Akademi Imigresen Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Akademi Imigresen Malaysia Peneraju Latihan Keimigresenan
(256)

PROGRAM “TEH TARIK SESSION” TIMBALAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN (OPERASI) BERSAMA ANGGOTA PASUKAN KAWALAN KHAS (PKK)PORT D...
25/09/2026

PROGRAM “TEH TARIK SESSION” TIMBALAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN (OPERASI) BERSAMA ANGGOTA PASUKAN KAWALAN KHAS (PKK)

PORT DICKSON, 25 SEPTEMBER 2026 – Program “Teh Tarik Session” Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) bersama Anggota Pasukan Kawalan Khas (PKK) telah berlangsung pada pukul 3.00 petang bertempat di Dewan Baiduri, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Lokman Effendi Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi). Turut hadir mengiringi beliau ialah YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia dan YBrs. Tuan Suhairie A/L Bah Ali, Komander Pasukan Kawalan Khas (PKK). Sesi ini telah dikendalikan oleh PPI Nur Muhammad Adli bin Rosli selaku moderator.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ telah menyampaikan beberapa amanat dan harapan kepada peserta kursus yang baharu ditauliahkan sebagai anggota PKK. Antara penekanan beliau adalah supaya setiap anggota sentiasa bersikap proaktif dalam melaksanakan tugas, di samping mengekalkan istiqamah dan konsistensi dalam setiap tindakan serta amalan kerja.

Beliau turut menekankan kepentingan mengamalkan prinsip kepimpinan melalui teladan dengan menunjukkan contoh yang baik dalam setiap aspek kehidupan dan perkhidmatan. Setiap anggota juga diseru agar menjadi sumber inspirasi kepada rakan sekerja serta individu di sekeliling melalui sikap, disiplin dan komitmen yang tinggi.

Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada anggota PKK untuk terus meningkatkan profesionalisme, integriti serta komitmen dalam menjalankan tanggungjawab demi kecemerlangan perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia.

PROGRAM “TEH TARIK SESSION” BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN (PENGURUSAN) DAN PENYERAHAN SURAT PENEMPATAN KEPAD...
25/09/2026

PROGRAM “TEH TARIK SESSION” BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN (PENGURUSAN) DAN PENYERAHAN SURAT PENEMPATAN KEPADA KADET KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026

PORT DICKSON, 24 SEPTEMBER 2026 – Program “Teh Tarik Session” bersama Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan) dan penyerahan surat penempatan kepada Kadet Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026 telah berlangsung pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Baiduri, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).

Program tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Rosbi binti Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), yang turut menyampaikan surat penempatan kepada para kadet Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026.

Turut hadir mengiringi YBrs. Dr. Rosbi ialah YBrs. Tuan Wan Zainul Azam bin Khamid @ Abdul Majid, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Imigresen Malaysia dan YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia. Manakala moderator bagi Program "Teh Tarik Session" ini ialah PPI Nur Muhammad Adli bin Rosli.

Dalam sesi perkongsian tersebut, YBrs. Dr. Rosbi turut berkongsi pengalaman serta perjalanan kerjaya beliau sehingga mencapai tahap pencapaian yang dikecapi pada hari ini. Perkongsian tersebut menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada para kadet dalam mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam perkhidmatan sebagai warga Jabatan Imigresen Malaysia.

Antara nilai yang ditekankan dalam perkongsian beliau ialah pengorbanan, perancangan strategik, usaha yang berterusan, kebijaksanaan dalam membuat keputusan, bersyukur dengan apa yang dimiliki, berhemah serta sentiasa menjunjung integriti dalam melaksanakan tanggungjawab.

Program ini turut menjadi platform interaksi secara lebih dekat dan santai antara pihak pengurusan dengan para kadet, di samping memberikan ruang kepada para kadet untuk mendapatkan pandangan, nasihat serta motivasi sebelum memulakan penempatan masing-masing.

Diharapkan perkongsian dan amanat yang disampaikan dapat menjadi panduan serta pembakar semangat kepada para kadet untuk terus berusaha meningkatkan kompetensi, mengamalkan nilai integriti dan melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi apabila ditempatkan di lokasi penempatan masing-masing.

LATIHAN ASAS MENEMBAK BAGI KADET KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026MANTIN, NEGERI SEMBIL...
25/09/2026

LATIHAN ASAS MENEMBAK BAGI KADET KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026

MANTIN, NEGERI SEMBILAN, 23 SEPTEMBER 2026 – Latihan Asas Menembak bagi Kadet Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026 telah dilaksanakan bertempat di Lapang Sasar Mantin, Negeri Sembilan.

Latihan ini merupakan sebahagian daripada pengisian latihan kadet yang bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan asas berkaitan pengendalian senjata api, di samping meningkatkan tahap disiplin, ketepatan serta kecekapan kadet dalam melaksanakan latihan menembak.

Sepanjang latihan, para kadet telah diberikan taklimat dan bimbingan berkaitan aspek keselamatan, tatacara pengendalian senjata api serta teknik asas menembak yang betul mengikut prosedur dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.

Pelaksanaan latihan ini turut memberi peluang kepada para kadet untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh secara praktikal, sekali gus memupuk sikap berdisiplin, bertanggungjawab serta sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dalam setiap pelaksanaan tugas.

SESI EKSPEKTASI PENGARAH AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA BERSAMA KADET KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI ...
23/09/2026

SESI EKSPEKTASI PENGARAH AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA BERSAMA KADET KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026

PORT DICKSON, 22 SEPTEMBER 2026 – Sesi Ekspektasi Pengarah Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) bersama Kadet Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026 telah berlangsung pada pukul 2.30 petang bertempat di Dewan Baiduri, Akademi Imigresen Malaysia.

Sesi yang dikendalikan oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, bertujuan menyampaikan amanat serta menetapkan ekspektasi kepada para kadet sepanjang mengikuti latihan dan pembelajaran di AIMM.

Dalam sesi tersebut, YBrs. Tuan Pengarah menekankan beberapa perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh para kadet, khususnya berkaitan integriti tanpa kompromi, pematuhan terhadap arahan dan peraturan, profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab, ketegasan dalam membuat keputusan serta komitmen terhadap pembelajaran secara berterusan.

Beliau turut menegaskan bahawa nilai integriti dan disiplin perlu menjadi asas dalam pembentukan jati diri setiap kadet sebagai bakal warga Jabatan Imigresen Malaysia. Para kadet juga diingatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan, mengamalkan sikap profesional serta berusaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi secara berterusan.

Sesi ekspektasi ini diharap dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada para kadet mengenai aspirasi dan harapan pihak pengurusan AIMM, di samping menjadi panduan dalam membentuk pegawai yang berintegriti, berdisiplin, profesional dan berwibawa selaras dengan aspirasi Jabatan Imigresen Malaysia, iaitu “Melakar Wajah Baharu Jabatan Imigresen Malaysia”.

UJIAN PENILAIAN AKHIR KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026PORT DICKSON, 21 SEPTEMBER 2026 ...
21/09/2026

UJIAN PENILAIAN AKHIR KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026

PORT DICKSON, 21 SEPTEMBER 2026 – Ujian Penilaian Akhir bagi Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Bilik Latihan ICT, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).

Ujian ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian akhir yang dilaksanakan bagi mengukur tahap penguasaan ilmu pengetahuan, kefahaman serta kompetensi para kadet sepanjang mengikuti kursus yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan ujian penilaian akhir ini merupakan antara komponen penting dalam memastikan setiap kadet mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan sebelum menamatkan Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026.

MAJLIS BACAAN YASIN DWI BULANAN AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIAPORT DICKSON, 18 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT) – Majlis Bacaan Yasin...
18/09/2026

MAJLIS BACAAN YASIN DWI BULANAN AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

PORT DICKSON, 18 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT) – Majlis Bacaan Yasin Dwi Bulanan Warga Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah berlangsung pada jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi, bertempat di Surau Az-Ziarah, Akademi Imigresen Malaysia.

Majlis bacaan Yasin tersebut telah dipimpin oleh PPI Nur Muhammad Adli bin Rosli, Ketua Pusat Pengajian Undang-Undang dan Antarabangsa, Akademi Imigresen Malaysia. Majlis ini dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Khidmat Pengurusan AIMM dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA) AIMM.

Penganjuran majlis ini merupakan salah satu wadah bagi memperkukuh penghayatan nilai-nilai kerohanian serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga AIMM.

Semoga majlis ini dapat terus mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga AIMM, di samping memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni dan kerohanian dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan.

KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026MODUL UNDANG-UNDANG IMIGRESENPORT DICKSON, 17 SEPTEMBE...
18/09/2026

KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026

MODUL UNDANG-UNDANG IMIGRESEN

PORT DICKSON, 17 SEPTEMBER 2026 – Modul Undang-Undang Imigresen yang merangkumi aspek Pendakwaan dan Latihan Amali Perbicaraan Mock telah berlangsung di Dewan Intan, Bangunan Akademik, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).

Modul ini dikendalikan oleh para penceramah daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang berkongsi pengetahuan, pengalaman serta kefahaman berkaitan aspek pendakwaan dan pelaksanaan perbicaraan mock dalam bidang keimigresenan.

Pelaksanaan modul ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman kepada para kadet berhubung peruntukan undang-undang imigresen, khususnya berkaitan proses pendakwaan serta gambaran suasana sebenar semasa perbicaraan mock dijalankan.

Melalui modul ini, para kadet berpeluang memperkukuh pengetahuan dan kefahaman berkaitan undang-undang imigresen, di samping meningkatkan kompetensi serta kesediaan mereka untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap, profesional dan berintegriti apabila ditempatkan di lapangan kelak.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 202...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia merupakan simbol penyatuan rakyat dalam sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum, budaya dan latar belakang. Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian serta bersama-sama memelihara keharmonian dan kedaulatan negara.

Ikhlas Daripada : Pengurusan Tertinggi dan Warga Akademi Imigresen Malaysia.

KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESEN SIRI 2 TAHUN 2026MODUL UNDANG-UNDANG IMIGRESENPORT DICKSON, 15 SEPTEMBER ...
15/09/2026

KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESEN SIRI 2 TAHUN 2026

MODUL UNDANG-UNDANG IMIGRESEN

PORT DICKSON, 15 SEPTEMBER 2026 – Modul Undang-Undang Imigresen yang merangkumi Pengenalan Akta Pasport dan Peraturan-Peraturan Imigresen serta Pengenalan Maklumat dan Risikan telah berlangsung pada 14 dan 15 September 2026, bertempat di Dewan Intan, Bangunan Akademik, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).

Modul ini dikendalikan oleh para penceramah daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang berkongsi pengetahuan, pengalaman serta kefahaman berkaitan aspek perundangan dan pengurusan maklumat risikan dalam bidang keimigresenan.

Pelaksanaan modul ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman kepada para kadet mengenai peruntukan undang-undang imigresen, khususnya berkaitan Akta Pasport, Peraturan-Peraturan Imigresen serta asas maklumat dan risikan yang penting dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai imigresen.

Pendedahan dan pengetahuan yang diperoleh melalui modul ini diharap dapat meningkatkan kefahaman serta kompetensi para kadet sebagai persediaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap, profesional dan berintegriti apabila ditempatkan di lapangan kelak.

KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026UJIAN MODUL KAWALAN IMIGRESENPORT DICKSON, 11 SEPTEMBE...
11/09/2026

KURSUS SIJIL ASAS DAN SIJIL TINGGI KEIMIGRESENAN SIRI 2 TAHUN 2026

UJIAN MODUL KAWALAN IMIGRESEN

PORT DICKSON, 11 SEPTEMBER 2026 – Ujian Modul Kawalan Imigresen bagi Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026 telah berlangsung pada 11 September 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Latihan ICT, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).

Ujian ini merupakan salah satu komponen penilaian dalam pelaksanaan kursus bagi mengukur tahap kefahaman, penguasaan dan keupayaan para kadet terhadap pengetahuan serta aspek-aspek berkaitan Kawalan Imigresen yang telah dipelajari sepanjang sesi latihan.

Pelaksanaan ujian ini turut bertujuan memastikan para kadet dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan sebagai persediaan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab dalam perkhidmatan imigresen dengan cekap, berintegriti dan profesional.

Address

Batu 12, Jalan Pantai, Mukim Sirusa
Port Dickson
71050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Imigresen Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Akademi Imigresen Malaysia:

Shortcuts

Share