12/04/2026
Bersatu Cawangan Kg Seri Aman Bahagian Puchong
BERSATU.BERAMANAH.BERMARUAH
P103 PUCHONG
12/04/2026
09/04/2026
Asalamualaikum WBT..
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa bapa mertua kepada Tuan Mohd Osman Tahir, Timbalan Ketua Cawangan BERSATU Kampung Seri Aman Puchong, telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi.
Kami seluruh kepimpinan dan ahli cawangan merakamkan ucapan takziah kepada Tuan Mohd Osman serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian ayahnda tersayang.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah. ๐คฒ
Jumaat/10 April 2026
20/03/2026
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ณ๐ถ๐๐ฟ๐ถ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ / ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ๐
Saya Zamry Bin Padilah mewakili kepimpinan dan seluruh ahli cawangan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.
Di kesempatan ini kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan.
Maaf Zahir dan Batin. ๐โจ
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐พ๐๐ก๐ข๐ ๐ถ๐๐ค๐๐๐๐๐ ๐ต๐ธ๐
๐๐ด๐๐ ๐พ๐๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐ข๐โ๐๐๐
20 ๐๐๐ 2026 | 1447
10/03/2026
Kakitangan MFD dijamu nasi kandar ala Penang dalam majlis berbuka puasa anjuran PPDM
Kakitangan MFD dijamu nasi kandar ala Penang dalam majlis berbuka puasa anjuran PPDM PUCHONG โ Berbuka puasa dengan nasi kandar ala Penang, itulah yang dilalui ย oleh 25 kakitangan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) apabila diraikan di
07/03/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง
Asalamualaikum WBT..
Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga peristiwa agung turunnya Al-Quran ini terus menjadi pedoman dalam kehidupan kita menyinari hati dengan iman, memperkukuh akhlak serta membimbing kita ke jalan yang diredai Allah SWT.
Semoga kita semua sentiasa diberikan kekuatan untuk menghayati, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam setiap langkah kehidupan. Mudah-mudahan keberkatan Nuzul Al-Quran ini membawa kedamaian, perpaduan dan kebaikan kepada kita semua.
Ikhlas daripada....
๐๐๐ฆ๐ซ๐ฒ ๐๐ข๐ง ๐๐๐๐ข๐ฅ๐๐ก
๐พ๐๐ก๐ข๐ ๐ถ๐๐ค๐๐๐๐๐ ๐ต๐ธ๐
๐๐ด๐๐
๐พ๐๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐, ๐๐ข๐โ๐๐๐
7 ๐๐๐ 2026
17 ๐
๐๐๐๐๐๐ 1447๐ป
25/02/2026
Kenyataan Media Setiausaha Agung BERSATU YB Datoโ Seri Mohamed Azmin Ali | 25 Februari 2026
18/02/2026
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐จ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐๐ ๐๐ก, ๐ฃ๐จ๐๐๐ข๐ก๐
Cawangan BERSATU Kampung Seri Aman Puchong dengan ini menegaskan pendirian untuk kekal setia dan mendukung sepenuhnya kepimpinan serta perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Kami berdiri teguh bersama kepimpinan Presiden parti, YB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin dalam mempertahankan dasar, prinsip serta hala tuju parti sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Parti dan selari dengan semangat perjuangan asal penubuhannya.
Pendirian ini telah diputuskan secara sebulat suara dalam Persidangan Cawangan pada 15 Jun 2025 serta Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Cawangan pada 22 November 2025 yang lalu demi memastikan kestabilan, kesetiaan dan disiplin organisasi terus terpelihara di peringkat akar umbi.
Kami percaya bahawa kekuatan parti terletak pada perpaduan ahli serta penghormatan kepada struktur kepimpinan yang sah. Sehubungan itu Cawangan BERSATU Kampung Seri Aman Puchong akan terus memperkukuh gerak kerja mendekati rakyat dan memperjuangkan agenda parti secara berhemah serta berdisiplin.
Semoga parti ini terus diperkukuh dan dipelihara daripada sebarang perpecahan demi kepentingan perjuangan bersama.
๐ญ๐๐ ๐ฅ๐ฌ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐
๐พ๐๐ก๐ข๐ ๐ถ๐๐ค๐๐๐๐๐ ๐ต๐ธ๐
๐๐ด๐๐ ๐พ๐๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐ข๐โ๐๐๐
18 Februari 2026
Parti Pribumi BERSATU Malaysia
Muhyiddin Yassin
Azmin Ali
Tun Faisal Ismail Aziz
Alfah Channel
18/02/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Sempena kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya warga Kampung Sri Aman dan ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Semoga bulan yang mulia ini membawa rahmat, keinsafan dan kekuatan rohani untuk kita memperbaiki diri serta memperkukuh ukhuwah sesama manusiawi.
Marilah kita bersama sama memanfaatkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah, bersederhana dalam segala hal dan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.
Semoga segala usaha dan pengorbanan kita diterima Allah SWT serta dikurniakan kesihatan, ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan.
Ikhlas daripada...
๐๐๐ฆ๐ซ๐ฒ ๐๐ข๐ง ๐๐๐๐ข๐ฅ๐๐ก
๐พ๐๐ก๐ข๐ ๐ถ๐๐ค๐๐๐๐๐
๐ต๐ธ๐
๐๐ด๐๐ ๐พ๐๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐ข๐โ๐๐๐
18 ๐น๐๐๐๐ข๐๐๐ 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
Kg Seri Aman Puchong
Puchong
