21/10/2016
Antara intipati Bajet 2017
Persatuan Pekebun Pekebun Kecil Felda
Menyatukan pekebun-pekebun kecil FELDA agar dapat bersama-sama memajukan sebarang masalah dan kepentingan mereka kepada pengurusan FELDA dan kerajaan.
21/10/2016
Antara intipati Bajet 2017
19/10/2016
Mesyuarat PPKF bersama-sama wakil2 dari negeri Pahang,Perak, Johor, Melaka, Kelantan pada 18/10/2016 di Dewan Blok Kenanga, Tmn Putra Perdana, Puchong, Selangor. Turut dihadiri beberapa Bekas Kakitangan Felda dll. Mesyuarat membincangkan gerakerja dan halatuju Persatuan dan isu-isu semasa berkaitan ahli. Terimakasih pada yang terlibat.
Dalam penyelesaian masalah antara ahli persatuan dengan pihak FTP, pihak pentadbiran Felda perlu menjadi orang tengah untuk duduk berbincang diantara mereka. Mungkin beberapa langkah ini boleh dimulakan:
1) Membuat kajian seperti mengedarkan borang kajiselidik kepuasan pelanggan kepada peneroka2 tentang hasil kerja di ladang mereka.
2) Mengeluarkan statistik tentang berapa banyak peserta tanam sendiri yang kembali ke pengurusan Felda dan berapa p**a yang ambil balik ladang dari Felda
Mungkin ada cadangan lain yang boleh diajukan oleh tuan/puan?
28/09/2016
27/09/2016
Pendaftaran ahli sedang rancak dijalankan. Persatuan sedang bergerak untuk mendapatkan seberapa ramai ahli agar segala isu-isu yang diketengahkan mendapat perhatian utama pihak2 tertentu
Assalamualaikum kepada semua warga felda. Disini saya ingin memaklumkan bahawa kami adalah sebuah ngo yg berdaftar dgn ros, sedang dalam proses mendaftar keahlian kpd semua warga felda. Buat masa sekarang kami sudah menubuhkan ajk penaja di setiap negeri kecuali sabah dan sarawak. Penyertaan dibuka kpd :
1) Peneroka Felda ( bersama felda atau usaha sendiri)
2)Pewaris peneroka
3) Ahli keluarga termasuk generasi
4) Bekas kakitangan Felda
Halatuju kami adalah untuk menaikkan taraf hidup masyarakat felda, menyelesaikan isu2 yang berbangkit dan merapatkan kembali jarak hubungan antara peneroka/warga dengan pihak agensi Felda. Kami adalah persatuan yang bebas bergerak tanpa dibayangi mana2 pihak. Penyertaan tuan2 dan puan2 ke dalam komuniti kami sangat2 bermakna bagi kami, dan matlamat kami agar menjadi suara majoriti dalam masyarakat warga Felda. Sekian Terima Kasih.
28/08/2016
Sesi kunjung hormat dan perbincangan dengan pengurusan Felda
07/05/2016