15/10/2026
8 GEJALA ADHD DEWASA YANG RAMAI TAK SANGKA
ADHD bukan semestinya orang yang tak boleh duduk diam.
Ada orang nampak tenang, berkerjaya, berpendidikan tinggi dan mampu mengurus perkara besar. Tetapi perkara kecil dalam kehidupan seharian terasa sangat mencabar.
Antara tanda yang mungkin tidak disedari:
1. Tunggu saat akhir baru boleh mula
Tahu kerja itu penting. Sudah berhari-hari fikir hendak siapkan. Tetapi hanya benar-benar mula apabila deadline semakin dekat.
2. Kerja dua minit terasa terlalu berat
Balas e-mel, bayar bil atau buat appointment. Bukan tak tahu caranya, tetapi sukar hendak memulakan tugasan.
3. Masa seolah-olah bergerak terlalu pantas
Ingat baru 10 minit bersiap. Rupanya sudah 40 minit. Kerap tersalah anggar tempoh sesuatu kerja.
4. Boleh fokus pada perkara menarik, tetapi sukar pada perkara rutin
Mampu menghabiskan berjam-jam pada sesuatu yang diminati, tetapi membaca dokumen penting beberapa muka surat pun mencabar.
5. Otak terasa tidak pernah diam
Tubuh nampak tenang, tetapi fikiran sentiasa aktif. Sukar berehat tanpa memikirkan perkara lain.
6. Mendengar, tetapi maklumat tidak melekat
Pasangan baru sahaja memberikan pesanan. Beberapa minit kemudian, sudah terlupa. Kadangkala dianggap tidak mengambil peduli.
7. Banyak perkara dimulakan, sedikit yang disiapkan
Mula mengemas bilik, terjumpa dokumen, terus menyusun fail. Akhirnya, bilik masih belum siap dikemas.
8. Sering mencelah perbualan tanpa sengaja
Bukan mahu kurang ajar. Kadangkala terlalu cepat memberi respons atau sukar menunggu giliran bercakap.
βΈ»
PENTING: Ini bukan checklist untuk diagnosis sendiri.
Semua orang boleh mengalami perkara di atas sekali-sekala.
Dalam ADHD, gejala biasanya berpanjangan, bermula sejak zaman kanak-kanak, berlaku dalam lebih daripada satu situasi dan benar-benar mengganggu fungsi kehidupan.
Kurang tidur, anxiety, kemurungan dan tekanan kronik juga boleh menyebabkan gejala yang hampir sama.
Jika corak ini sudah lama menjejaskan pekerjaan, hubungan atau kehidupan harian, dapatkan penilaian profesional.
ADHD dewasa bukan sekadar masalah fokus. Ia juga boleh melibatkan kesukaran mengurus perhatian, masa, tindakan dan impuls.
Memahami puncanya lebih membantu daripada terus melabel seseorang sebagai malas atau tidak berdisiplin.
Public Health Malaysia