21/10/2026
MATRAIN KEARAH CENTRE OF EXCELLENCE (COE) DALAM LATIHAN VESSEL TRAFFIC SERVICES DI RANTAU ASIA
KLANG, 12 Oktober 2026 – JICA Knowledge Co-Creation Programme (KCCP) Vessel Traffic Services (VTS) Operator Training 2026 sedang dijalankan dari 12 Oktober hingga 6 November 2026 di MATRAIN, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor. Majlis perasmian telah diadakan pada 12 Oktober 2026 (Isnin) dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Dickson bin Dollah, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM). Latihan ini adalah usaha bersama antara JLM dan Kerajaan Jepun yang dihadiri oleh peserta daripada lima (5) negara iaitu ASEAN (Malaysia, Indonesia, Filipina), dan dua (2) negara Benua Afrika (Egypt dan Mozambique). Jumlah peserta adalah sepuluh (10) orang yang menyertai latihan VTS ini.
Mengiringi YBhg. Datuk Ketua Pengarah Laut ialah YBrs. Kapten Hj. Nazri bin Abu Hassan (Timbalan Ketua Pegarah Laut Operasi), Pn. Rahayu binti Rajali (Pengarah MATRAIN), Tuan Haji Hafiz bin Abdul Majid (Pengarah Pengurusan Trafik dan Alat Bantuan Pelayaran). Turut hadir pada majlis perasmian ialah En. Tsuguo Awai, Ketua Pengarah Eksekutif, Japan Aids to Navigation Association (JANA), En. Nishimura Issei (Setiausaha Pertama, Atase Pengawai Pantai, Kedutaan Jepun di Malaysia), dan Cik. Patricia Anne G. Laggui (Setiausaha Ketiga, Naib Konsul dan Pegawai Tadbir, Kedutaan Filipina di Malaysia), serta pegawai-pegawai dari Malaysia dan Jepun serta En. Makoto Tamura, Pengarah Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Trafik Maritim turut menyampaikan ucapan secara maya.
JLM melalui MATRAIN sememangnya berbesar hati kerana mendapat keistimewaan menganjurkan latihan untuk Operator JICA KCCP VTS Peringkat 2 secara bersemuka di MATRAIN. Latihan Operator JICA KCCP VTS ini telah direka bentuk untuk dilaksanakan mengikut model kursus IALA C0103-1 untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran khusus yang diperlukan untuk kelayakan sebagai Operator VTS. Para peserta akan dianugerahkan Sijil Latihan Operator C0103-1 VTS setelah berjaya menamatkan latihan.
Usaha kolektif ini akan membantu memastikan keselamatan pelayaran di perairan ASEAN, Benua Afrika dan antarabangsa kekal selamat untuk perdagangan pada masa akan datang dan turut membawa MATRAIN kearah Centre of Excellence (COE) dalam latihan VTS di rantau Asia dan Benua Afrika.
…
MATRAIN TOWARDS A CENTRE OF EXCELLENCE (COE) IN VESSEL TRAFFIC SERVICES TRAINING IN THE ASIA REGION
KLANG, 12 October 2026 – The JICA Knowledge Co-Creation Programme (KCCP) Vessel Traffic Services (VTS) Operator Training 2026 is being held from October 12 to November 6, 2026, at MATRAIN in Pulau Indah, Port Klang, Selangor. The opening ceremony took place on October 13, 2025, and was officiated by YBhg. Datuk Haji Dickson bin Dollah, Director General of Marine, Malaysia Marine Department (MMD). This training programme represents a collaborative effort between the Malaysia Marine Department (MMD) and the Government of Japan to strengthen regional and international maritime safety through the development of competent and professional Vessel Traffic Services (VTS) personnel. The programme brings together ten (10) participants from five (5) countries, comprising three (3) ASEAN Member States (Malaysia, Indonesia and the Philippines), and two (2) African countries (Egypt and Mozambique).
Accompanying the Director General of Marine was YBrs. Kapten Hj. Nazri bin Abu Hassan (Deputy Director General Operation), Mrs. Rahayu binti Rajali (Director of MATRAIN), Haji Mohd Hafiz bin Abdul Majid (Director, Traffic Management and Aids to Navigation Division). Also, in attendance were Mr. Tsuguo Awai (Executive Director of the Japan Aids to Navigation Association (JANA)), Mr. Nishimura Issei (First Secretary, Coast Guard Attaché, Embassy of Japan in Malaysia), and Ms. Patricia Anne G. Laggui (Third Secretary, Vice-Consul and Administrative Officer, Embassy of the Philippines in Malaysia), and other officials from both Malaysia and Japan, and Mr. Makoto Tamura (Director, International Affairs and Engineering Development Office, Administration and Planning Division, Maritime Traffic Department from Japan Coast Guard (JCG)) also delivered speeches virtually.
The MMD, through MATRAIN, is honored to host this JICA KCCP VTS Operator Training phase 2 in person. The course is designed to follow the IALA C0103-1 model, providing participants with the specific knowledge and skills needed to qualify as a VTS Operator. Upon successful completion, participants will be awarded a C0103-1 VTS Operator Training Certificate. This collaborative initiative is a key step towards ensuring the safety of maritime navigation in ASEAN waters for both regional and international trade. It also positions MATRAIN to become a Centre of Excellence (COE) for VTS training in the Asian region and the African continent.