kawasan/ kampung UPPM N3 PITAS diketuai PPM N.03 Pitas Puan Ramlah Nasir yang hadir bersama CDO En. George Sibul, Penyelia & Pemaju Mukim/ Masyarakat kawasan meninjau beberapa aduan yang dikemukakan penerima rumah SMJ. Aduan tersebut akan dipanjangkan ke pihak yang berkenaan agar tindakan dapat diambil.

Seterusnya lawatan dilanjutkan ke rumah daif/ roboh di beberapa kampung sebagaimana laporan serta permohonan yang diterima. Lawatan turun kawasan akan diteruskan dari masa ke semasa di setiap mukim dan kampung secara berperingkat.
Permohonan yang diterima daripada masyarakat menerusi jkkk/uppm akan dipanjangkan ke pihak yang berkenaan.
Semoga dipermudahkan segala urusan dalam usaha membantu masyarakat yang berkeperluan.

Terima kasih DSP Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah atas inisiatif Rumah Sabah Maju Jaya di setiap DUN, terima kasih YB Dato Sri (Dr) Ruddy Awah JP, ADUN N.03 Pitas Wakil Rakyat N.03 Pitas yang sentiasa prihatin terhadap rakyat serta telah mengamanahkan agar UPPM & JKKK N.03 Pitas sentiasa komited menjalankan tugas dan tanggungjawab. Terima kasih YBhg Datuk Awang Kadin Tang JP, Pengarah UPPM Sabah yang banyak memberikan garis panduan gerak kerja UPPM Kawasan.



16 JUN 2026 (SELASA) I Dataran Pitas.Mesyuarat membincangkan persiapan akhir Program Outreach JKM Pitas kerjasama UPPM N...
19/06/2026

16 JUN 2026 (SELASA) I Dataran Pitas.

Mesyuarat membincangkan persiapan akhir Program Outreach JKM Pitas kerjasama UPPM N3 PITAS, JKKK & KRT Mukim Pinggan Pinggan (kawasan Bilangau Kecil & Bilangau Besar).

Mesyuarat dipengerusikan PPM N.03 Pitas Puan Ramlah Nasir serta turut dihadiri CDO George Sibul, Penyelia Masyarakat, Pemaju Mukim, Pemaju Masyarakat & kakitangan UPPM N.03 Pitas.

Program Outreach dijadualkan akan berlangsung pada 22/06/2026 hingga 23/06/2026 bertempat di Dewan Futsal Kg Bilangau Kecil. Pelbagai aktiviti masyarakat setempat serta pembukaan kaunter kebajikan akan dilaksanakan.

Program kemuncak pada 23 Jun 2026 (Selasa) akan dirasmikan oleh YB Dato Sri (Dr) Ruddy Awah JP, ADUN N.03 Pitas merangkap Pembantu Menteri, Kementerian Kerja Raya & Utiliti (KKRU) Sabah.

Semoga lancar dan dipermudahkan semua urusan.



13 JUN 2026 (SABTU) - Kota MaruduBENGKEL MEMPERKASA KEPIMPINAN WANITA SABAH (SIRI 3) ANJURAN IDS (SABAH).Majlis dirasmik...
19/06/2026

13 JUN 2026 (SABTU) - Kota Marudu

BENGKEL MEMPERKASA KEPIMPINAN WANITA SABAH (SIRI 3) ANJURAN IDS (SABAH).

Majlis dirasmikan YBhg. Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan IDS (Sabah).
Turut hadir Puan Salmah Sait Penyelaras Bersama Bengkel Kepimpinan dan Ybhg Dato Redonah Bahanda Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn. Bhd.

Bengkel kepimpinan ini adalah merupakan inisiatif YBhg DSP Azizah DSP Haji Mohd. Dun Pengerusi IDS (Sabah). Bengkel ini menghimpunkan 3 wakil peserta kalangan pemimpin wanita antaranya PPM, CDO & Penyelia Masyarakat UPPM daripada tujuh kawasan DUN iaitu Pitas, Bengkoka, Banggi, Tanjung Kapor, Bandau, Tandek & Matunggong.

Bengkel ini telah memberikan banyak manfaat, pengalaman serta pengetahuan yang amat bermakna kepada peserta khususnya dalam mempertingkatkan ilmu kepimpinan.

Syabas & tahniah juga diucapkan kepada kepada Puan Ramlah Nasir Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.03 Pitas berserta kumpulan yang menjadi peserta terbaik, pembentang dan yang kumpulan terbaik.

Semoga dimasa akan datang, akan lebih banyak program seumpama ini dapat dilaksanakan serta melibatkan lebih ramai penyertaan, DUN Pitas sentiasa mengalu alukan. Terima kasih pihak penganjur.


Syabas buat team Pitas merah menyala, interaktif, supportive dan antara yang terawal kehadiran. Semangat kenegaraan, cin...
19/06/2026

Syabas buat team Pitas merah menyala, interaktif, supportive dan antara yang terawal kehadiran. Semangat kenegaraan, cintakan tanah air, tanah tumpah darah tercinta.

Terima kasih Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sabah, Terima kasih UPPM Negeri Sabah, Sekretariat Sabah Maju Jaya, SPRM Sabah, Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah

Address

Pitas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N3 PITAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share