AADK Daerah Pontian

Call Directions Website Contact the organization

AADK Daerah Pontian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Pontian, Government Organization, AADK Daerah Pontian, Lorong Surau, Kampung Rimba Terjun, Pontian.

KE ARAH KEHIDUPAN BEBAS DADAH

πŸ”΅ Satu Langkah Sejuta Harapan
πŸ”΄ Jatuh Bukan Penamat, Bangkit Itu Pilihan

UNTUK PERTANYAAN, ADUAN DAN KHIDMAT NASIHAT :

☎️ Hubungi Talian Hotline AADK 1800-22-2235 atau Melalui Aplikasi Whatsapp
019-6262233

23/10/2026
23/10/2026

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan 133 individu selepas disyaki positif dadah dalam Ops Perdana agensi itu di enam daerah di Selangor dari Isnin lepas hingga hari ini.

PENYAKIT MENGANGKAT DARJAT DAN MENGHAPUS DOSASetiap kesakitan dan ujian yang dihadapi oleh seorang Muslim boleh menjadi ...
23/10/2026

PENYAKIT MENGANGKAT DARJAT DAN MENGHAPUS DOSA

Setiap kesakitan dan ujian yang dihadapi oleh seorang Muslim boleh menjadi asbab penghapusan dosa dan peningkatan darjat di sisi Allah SWT. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa kesakitan walaupun hanya tercucuk duri boleh menjadi sebab Allah menghapuskan kesalahan atau mengangkat darjat seseorang.

Oleh itu, hadapilah setiap ujian dengan sabar dan reda serta terus berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga setiap dugaan menjadi jalan untuk memperkukuh keimanan dan memperbaiki diri.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






PERHATIAN IBU BAPA, PENCEGAHAN BERMULA DENGAN PENGETAHUANπŸ’š Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak...
21/10/2026

PERHATIAN IBU BAPA, PENCEGAHAN BERMULA DENGAN PENGETAHUAN

πŸ’š Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak daripada risiko penyalahgunaan dadah. Perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang berterusan mampu membantu membentuk peribadi anak-anak serta mendorong mereka membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan.

πŸ’š Antara langkah yang boleh diambil ialah meluangkan masa untuk mendengar luahan anak secara aktif, menetapkan batas dan peraturan yang jelas serta menunjukkan kasih sayang secara konsisten. Ibu bapa juga perlu peka terhadap perubahan tingkah laku dan persekitaran pergaulan anak-anak.

πŸ’š Selain itu, ibu bapa disaran mendapatkan nasihat dan bantuan daripada pihak yang sepatutnya sekiranya berdepan situasi yang memerlukan perhatian lanjut.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






PESADA PERKUKUH KESEDARAN KOMUNITI KE ARAH BEBAS DADAHPontian, 21 Oktober 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daer...
21/10/2026

PESADA PERKUKUH KESEDARAN KOMUNITI KE ARAH BEBAS DADAH

Pontian, 21 Oktober 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pontian terus mempergiat usaha pencegahan penyalahgunaan dadah menerusi pelaksanaan aktiviti Pesanan Antidadah (PESADA) di sekitar kawasan Kukup, Pontian.

Pendekatan secara bersemuka ini turut menjadi platform untuk menyampaikan maklumat berkaitan pencegahan dadah, di samping menggalakkan masyarakat agar lebih peka terhadap persekitaran dan berani mengambil tindakan yang sewajarnya.

Selain itu, komuniti turut diberikan penerangan mengenai saluran aduan AADK serta perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara s**arela bagi membantu individu yang berhadapan dengan masalah penyalahgunaan dadah mendapatkan sokongan dan bantuan yang bersesuaian.

Pelaksanaan PESADA di kawasan Kukup diharap dapat memperkukuh hubungan antara AADK dengan komuniti setempat serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha pencegahan dadah secara berterusan.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






TEKANAN RAKAN SEBAYA: REMAJA BIJAK, PILIHAN TEPATTekanan rakan sebaya merupakan cabaran yang boleh mempengaruhi tingkah ...
21/10/2026

TEKANAN RAKAN SEBAYA: REMAJA BIJAK, PILIHAN TEPAT

Tekanan rakan sebaya merupakan cabaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan keputusan remaja. Keinginan untuk diterima dalam kumpulan kadangkala mendorong mereka melakukan perkara negatif, termasuk penyalahgunaan dadah.

AADK Daerah Pontian menyeru golongan remaja agar bijak memilih rakan, berani menolak pengaruh negatif dan memperkukuh jati diri. Sokongan keluarga serta penglibatan dalam aktiviti positif turut membantu membentuk remaja yang berkeyakinan dan berdaya saing.

Ingat, berani berkata TIDAK kepada pengaruh negatif ialah tanda kekuatan diri.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






20/10/2026

Trend penyalahgunaan dadah dalam kalangan individu berumur bawah 15 tahun semakin membimbangkan dan memerlukan usaha pencegahan lebih menyeluruh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin Nasution berkata berdasarkan profil individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, golongan berumur 15 hingga 39 tahun merupakan kumpulan terbesar.

Berita penuh di:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/trend-penyalahgunaan-dadah-bawah-15-tahun-membimbangkan-saifuddin-nasution

PENGARUH MEDIA SOSIAL : BIJAK MENILAI, JANGAN MUDAH TERPENGARUHMedia sosial kini menjadi sebahagian daripada kehidupan s...
19/10/2026

PENGARUH MEDIA SOSIAL : BIJAK MENILAI, JANGAN MUDAH TERPENGARUH

Media sosial kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Melalui satu skrin, kita boleh mendapatkan maklumat, mengikuti perkembangan semasa dan berhubung dengan orang lain. Namun, di sebalik kemudahannya, media sosial juga boleh membawa pengaruh negatif jika tidak digunakan dengan bijak.

Ada kalanya, kita terlalu mudah mempercayai sesuatu yang tular tanpa menyemak kesahihannya. Ada juga yang terikut-ikut dengan gaya hidup, cabaran berbahaya atau ajakan rakan maya semata-mata mahu diterima dan mendapat perhatian.

Lebih membimbangkan, kandungan yang mempromosikan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang boleh mempengaruhi pemikiran, khususnya golongan remaja yang masih membentuk jati diri.

Jangan biarkan jumlah tanda s**a, komen atau populariti menentukan setiap keputusan kita. Tidak semua yang kelihatan menarik di media sosial membawa kebaikan dalam kehidupan sebenar.

Jadilah pengguna yang bijak, bukan pengikut yang membuta tuli.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






LANGKAH AWAL MEMBINA KOMUNITI BEBAS DADAH MELALUI PROGRAM PESANAN ANTIDADAH (PESADA)Pontian, 19 Oktober 2026 -AADK Daera...
19/10/2026

LANGKAH AWAL MEMBINA KOMUNITI BEBAS DADAH MELALUI PROGRAM PESANAN ANTIDADAH (PESADA)

Pontian, 19 Oktober 2026 -AADK Daerah Pontian terus memperkukuhkan usaha pencegahan penyalahgunaan dadah melalui pelaksanaan Program Pesanan Antidadah (PESADA) di sekitar kawasan Pekan Benut.

Program ini dilaksanakan sebagai medium mendekati komuniti secara langsung dengan menyampaikan pesanan, kesedaran dan maklumat berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah di samping memberi pendedahan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi mendapatkan bantuan dan sokongan.

Dalam program ini, masyarakat turut diperkenalkan dengan saluran aduan AADK serta perkhidmatan pemulihan secara s**arela sebagai salah satu usaha membantu individu yang berdepan dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Usaha membanteras penyalahgunaan dadah ini memerlukan kerjasama semua pihak dan tindakan yang diambil mampu menjadi langkah awal kepada masalah penyalahgunaan dadah khususnya komuniti setempat.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






Address

AADK Daerah Pontian, Lorong Surau, Kampung Rimba Terjun
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076870000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Daerah Pontian:

Shortcuts

Share