RISDA Daerah Pontian

Directions

RISDA Daerah Pontian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RISDA Daerah Pontian, Government Organization, Lot 2240, Jalan Abas, Pontian.

08/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PEGAWAI DAERAH PONTIAN11 September 2026 | Pejabat Daerah PontianSatu kunjungan hormat oleh Pegaw...
14/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PEGAWAI DAERAH PONTIAN

11 September 2026 | Pejabat Daerah Pontian

Satu kunjungan hormat oleh Pegawai RISDA Daerah Pontian telah diadakan kepada Pegawai Daerah Pontian sebagai usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara agensi dalam menjayakan agenda pembangunan serta perkhidmatan kepada masyarakat di daerah Pontian.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat setempat.




🌙 MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT RISDA DAERAH PONTIAN 1448H / 2026M📅 11 September 2026📍 Pejabat RISDA Daerah P...
14/09/2026

🌙 MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT RISDA DAERAH PONTIAN 1448H / 2026M

📅 11 September 2026
📍 Pejabat RISDA Daerah Pontian

Pejabat RISDA Daerah Pontian telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat RISDA Daerah Pontian bagi Tahun 1448H / 2026M.

Majlis turut diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zahrizal bin Mohamad.

Semoga majlis ini dapat menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadi penghayatan kepada seluruh warga kerja RISDA dalam mencontohi akhlak dan sunnah Baginda.

“Menyantuni Umat, Membawa Rahmat”




05/09/2026
📌 TAKLIMAT PERLINDUNGAN KESIHATAN, KEPENTINGAN SIMPANAN DAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA3 September 2026 l KhamisPejabat RISD...
03/09/2026

📌 TAKLIMAT PERLINDUNGAN KESIHATAN, KEPENTINGAN SIMPANAN DAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA

3 September 2026 l Khamis

Pejabat RISDA Daerah Pontian telah menganjurkan taklimat berkaitan perlindungan kesihatan, kepentingan simpanan serta pengurusan harta pusaka bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja dalam merancang kesejahteraan serta masa hadapan dengan kerjasama pihak MAKSAK dan PruBSN.

Taklimat telah disampaikan oleh MAKSAK Medic Care (Mediscreen) dan PruBSN.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyampai atas perkongsian ilmu, maklumat serta penerangan yang telah disampaikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi panduan kepada warga kerja dalam membuat perancangan yang lebih baik untuk masa hadapan.






🇲🇾 MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH PONTIAN 🇲🇾31 Ogos 2026 | Mini Stadium PontianPejabat RISD...
03/09/2026

🇲🇾 MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH PONTIAN 🇲🇾

31 Ogos 2026 | Mini Stadium Pontian

Pejabat RISDA Daerah Pontian turut menyertai Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Daerah Pontian yang berlangsung dengan penuh semangat patriotisme dan kemeriahan.

Semoga semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air terus subur dalam diri kita.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! 🇲🇾





24 Ogos 2026 | RISDA Pontian🤝 LAWATAN YB DATUK SERI AHMAD MASLAN KE PEJABAT RISDA DAERAH PONTIANPejabat RISDA Daerah Pon...
03/09/2026

24 Ogos 2026 | RISDA Pontian

🤝 LAWATAN YB DATUK SERI AHMAD MASLAN KE PEJABAT RISDA DAERAH PONTIAN

Pejabat RISDA Daerah Pontian telah menerima kunjungan YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian dalam satu lawatan ke pejabat RISDA Daerah Pontian.

Lawatan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuhkan kerjasama antara pihak Ahli Parlimen Pontian dan RISDA, di samping bertukar pandangan berkaitan usaha pembangunan serta kebajikan pekebun kecil di kawasan Pontian.

Semoga kunjungan dan jalinan kerjasama ini dapat terus diperkasakan demi manfaat pekebun kecil serta masyarakat setempat.







17 Ogos 2026 | RISDA PontianAudit Pematuhan Rekod Pengurusan KehadiranTelah dilaksanakan Audit Pemantauan Rekod Pengurus...
03/09/2026

17 Ogos 2026 | RISDA Pontian

Audit Pematuhan Rekod Pengurusan Kehadiran

Telah dilaksanakan Audit Pemantauan Rekod Pengurusan Kehadiran oleh Bahagian Inspektorat dan Audit Dalaman (BIAD), daripada Ibu Pejabat RISDA bagi memastikan pengurusan dan rekod kehadiran warga kerja sentiasa teratur, tepat, sistematik dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.

Audit ini turut menjadi salah satu usaha berterusan dalam memperkukuhkan aspek tadbir urus, disiplin serta kecekapan pengurusan organisasi.

Semoga pemantauan secara berkala ini dapat memastikan pengurusan rekod kehadiran sentiasa berada pada tahap yang baik dan berintegriti. 🤝




14 Ogos 2026 Pejabat RISDA Daerah Pontian🇲🇾 SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, warg...
03/09/2026

14 Ogos 2026

Pejabat RISDA Daerah Pontian

🇲🇾 SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, warga pejabat bersama-sama berganding bahu dalam aktiviti pemasangan Jalur Gemilang dan bendera negeri di sekitar kawasan pejabat.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan penuh rasa bangga, menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.”
Selamat menyambut Bulan Kebangsaan 2026!
Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat Merdeka! 🇲🇾✨




11/08/2026

Address

Lot 2240, Jalan Abas
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share