16/09/2026
RONDAAN BERSAMA RUKUN TETANGGA FLAT PANGSAPURI SRI PERANTAU PELABUHAN KLANG
15 September 2026 | Pelabuhan Klang - Balai Polis Pelabuhan Klang telah melaksanakan rondaan pencegahan jenayah bersama Rukun Tetangga dan Sukarelawan Simpanan Rondaan (SRS) di sekitar Flat Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Klang.
Rondaan ini melibatkan penyertaan Ketua Polis Balai Pelabuhan Klang, Insp. Mohd Safwansa bin Musa, Timbalan Ketua Polis Balai, SM M. Hidzir Akhmal bin Nordin, anggota sektor, pihak pengurusan Rukun Tetangga serta anggota KRT dan SRS.
Program ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam, di samping memperkukuh kerjasama antara PDRM, SRS dan komuniti setempat dalam usaha mencegah kejadian jenayah.
Sepanjang rondaan dilaksanakan, keadaan di sekitar kawasan adalah terkawal dan tiada sebarang kejadian mencurigakan dikesan. Penduduk turut dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap aspek keselamatan serta segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan.
Kerjasama erat antara pihak polis dan komuniti amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, aman dan sejahtera.