Pejabat Daerah Pontian_Official

Directions

Pejabat Daerah Pontian_Official Membantu pengurusan Pentadbiran Pejabat supaya berjalan dengan cekap, teratur dan berkesan dari segi kewangan, perjawatan, pentadbiran dan keselamatan.

Menyelia, memberi dan menyelaras segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengamalkan konsep bersih

19/09/2026

Bacaan kualiti udara di Johor menunjukkan sedikit perubahan setakat jam 12 tengah hari ini apabila tiga stesen pemantauan iaitu Stesen Larkin, Stesen Pasir Gudang dan Stesen Tangkak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori Tidak Sihat, manakala lima stesen lain berada pada tahap Sederhana.

Bagi kawasan yang masih mencatatkan bacaan Tidak Sihat, orang ramai disarankan mengehadkan masa berada di kawasan terbuka dan menggunakan pelitup muka sebagai langkah tambahan sekiranya perlu keluar.








✨ 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐈𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧Ayuh bersama-sama ...
18/09/2026

✨ 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐈𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧

Ayuh bersama-sama meraikan sebuah acara penuh bermakna yang menghimpunkan masyarakat Johor dalam suasana harmoni, ceria dan penuh kenangan.

📍 Lokasi: Dataran MBJB, Johor Bahru
📅 20 September 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 Pagi – 6.00 Petang

Pelbagai pengisian istimewa menanti para pengunjung:

🎤 Persembahan Hiburan Eksklusif
Nikmati persembahan daripada barisan artis ternama:
• Irfan Haris
• Mawi
• Amira Othman
• Havoc Brothers
• Haiza (Emcee)

🎁 Cabutan Bertuah dengan Pelbagai Hadiah Menarik

🎪 Aktiviti Keluarga & Sukan Rakyat
Menghidupkan kembali semangat kebersamaan melalui pelbagai aktiviti santai dan menyeronokkan untuk semua peringkat umur.

🎡 Soopa Doopa & Aktiviti Kanak-Kanak
Ruang keceriaan khas untuk mencipta pengalaman indah buat generasi muda.

🍽️ Jamuan Bangsa Johor
Menikmati hidangan serta suasana kebersamaan dalam meraikan keunikan dan keharmonian masyarakat Johor.

🌟 Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mencipta memori berharga bersama keluarga dan komuniti.

Jom hadir dan raikan kemeriahan Hari Keluarga Johor 2026 — sebuah perhimpunan penuh makna untuk semua.

💙❤️ Bangsa Johor | Bersatu Dalam Kebersamaan







18/09/2026

Kerajaan Johor meneruskan komitmen membantu Bangsa Johor menerusi program serahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 Tahun 2026 bagi kategori rayuan dan permohonan baharu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM47.13 juta yang telah diluluskan.

Usaha ini secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan bantuan terus disalurkan kepada golongan yang memerlukan, merentasi pelbagai lapisan masyarakat.

Bangsa Johor boleh membuat semakan secara atas talian di https://bkj.johor.gov.my selain serahan BKJ Fasa 4 bagi rayuan dan kategori permohonan baharu ini akan dilaksanakan oleh agensi pelaksana secara bersemuka di Pejabat ADUN atau Pejabat Agensi yang bertanggungjawab.

Onn Hafiz Ghazi






17/09/2026

Lima stesen pemantauan kualiti udara di Johor iaitu Segamat, Batu Pahat, Kluang, Larkin dan Tangkak merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori Tidak Sihat, manakala tiga stesen lain pada tahap Sederhana setakat jam 8 malam.

Orang ramai disarankan mengehadkan aktiviti luar dan menggunakan pelitup muka yang sesuai sekiranya perlu terutama di kawasan dengan IPU Tidak Sihat selain mengelakkan pembakaran terbuka bagi mengurangkan pencemaran udara.








𝟏𝟒 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 | 𝟖.𝟑𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐁𝐄𝐍𝐔𝐓𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀...
17/09/2026

𝟏𝟒 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 | 𝟖.𝟑𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈
𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐁𝐄𝐍𝐔𝐓

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋, 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍

Ybhg. Tuan Haji Mohd Farid Bin Hassan, Pegawai Daerah Pontian, Encik Akmal Hamizi Bin Manshor, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada beberapa keluarga di Mukim Benut Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan keprihatinan serta kasih dan sayang DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada bangsa Johor khususnya di Mukim Benut.

𝗧𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 :
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah Pontian,
Pegawai JKM Pontian,
Pegawai Kesihatan Daerah,
Penghulu Kanan
Penghulu Mukim & Ketua Kampung Yang Terlibat,
Serta Penduduk Setempat

𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔



17/09/2026

Jom kita semua meluangkan masa bersama keluarga sempena Hari Keluarga Johor pada 20 September ini. Memandangkan keadaan cuaca dan kualiti udara yang masih perlu diberi perhatian, persediaan awal penting supaya semua yang hadir kekal selesa dan selamat sepanjang program ini berlangsung.

😷 Pakai pelitup muka terutama ketika berada di kawasan terbuka
☂️ Bawa payung sebagai persediaan menghadapi cuaca
💧 Pastikan air masak dibawa bersama dan diminum secukupnya
👶 Sebaiknya elakkan daripada membawa bayi dan golongan yang berisiko sekiranya tidak perlu
🏠 Kurangkan aktiviti di luar jika keadaan kualiti udara kurang baik

Kesihatan dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Sama-sama kita jaga diri dan keluarga agar Hari Keluarga Johor dapat diraikan dengan selamat, selesa dan penuh bermakna.







🌿 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈, 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 🌿𝟏𝟓 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐉𝐮𝐛𝐥𝐢 𝐈𝐧𝐭𝐚𝐧, 𝐏𝐨𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧Telah berlangsung Majlis...
17/09/2026

🌿 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈, 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 🌿

𝟏𝟓 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐉𝐮𝐛𝐥𝐢 𝐈𝐧𝐭𝐚𝐧, 𝐏𝐨𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧

Telah berlangsung Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih yang penuh bermakna sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada pegawai-pegawai yang diraikan atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti sepanjang menjalankan amanah dalam perkhidmatan awam, khususnya di Daerah Pontian.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti tayangan gimik perpisahan, ucapan daripada Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Pegawai Daerah Pontian, serta ucapan wakil pegawai yang diraikan, Tuan Haji Kamaluddin bin Haji Jamal,Pegawai Daerah Batu Pahat.

Turut berlangsung Sesi Serah Tugas Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Pontian, sebelum diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pegawai-pegawai yang diraikan.

Antara yang turut diraikan ialah:

• Encik Abdul Azim bin Shamsudin
• Encik Muhammad Haziq bin Ad Latif
• Encik Encik Norhafa bin Johari
• Puan Aisha Encik Syeha Binti Lailong
• Tuan Haji Zamri bin Haji Momen
• Puan Nurul Akmal Binti Abdullah
• Encik Mohd Faizal bin Mansor
• Encik Mohammad Amir Zain bin Roslan
• Encik Musa bin Othman
• Encik Ahmad Syahir bin Dinin Osman
• Puan Noorhayati binti Hamzah

Majlis turut diserikan dengan sesi bergambar, jamuan makan dan persembahan daripada kumpulan buskers.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan. Semoga segala kenangan yang tercipta sepanjang berada bersama warga kerja Daerah Pontian terus menjadi memori yang bermakna.

𝐒𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐝𝐢 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠, 𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐝𝐢𝐚𝐛𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧. 🌷







🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔𝟏𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇.𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍.𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍.Ha...
16/09/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟏𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇.
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍.
𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍.

Hari Malaysia menjadi simbol kesatuan dan kebersamaan rakyat dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat, progresif dan sejahtera.

Dalam mendepani masa hadapan, marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan, nilai kebersamaan dan rasa tanggungjawab terhadap negara, demi kesinambungan pembangunan serta kesejahteraan generasi akan datang.

Malaysia yang kukuh dibina atas kesatuan rakyatnya.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔.

𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚
𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍
𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍





14/09/2026
14/09/2026

Address

Bangunan Sultan Ismail, Jalan Alsagoff
Pontian

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Pontian_Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share