08/03/2026
Hari Wanita Antarabangsa
Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara
Wanita adalah tonggak keluarga, penggerak masyarakat dan rakan strategik dalam pembangunan negara. Apabila wanita diperkasa dengan ilmu, peluang dan kepimpinan, kekuatan itu akan membina masyarakat yang lebih sejahtera dan negara yang lebih kukuh.
Memartabatkan wanita bukan sekadar mengiktiraf peranan mereka, tetapi memastikan suara, sumbangan dan potensi wanita dihargai dalam setiap lapangan.
Wanita diperkasa, negara diperkukuh.
Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa.
26/09/2025
🔥 8 HARI LAGI!
Menuju himpunan penuh sejarah.
Hanya kita memahami bagaimana getirnya AMANAH bertahan hingga ke dekad ini.
Cekalkan semangat kita.
Jangan sekadar menjadi penonton, jadilah sebahagian daripada sejarah!
📍 Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
4 Oktober 2025
26/09/2025
PERTANDINGAN PENULISAN SEMPENA SEDEKAD AMANAH
Angkatan Wanita AMANAH Negara menjemput semua ahli Amanah untuk menyertai Pertandingan Penulisan bersempena 10 tahun penubuhan Parti AMANAH.
📅 Tarikh Pertandingan: 22 – 30 September 2025
📢 Pengumuman Pemenang: 2 Oktober 2025
🏆 Hadiah menarik menanti:
🥇 Johan – RM300
🥈 Naib Johan – RM200
🥉 Tempat Ketiga – RM100
Syarat Penyertaan
1. Terbuka kepada semua.
2. Penyertaan hendaklah dibuat melalui penulisan yang dimuat naik di media sosial masing-masing
3. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 2 Oktober 2025.
4. Segala keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
5. Posting anda di Medsos mestilah diletakkan hashtag berikut:
Penyertaan boleh dbuat di:
https://forms.gle/neGutuwUrkeC6PgA9
Marilah kita sama-sama mengangkat semangat perjuangan melalui tinta penulisan.
ℹ Info lanjut: Elia, 013-7014 820
17/09/2025
Selamat Hari Malaysia 16 September!
Negara ini lahir daripada keberanian, dibesarkan dengan pengorbanan, dan terus hidup kerana kesatuan rakyatnya. Mari kita jaga warisan ini, kerana Malaysia bukan sekadar tanah air tetapi ia adalah masa depan kita bersama.
28/07/2025
📍 Dewan MBSJ Puchong Utama
📅 27 Julai 2025
Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Puchong 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan penuh semangat.
Dirasmikan oleh YB Ir. Izham Hashim, mesyuarat ini menjadi medan penting memperkukuh organisasi dan memperkemas gerak kerja untuk rakyat.
💪 Terima kasih kepada semua perwakilan & petugas yang menjayakan majlis ini!
12/05/2025
"Selamat Hari Ibu untuk semua wanita hebat di luar sana! Terima kasih telah menjadi sumber cinta, kekuatan, dan inspirasi bagi keluarga dan masyarakat.