SK Kampung Sawah - Rasmi

Directions

SK Kampung Sawah - Rasmi Halaman rasmi SK Kampung Sawah, Port DIckson, Negeri Sembilan yang berkongsi aktiviti sekolah dan pelbagai info menarik tentang dunia pendidikan masa kini.

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐—ฆ๐—ฃ๐—œ ๐—๐—ฃ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ž ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—ช๐—”๐—›๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——๐—ข๐—ž, ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Sektor...
22/09/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐—ฆ๐—ฃ๐—œ ๐—๐—ฃ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ž ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—ช๐—”๐—›

๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——๐—ข๐—ž, ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan hadir dalam Kunjung Bantu ke Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah (SKKS) bagi meninjau, berkongsi idea serta memberi cadangan penambahbaikan terhadap gerak kerja Hadis 40 Imam Nawawi yang dilaksanakan di sekolah.

Kunjung Bantu ini turut menjadi sebahagian daripada persediaan SKKS menjelang ๐—ฆ๐—ต๐—ผ๐˜„๐—ฐ๐—ฎ๐˜€๐—ฒ ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—œ๐—บ๐—ฎ๐—บ ๐—ก๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜„๐—ถ sempena Karnival Jejak Imam Nawawi (Hadis 40) Kementerian Pendidikan Malaysia yang bakal berlangsung pada 26 September 2026 di SK Panchor, Seremban.

Rombongan SPI memulakan kunjungan di Makmal ICT SKKS bagi taklimat oleh Guru Besar sebelum dibawa meninjau Projek Sawah SKKS, seterusnya ke Lapangan Galeri Hadis 40 dan Laman Merdeka SKKS 2026.

Sepanjang kunjungan, pihak sekolah berkongsi pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan, antaranya bacaan hadis setiap Jumaat, Kuiz Hadis 40, Hadis Time, hebahan melalui poster Facebook, penglibatan bersama komuniti serta PODKAS AI.

Turut terlibat dalam sesi perkongsian ialah Guru Besar SKKS, Ust Halue Bin Mat Tahir, guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Pengerusi PIBG SKKS yang juga Pengerusi Masjid Kariah Kampung Sawah.

Menariknya, kunjungan ke Projek Sawah SKKS turut mencetuskan pengalaman tersendiri apabila tiga orang pegawai SPI berkesempatan melihat kawasan sawah dengan lebih dekat malah turut turun ke dalam sawah untuk mencuba mencari ikan haruan yang terdapat di situ. Inilah keunikan SKKS.

Dalam kunjungan ini, Squad Hadis 40 SKKS turut memainkan peranan menyambut dan mengiringi tetamu, selain berkongsi suasana serta aktiviti Hadis 40 yang dilaksanakan di sekolah.
Pihak SKKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SPI JPN Negeri Sembilan atas kesudian meluangkan masa berkunjung ke SKKS.

Rombongan yang sebelum itu hadir dari sebuah sekolah di Rembau kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kampung Sawah, khusus bagi berkongsi idea dan membantu pihak sekolah memperkemas persediaan showcase.

Kunjung Bantu ini diharapkan dapat memperkukuh lagi gerak kerja SKKS dalam menghidupkan penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi melalui pendekatan sekolah, murid dan komuniti.

Menjelang Showcase Hadis 40 Imam Nawawi pada 26 September ini, seluruh warga SKKS turut mengharapkan doa daripada alumni dan guru-guru SKKS agar segala persiapan serta persembahan yang bakal dipersembahkan berjalan lancar.

๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—œ๐— ๐—”๐—  ๐—ก๐—”๐—ช๐—”๐—ช๐—œ โ€” ๐——๐—œ๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง๐—œ, ๐——๐—œ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ๐—ž๐—”๐—ก, ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก.

-TAMAT-

Berita Laporan - GPI/GBA

09/09/2026

๐ŸŽ™๏ธ PODKAS AI Hโ€” HADIS 13 - ISU PENDIDIKAN KANAK-KANAK

Bila kita bercakap tentang pendidikan anak-anak, bukan sekadar tentang akademikโ€ฆ tetapi juga tentang adab, disiplin, kasih sayang dan pembentukan akhlak.

Jom dengarkan perkongsian PODKAS Hadis 40 KPM SKKS โ€” melihat isu pendidikan kanak-kanak dari perspektif yang lebih dekat dengan kehidupan kita.

๐ŸŽฌ Video ini dihasilkan dengan bantuan teknologi Artificial Intelligence (AI) sebagai medium kreativiti dan penyampaian.

๐Ÿ“Œ Disclaimer: Video ini merupakan kandungan AI dan bukan rakaman sebenar perbualan/podcast.

๐ŸŒน ๐Ÿ“ข *PERMOHONAN SUMBANGAN NAIK TARAF SURAU SK KAMPUNG SAWAH* ๐Ÿ“ข ๐ŸŒนAssalamualaikum w.b.t.Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG S...
03/09/2026

๐ŸŒน ๐Ÿ“ข *PERMOHONAN SUMBANGAN NAIK TARAF SURAU SK KAMPUNG SAWAH* ๐Ÿ“ข ๐ŸŒน

Assalamualaikum w.b.t.
Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Kampung Sawah sedang mengusahakan satu inisiatif untuk menaik taraf Surau Lama SK Kampung Sawah agar menjadi ruang ibadah yang lebih selesa, selamat dan kondusif buat anak-anak serta warga sekolah. ๐Ÿค

๐Ÿ•Œ Surau bukan sekadar tempat untuk menunaikan solat, malah menjadi ruang untuk anak-anak mengenal Allah SWT, belajar mengaji, membina akhlak serta memupuk nilai-nilai murni sejak usia kecil.

๐ŸŒน Sehubungan itu, dengan penuh rendah hati, kami ingin mengajak warga SKKS, para alumni, ibu bapa, serta seluruh warga Kampung untuk bersama-sama menyokong usaha ini melalui wakaf dan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.

โœจ Tiada nilai minimum ditetapkan. Walau sekecil mana pun sumbangan yang diberikan, setiap sen dan ringgit amat bermakna dalam usaha kita menyediakan ruang ibadah yang lebih baik untuk anak-anak SKKS.
Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, serta mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐ŸŽฏ *SASARAN KUTIPAN DANA: RM50,000.00*

๐Ÿ’ณ SALURKAN SUMBANGAN ANDA KE:

*Nama Akaun: PIBG SK KAMPUNG SAWAH*

*Bank: BANK RAKYAT*

*No. Akaun: 11-0235776-7*
*Rujukan: Surau SKKS*

๐Ÿ“ž Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau berhajat untuk menyumbang, boleh menghubungi:

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Ustaz Halue (Guru Besar SKKS)

๐Ÿ“ฑ 019-6700654

๐Ÿ‘‰๐ŸปCikgu Rusli (YDP PIBG)

๐Ÿ“ฑ011-33996645

๐Ÿ‘‰๐ŸปPn Aishah ( NYDP)
๐Ÿ“ฑ013-3672797

๐Ÿค Ayuh, warga SKKS, alumni dan Kampung Sawah. Bersama-sama kita menaik taraf surau, mencipta ruang yang lebih selesa untuk anak-anak beribadah dan menanam nilai agama dalam diri mereka.

๐ŸŒฑ "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.โ€ ๐ŸŒน

๐Ÿ™๐Ÿป Segala kerjasama, sokongan, doa dan sumbangan yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.





01/09/2026


Assalamualaikum. Semua. ๐Ÿ˜Š Sempena Hari Kebangsaan ke 69. Admin kongsikan hadis 40 yang kita boleh jadikan panduan dan pe...
30/08/2026

Assalamualaikum. Semua. ๐Ÿ˜Š

Sempena Hari Kebangsaan ke 69. Admin kongsikan hadis 40 yang kita boleh jadikan panduan dan penghayatan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—œ๐— ๐—”๐—  ๐—ก๐—”๐—ช๐—”๐—ช๐—œ | ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena sambutan ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ-๐Ÿฒ๐Ÿต, Skuad Hadis 40 KPM mengangkat tiga hadis pilihan daripada ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—œ๐—บ๐—ฎ๐—บ ๐—ก๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜„๐—ถ sebagai pedoman dalam membentuk masyarakat yang berakhlak, bersatu padu dan saling menghormati.

โค๏ธ ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿญ๐Ÿฏ โ€” ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด

โ€œTidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.โ€

๐Ÿค ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿฏ๐Ÿฑ โ€” ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป

โ€œJadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.โ€

๐Ÿ—ฃ๏ธ ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿญ๐Ÿฑ โ€” ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป

โ€œSesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.โ€

Ketiga-tiga hadis ini membawa mesej yang sangat dekat dengan semangat kenegaraan โ€” ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฎ.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi turut menuntut kita untuk ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฒ๐˜‡๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ธ.
๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป.
๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ-๐Ÿฒ๐Ÿต!
๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ, ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚, ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ด๐˜‚๐—ต! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

#๐—š๐—ฃ๐—œ #๐—š๐—•๐—” #๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฆ๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐—ž๐—ฃ๐— 

#๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป๐Ÿฒ๐Ÿต
#๐—๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ
#๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

29/08/2026

๐—ฆ๐—ค๐—จ๐—”๐—— ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ฃ๐—  ๐—ฆ๐—ž ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—จ๐—ž๐—›๐—จ๐—ช๐—”๐—› ๐Ÿฏ.๐Ÿฌ

๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——๐—ข๐—ž, ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Squad Hadis 40 KPM, Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah (SKKS) turut mengambil bahagian dalam ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ธ๐—ต๐˜‚๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฏ.๐Ÿฌ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  yang berlangsung di ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต, ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ธ, ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป.

Penyertaan Squad Hadis 40 KPM SK Kampung Sawah dalam program berkenaan mendapat kepercayaan dan kebenaran daripada pihak ๐—”๐—๐—ž ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต untuk membuka sebuah booth khas bagi memperkenalkan serta menghidupkan penghayatan Hadis 40 dalam kalangan masyarakat, khususnya murid-murid.

Seramai ๐Ÿฑ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ daripada pasukan Squad Hadis 40 KPM SK Kampung Sawah turun padang bagi membantu mengendalikan booth sepanjang program yang berlangsung.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sepanjang program, antaranya ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—น, ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—น, ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป, ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ต, ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ป, ๐—ฒ-๐˜€๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐˜, ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ผ๐—ป๐—ด, ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฒ๐—ฒ๐˜ ๐˜€๐—ผ๐—ฐ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ, ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ-๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ, ๐—ฑ๐—ฎ๐—บ ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ถ, ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜.

๐—•๐—ผ๐—ผ๐˜๐—ต ๐—ฆ๐—พ๐˜‚๐—ฎ๐—ฑ ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ฃ๐—  turut menjadi tumpuan dengan pelaksanaan aktiviti ๐—ž๐˜‚๐—ถ๐˜‡ ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ yang memberi peluang kepada pengunjung, khususnya murid, untuk menguji pengetahuan mereka berkaitan hadis secara santai dan interaktif.

Lebih menarik, ๐—บ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ-๐—บ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ ๐—ฆ๐—ž ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต turut membuat persembahan ๐—พ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ผ๐—ผ๐˜๐—ต ๐—ฆ๐—พ๐˜‚๐—ฎ๐—ฑ ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ฃ๐— , sekali gus menambahkan kemeriahan suasana dan menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

๐—จ๐˜€๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฒ ๐—•๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ, ๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ž ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต turut hadir meninjau booth serta melihat sendiri keberhasilan dan keberkesanan penglibatan Squad Hadis 40 KPM dalam program kemasyarakatan tersebut.

Penyertaan ini menjadi medium untuk menghubungkan pendidikan di sekolah dengan komuniti setempat, khususnya dalam membudayakan nilai ๐˜‚๐—ธ๐—ต๐˜‚๐˜„๐—ฎ๐—ต, ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฎ dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

๐—ฆ๐—พ๐˜‚๐—ฎ๐—ฑ ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ฃ๐—  ๐—ฆ๐—ž๐—ž๐—ฆ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ๐—”๐—๐—ž ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต atas kepercayaan, ruang dan kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah untuk turut serta dalam program tersebut.

Semoga jalinan kerjasama antara ๐—ฆ๐—ž ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต dan ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต terus diperkukuhkan dalam usaha melahirkan generasi yang mencintai Rasulullah SAW, berakhlak mulia serta menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

๐—๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—จ๐—ž๐—›๐—จ๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”, ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—ก๐—”๐—› ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—”๐—ช ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐——๐—œ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ๐—ž๐—”๐—ก.

- TAMAT-

29/08/2026

๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐—ฆ๐—ž ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—–๐—” ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฏ ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—ช๐—”๐—›

BUKIT PELANDOK, NEGERI SEMBILAN, 28 Ogos 2026 โ€” Program Squad Hadis 40 Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah (SKKS) diteruskan menerusi siri ketiga dengan pengisian bacaan Hadis ke-3 daripada Hadis 40 Imam Nawawi di Masjid Kampung Sawah, Port Dickson, hari ini.

Bacaan hadis yang mengandungi intipati Rukun Islam itu disampaikan oleh murid Tahun 5 Excellent, Muhammad Firas bin Mohd Hairudin selepas sesi tazkirah dan sebelum khutbah Jumaat.

Sesi tazkirah yang mendahului bacaan hadis disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hummam bin Wan Sukri merupakan guru PAI SKKS dengan tajuk โ€œRasulullah Pembawa Kasih Sayangโ€.

Tazkirah berkenaan mengangkat keperibadian Rasulullah SAW sebagai pembawa kasih sayang dan rahmat kepada seluruh umat manusia, selain mengajak para jemaah dan murid untuk mencontohi akhlak serta sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Baginda.

Pelaksanaan Squad Hadis 40 di masjid berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha SKKS memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih luas kepada murid dengan membawa penghayatan hadis daripada ruang pembelajaran di sekolah ke dalam suasana kehidupan bermasyarakat.

Program berkenaan turut memberi penekanan terhadap aspek kemenjadian murid, khususnya dalam membina keyakinan diri, keberanian dan kemahiran berkomunikasi ketika berhadapan dengan masyarakat.

Pengalaman murid menyampaikan bacaan hadis di hadapan jemaah juga dilihat sebagai satu bentuk persediaan awal bagi membantu mereka tampil dengan lebih yakin apabila berhadapan dengan masyarakat pada masa akan datang.

Pada masa sama, pelaksanaan program tersebut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti setempat, khususnya pengurusan Masjid Kampung Sawah yang menjadi tempat pertemuan masyarakat setiap minggu menerusi pelaksanaan solat Jumaat.

Program berakhir sekitar jam 1.10 tengah hari, kira-kira lima minit sebelum azan Zohor yang dilaungkan pada jam 1.16 tengah hari, bagi memberi ruang kepada para jemaah membuat persediaan untuk menunaikan solat Jumaat.

Pihak SKKS turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Masjid Kampung Sawah atas kerjasama serta kesudian memberikan ruang kepada pihak sekolah melaksanakan program berkenaan.

Kerjasama antara sekolah dan pihak masjid itu diharap dapat terus diperkukuh sebagai usaha bersama dalam memberikan nilai tambah kepada pendidikan murid, khususnya dalam aspek penghayatan ilmu, pembentukan akhlak, keyakinan diri dan keterlibatan mereka dalam masyarakat.

โ€” TAMAT โ€”

28/08/2026

Assalamualaikum tuan tuan dan puan dan seluruh ahli ketua masyarakat.

Mari kita hayati Slide ringkasan Setiap hadis yang disertakan. Semoga ia menjadi satu kelaziman dalam diri setiap Ahli SKKS, Baik Warga sekolah, ibu bapa, murid serta masyarakat.

๐Ÿ† TAHNIAH JUMPERS SKKS! ๐Ÿ†Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Jumpers SKKS atas pencapaian membang...
26/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH JUMPERS SKKS! ๐Ÿ†

Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Jumpers SKKS atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Lompat Tali Terbuka Kebangsaan yang berlangsung pada 20โ€“22 Ogos 2026 di Sun Suria Forum Mall, Setia Alam.

Hasil usaha, latihan, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi, anak-anak SKKS berjaya membawa pulang pencapaian hebat:

๐Ÿฅˆ NAIB JOHAN
Berirama Lelaki/Campuran โ€“ Kategori Sekolah Rendah
The Titans Jumpers

๐Ÿฅˆ NAIB JOHAN
Berirama Perempuan โ€“ Kategori Sekolah Rendah
The Dominator Jumpers

๐Ÿฅ‰ TEMPAT KETIGA
Double Dutch Team Freestyle โ€“ Kategori Sekolah Rendah
The Dominator Jumpers

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing dan jurulatih yang tidak pernah jemu membimbing, melatih dan memberi semangat kepada para peserta. Terima kasih juga kepada ibu bapa dan seluruh warga SKKS atas sokongan dan doa yang diberikan. ๐ŸŒŸ

Address

Kg. Sawah, Bukit Pelanduk
Port Dickson
71960

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampung Sawah - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share