09/05/2026
ZUMBA PUSPANITA KPKM: EDISI APRIL 2026๐
Siapa kata kerja pejabat tak boleh fit? Petang tadi Dewan Serbaguna KPKM bergegar dengan tenaga luar biasa daripada ahli-ahli PUSPANITA kita!!
Alhamdulillah, Program Zumba PUSPANITA KPKM bagi edisi sulung April 2026 telah berlangsung dengan jayanya dipimpin oleh COACH NANIE. Seramai hampir 40 orang peserta telah turun padang, menyahut cabaran gaya hidup sihat sambil berhibur mengikut rentak muzik yang rancak.
Info Ringkasan Program:
๐ Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
๐ Masa: 3.30 Petang
๐ Tempat: Dewan Serbaguna KPKM
Berita Baik Untuk Semua! ๐ข
Bagi yang terlepas sesi kali ini, jangan risau! Program kecergasan ini akan menjadi aktiviti bulanan tetap PUSPANITA KPKM bermula bulan ini. Kita nak pastikan semua warga kerja sentiasa cergas, produktif, dan paling pentingโceria!
Terima kasih kepada semua peserta daripada Jabatan/Agensi KPKM yang hadir. Jumpa lagi di sesi bulan Mei nanti girls!!! ๐ชโจ
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
PUSPANITA LKIM menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu kebahagiaan, mengeratkan ukhuwah, dan memberi ruang untuk kita saling memaafkan.
Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan yang lalu dan mengizinkan kita untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini di masa akan datang.
Selamat Hari Raya!
06/03/2026
6 Mac 2026
16 Ramadan 1447H
Dewan Serbaguna, Wisma LKIM
PROGRAM TADARUS & MAJLIS KHATAM AL-QURAN PUSPANITA LKIM SEMPENA RAMADAN KAREEM 1447H/2026M
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran Program Tadarus dan Majlis Khatam Al-Quran PUSPANITA LKIM yang telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada hari ini.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Rashima binti Baharuddin, Pengerusi PUSPANITA LKIM merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM.
Turut hadir menyerikan majlis; Puan Khuzaimah Husain, Pengarah Bahagian Infrastruktur, Puan Saliah Hj Mudin, Pengarah Unit Audit Dalam serta pegawai dan kakitangan yang juga ahli PUSPANITA LKIM.
Majlis khatam Al-Quran telah dipimpin dan diiringi oleh Encik Mohd Shafidi, Naib Yang Dipertua BAKIS LKIM. Semoga pengisian di bulan mulia ini mendapat keredhaan-Nya dan menyemarakkan lagi kecintaan kita terhadap mukjizat Al-Quran.
11/02/2026
-10 Februari 2026-
Dewan Serbaguna
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke-42 tahun 2026
17/12/2025
2 Disember 2025
16 Disember 2025
Pusat Latihan LKIM Camar Laut
Program Transformasi Minda (PTM) LKIM siri 2 dan 3 tahun 2025
SLOT BERSAMA NGO'S LKIM
PUSPANITA LKIM turut hadir bagi sesi taklimat NGO LKIM kepada pegawai dan kakitangan lantikan baharu LKIM 2025.
Tahniah diucapkan buat semua di atas pelantikan dan selamat datang ke keluarga besar LKIM!!!!๐น
26/11/2025
1 November 2025
Putrajaya
Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025 peringkat LKIM dan Hari Ulangtahun LKIM ke-54, turut diumumkan pemenang program PUSPANITA LKIM THE BIGGEST LOSER CHALLENGE 2025.
JUARA: PUAN HAJARAH BIBI
NAIB JUARA: PUAN AZRANITA
TEMPAT KE-3: CIK MAIZATULAKMAR
Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tn Haji Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi LKIM, turut diiringi oleh YBrs Puan Rashima Baharuddin, TKPP LKIM merangkap Pengerusi PUSPANITA LKIM serta Dr Haji Abdul Salim Hj Tajudin, TKPM LKIM.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang yang telah menunjukkan dedikasi, usaha gigih, dan disiplin yang tinggi sepanjang cabaran ini.
Semoga semangat kesukanan serta komitmen kesihatan terus membara di setiap warga LKIM. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan PUSPANITA LKIM THE BIGGEST LOSER CHALLENGE 2025. Hingga jumpa lagi diedisi akan datang!!!!
26/10/2025
24 OKTOBER 2025
Bangi
Program Kecergasan dan Semangat Berpasukan Warga LKIM 2025
part III
Terima kasih semua dan jumpa lagi!!!!!
26/10/2025
24 OKTOBER 2025
BANGI
PROGRAM KECERGASAN DAN SEMANGAT BERPASUKAN WARGA LKIM 2025
part II