PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BENUT

Call Directions Website Contact the organization

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BENUT " MENUAI HARAPAN, MEMBINA MASA HADAPAN "

22 SEPTEMBER 2026 | Lawatan pengesahan projek usahawan peladang oleh Pn Mihazriza binti Mohd Misli, Ketua Unit Pembangun...
23/09/2026

22 SEPTEMBER 2026 | Lawatan pengesahan projek usahawan peladang oleh Pn Mihazriza binti Mohd Misli, Ketua Unit Pembangunan Usahawan Dan Industri Asas Tani (IAT), LPP Negeri Johor.

Antara projek yang dilawati :

1. Projek Ternakan Kambing Tenusu yang diusahakan oleh En Muhammad Sallehuddin bin Mohd Rashid ;

2. Projek Tanaman Sayuran Berbuah Secara Fertigasi yang diusahakan oleh En Mohammad Faris bin Zamzam.

Kedua-dua usahawan ini merupakan pemohon peruntukan Program Pemerkasaan Usahawan Peladang (RISE UP) Lembaga Pertubuhan Peladang di bawah RMK-13.

Kunjungan Ahli Jemaah Pengarah PPK Benut ke Pameran MAHA 2026 di MAEPS, Serdang, Selangor.
06/09/2026

Kunjungan Ahli Jemaah Pengarah PPK Benut ke Pameran MAHA 2026 di MAEPS, Serdang, Selangor.

Lawatan Ahli PPK Benut ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) Tahun 2026 bertempat di MAEPS, Serda...
03/09/2026

Lawatan Ahli PPK Benut ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) Tahun 2026 bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor.

08/08/2026
6 OGOS 2026 | JUALAN AGRO MADANI PERINGKAT PPD PONTIAN / KLUANG SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN KALI KE-51 TA...
06/08/2026

6 OGOS 2026 | JUALAN AGRO MADANI PERINGKAT PPD PONTIAN / KLUANG SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN KALI KE-51 TAHUN 2026

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pelbagai barangan keperluan asas seperti ayam, minyak masak, telur, beras dan sayur-sayuran dijual pada harga promosi. Penglibatan PPK-PPK dan Usahawan Peladang dalam Daerah Pontian/Kluang memeriahkan lagi program pada hari ini melalui jualan promosi produk-produk yang diusahakan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Encik Amiruddin bin Haji Bahar, Pengarah LPP Negeri Johor yang telah menyempurnakan majlis pada hari ini.

Selain jualan promosi, turut diadakan program seperti berikut :
✅ Kaunter Pendaftaran BUDI MADANI bersama MPOB Pontian.
✅ Kempen Daftar Ahli Peladangmuda
✅ Pertandingan Memasak (Ayam Ungkep) Peladangnita PPK-PPK Daerah Pontian/Kluang
✅ Pertandingan Memasak (Berasaskan Ubi Kayu) Peladangnita PPK Benut
✅ Pertandingan Mewarna & Sukaneka Bersama Pelatih-Pelatih PDK Benut
✅ Program Daftar Akaun i-Rizq & Cabutan Bertuah Bersama Bank Rakyat Benut.

Semoga usaha ini bermanfaat buat para pengunjung dan masyarakat setempat bagi mendapatkan barangan pada harga berpatutan disamping mengukuhkan lagi hubungan di antara jabatan/agensi dengan masyarakat peladang amnya.

#𝘁𝗮𝗮𝘁𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝟰𝗙𝗮𝗿𝗺𝗲𝗿𝘀
#𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗣𝗞𝗠𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗧𝗲𝗮𝗺𝗞𝗣𝗞𝗠
#𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽𝗱𝗮𝗻𝗧𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻
#𝗔𝗴𝗿𝗼𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗺𝗮𝘀𝗮𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻

📣 PROGRAM JUALAN AGRO MADANI PERINGKAT PPD PONTIAN/KLUANG SEMPENA ULANGTAHUN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KALI K...
04/08/2026

📣 PROGRAM JUALAN AGRO MADANI PERINGKAT PPD PONTIAN/KLUANG SEMPENA ULANGTAHUN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KALI KE-51 TAHUN 2026

Program akan diadakan sepertimana berikut:

🗓️ 6 OGOS 2026 (KHAMIS)
⏰ 8.00 pagi hingga selesai
📍 PELADANG OUTLET BENUT
https://share.google/8g8kwHJjHs5U51SLx

📢 Pelbagai jualan menarik seperti sayur-sayuran, ayam segar, nanas MD2, telur ayam dan banyak lagi dengan tawaran harga istimewa menanti anda!

📢 Kami bawakan khas kepada anda produk-produk jenama PELADANG daripada PPK-PPK dan Usahawan Peladang Daerah Pontian/Kluang.

Turut diadakan :
✅ Kaunter Pendaftaran BUDI MADANI bersama MPOB Pontian.
✅ Kempen Daftar Ahli Peladangmuda
✅ Pertandingan Memasak (Ayam Ungkep) Peladangnita PPK-PPK Daerah Pontian/Kluang
✅ Pertandingan Memasak (Berasaskan Ubi Kayu) Peladangnita PPK Benut
✅ Pertandingan Mewarna & Sukaneka Bersama Pelatih-Pelatih PDK Benut
✅ Program Daftar Akaun i-Rizq & Cabutan Bertuah Bersama Bank Rakyat Benut

JUMPA ANDA DISANA !!

#𝘁𝗮𝗮𝘁𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝟰𝗙𝗮𝗿𝗺𝗲𝗿𝘀
#𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗣𝗞𝗠𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗧𝗲𝗮𝗺𝗞𝗣𝗞𝗠
#𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽𝗱𝗮𝗻𝗧𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻
#𝗔𝗴𝗿𝗼𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗺𝗮𝘀𝗮𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻

28/07/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆

Pengurusan Tertinggi dan Warga Lembaga Pertubuhan Peladang serta Pertubuhan Peladang seluruh negara mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐖𝐢𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐟𝐮𝐳 𝐛𝐢𝐧 𝐎𝐦𝐚𝐫 atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.

#𝗠𝗔𝗛𝗔𝟮𝟬𝟮𝟲
#𝗞𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀𝗕𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻𝗚𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹
#𝘁𝗮𝗮𝘁𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝟱𝟯𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡
#𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗣𝗞𝗠𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗧𝗲𝗮𝗺𝗞𝗣𝗞𝗠
#𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽𝗱𝗮𝗻𝗧𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻

Lawatan Pra Permohonan Rolling Plan (RP2) LPP Bagi Tahun 2027 | 27 Julai 2026Pada hari ini telah diadakan Lawatan Pra Pe...
27/07/2026

Lawatan Pra Permohonan Rolling Plan (RP2) LPP Bagi Tahun 2027 | 27 Julai 2026

Pada hari ini telah diadakan Lawatan Pra Permohonan Rolling Plan (RP2) LPP Bagi Tahun 2027 untuk Peladang Outlet Benut. Penerangan mengenai permohonan telah disampaikan oleh YBrs. Tn Hj Abd Jalil bin Elias, Pengurus Besar PPK.

Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Ts. Dr. Hj Zaid bin Ramli, Ketua Unit Perancangan & Penilaian LPP Negeri Johor bersama En. Mohd Suhairien bin Sulaiman dan En Mohd Azrul bin Kamim, Eksekutif Perancangan dan Penilaian, Cawangan Pembangunan, LPP Negeri Johor.

24 JULAI 2026 | PROGRAM ZIARAH KASIH AHLI PELADANGPada hari ini telah diadakan Program Ziarah Kasih Ahli Peladang di Kg....
24/07/2026

24 JULAI 2026 | PROGRAM ZIARAH KASIH AHLI PELADANG

Pada hari ini telah diadakan Program Ziarah Kasih Ahli Peladang di Kg. Pt Ismail & Kg. Permatang Duku, Benut. Program ini dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Sarkawi bin Banjar, Pengerusi Jemaah Pengarah PPK, Ahli Jemaah Pengarah PPK, YBrs. Puan Mysara binti Khamin, PPD Pontian/Kluang, YBrs. Tn Hj Abd Jalil bin Elias, Pengurus Besar PPK dan Anggota Pengurusan PPK.

Antara yang diziarahi pada hari ini ialah Pn Nor Diana binti Ahamadi, AJP Peladangnita PPK yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan Pn Hjh Kasidah binti Kasimon, ahli peladangnita unit Parit Pinang (Isteri kepada Tn Hj Ahmad Yahya Damiran - AJP PPK Benut) yang ditimpa musibah kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Ahli-ahli yang diziarahi pada hari ini turut menerima sedikit sumbangan kebajikan yang disampaikan oleh YBrs. Tn Hj Sarkawi Bin Banjar, Pengerusi PPK Benut.

Didoakan semoga kedua-dua ahli ini dikurniakan kesembuhan dan sihat seperti selalu.

Address

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BENUT, PUSAT PERKHIDMATAN PERTANIAN BERSEPADU
Pontian
82200BENUT,

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076903225

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BENUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BENUT:

Shortcuts

Share