23/10/2026
MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN ANAK-ANAK KAKITANGAN DAN KEBAJIKAN WARGA KERJA PENJARA POKOK SENA, KEDAH
22 OKTOBER 2026 – Surau Al-Abidin dengan kerjasama PERSIAP Cawangan Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat bagi memohon keberkatan dan rahmat Allah SWT, khususnya buat anak-anak kakitangan yang bakal menduduki peperiksaan dan kakitangan yang sedang ditimpa musibah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh TPP Muhammad Anas bin Abu Yaziz, diikuti dengan doa bagi memohon agar anak-anak kakitangan diberikan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menghadapi peperiksaan, seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Selain itu, doa turut dipanjatkan agar kakitangan yang ditimpa musibah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian kehidupan.
Turut hadir, PKP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena dan TPP Mohd Hanafiah bin Khairuddin.
Penjara Pokok Sena Kedah
Penjara Pokok Sena