14/07/2026
📢 *HEBAHAN PROGRAM _OUTREACH_PERKHIDMATAN AWAM NEGERI DAN PERSEKUTUAN DAERAH PITAS 2026*
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Orang ramai dijemput hadir ke Program Outreach Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Daerah Pitas 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
đź—“ *Tarikh: 15 Julai 2026 (Rabu)*
🕣 *Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang*
📍 *Tempat: Dewan Terbuka, Dataran Pitas*
Agensi yang terlibat dan perkhidmatan yang disediakan:
*1. Pejabat Daerah Pitas*
- Kaunter Pertanyaan e-Kasih
- Kaunter Pertanyaan Bantuan SYUKUR
- Kaunter Semakan Lesen Berniaga
*2. Pejabat Kesihatan Daerah Pitas*
- Saringan Kesihatan
- Semakan & Pendaftaran PEKA B40
- Pameran Kesihatan
*3. Pejabat Perikanan Daerah Pitas*
- Khidmat Akuakultur Marin & Air Tawar
- Permohonan Bantuan Nelayan
- Permohonan Kursus
- Kaunter Pertanyaan
- Pengesahan Salinan Dokumen Berkaitan
*4. Jabatan Kerja Raya (JKR) Pitas*
- Kaunter Pertanyaan
- Maklumat Perkhidmatan
- Kaunter Aduan
- Maklumat Kerjaya (Program Protégé)
- Pameran Kesedaran Awam
*5. Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT)*
- Kaunter Pertanyaan Pelbagai Urusan Tanah
- Pameran Sistem PANTAS
- Pameran Peralatan Ukur, Batu Sempadan dan Lain-lain
*6. Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Pitas*
- Kaunter Semakan Bantuan
- Permohonan Baharu Bantuan
- Permohonan Kaji Semula Skim Bantuan Negeri & Persekutuan
*7. Jabatan Perhutanan Sabah (PPD Pitas)*
- Kaunter Pertanyaan
- Kaunter Aduan
- Pameran Perhutanan
*8. Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) Kudat*
- Kaunter Pertanyaan
- Permohonan Lesen Kapal-Kapal Kecil
*9. Pertubuhan Peladang Kawasan*
- Semakan Bantuan SBPKP/SBRPB (Pesawah)
- Semakan & Permohonan Keahlian
- Permohonan Geran Padanan Pemilikan Jentera Kecil & Sederhana
- Permohonan Geran Agropreneur Next-Gen
- Jualan Produk
*10. KO-Nelayan*
- Skim Pembiayaan Nelayan Sejahtera (i-Nelayan)
- Skim Pembiayaan Mikro Hiliran (i-Hiliran)
- Skim Pembiayaan Pengusaha Akuakultur (i-Akuakultur)
- Skim Peneraju Usahawan Perikanan (i-Usahawan)
- Skim Bantuan Pembangunan Asas Perkampungan Nelayan (i-Infra)
*11. Hospital Pitas*
- Kempen Derma Darah (Mobile Blood Drive)
- Pameran Unit Farmasi
*12. Sabah Electricity*
- Kaunter Pertanyaan & Aduan
- Semakan Rebat Elektrik RM40
- Pendaftaran Aplikasi MySE+
*13. UPPM N.03 Pitas / JKKK*
- Pengesahan Pendapatan
- Pengesahan Dokumen
- Khidmat Masyarakat Mengikut Mukim
*14. Mahkamah Anak Negeri (MAN) Pitas*
- Pendaftaran Kehadiran Ketua Kampung N.02 & N.03
- Surat Pengesahan Anak Negeri
- Urusan Surat Kahwin & Cerai
- Tuntutan Waris
📣 Jangan lepaskan peluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi.
*Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai*
Admin J