Pemuda PAS Subang

Directions Contact the organization

Pemuda PAS Subang Page rasmi Dewan Pemuda PAS kawasan Subang

Ketua Pemuda:
Muhammad Farhannaim Jamaluddin

Timbalan Ketua Pemuda:
Dr. Shazif Othman

Naib Ketua Pemuda
Mohd Firdaus Mohd

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI MALAYSIA KE-63Alhamdulillah, tahun ini kita menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 da...
16/09/2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI MALAYSIA KE-63

Alhamdulillah, tahun ini kita menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 dan Hari Malaysia ke-63. Setiap kali Jalur Gemilang dikibarkan, tentu ada rasa bangga dan syukur dalam hati. Namun kemerdekaan bukan sekadar perarakan, bunga api atau laungan β€œMerdeka”. Ia juga tentang tanggungjawab kita menjaga negara yang telah diwariskan oleh generasi terdahulu.

Mencintai negara tidak semestinya bermula dengan perkara yang besar. Ia boleh bermula dengan menjaga kejiranan, membantu orang yang susah, menghormati perbezaan dan menjalankan amanah dengan jujur dan yang paling utama menghargai perjuangan para pejuang terdahulu.

Kita mungkin berbeza kaum, agama dan pandangan politik, tetapi Malaysia tetap rumah kita bersama. Perbezaan tidak sepatutnya menjadikan kita bermusuhan. Sebaliknya, ia perlu mengajar kita untuk lebih mengenali, memahami dan menghormati satu sama lain.

Semoga Allah terus memelihara Malaysia, mengurniakan keamanan kepada rakyat serta memberikan kepada kita pemimpin yang amanah dan takut kepada-Nya.

Dewan Pemuda PAS Subang merakamkan ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia ke-63.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Muhamad Farhannaim bin Jamaluddin
Ketua Pemuda PAS Subang


  14 September 2020 - Usrah Pemuda PAS Subang di PASTI Al-Badar.
15/09/2026

14 September 2020 - Usrah Pemuda PAS Subang di PASTI Al-Badar.

🚨 ON-AIR! JOM TONTON!   πŸš¨πŸŽ™οΈ EPISOD 1: GAPURA PERPADUANMerentas Perspektif, Membina Masa DepanApa pandangan anak muda ten...
12/09/2026

🚨 ON-AIR! JOM TONTON! 🚨

πŸŽ™οΈ EPISOD 1: GAPURA PERPADUAN
Merentas Perspektif, Membina Masa Depan

Apa pandangan anak muda tentang perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbeza kaum, agama dan latar kehidupan?

πŸš¨πŸ“Ή Video Podcast:
Link di ruangan komen.

πŸ‘‰ Jangan lupa subscribe & tonton bersama!
YouTube Channel:

πŸ”₯ JOM TONTON!   πŸ”₯πŸŽ™οΈ EPISOD 1: GAPURA PERPADUANMerentas Perspektif, Membina Masa DepanApa pandangan anak muda tentang per...
12/09/2026

πŸ”₯ JOM TONTON! πŸ”₯

πŸŽ™οΈ EPISOD 1: GAPURA PERPADUAN
Merentas Perspektif, Membina Masa Depan

Apa pandangan anak muda tentang perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbeza kaum, agama dan latar kehidupan?

πŸ“… 12 Sep 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 malam
πŸ“Ί YouTube Channel:
Klik link berikut untuk simpan dalam calendar: https://calendar.app.google/HWTqABvjHgdb1NDJ9

πŸ‘‰ Jangan lupa subscribe & tonton bersama!
YouTube Channel:
https://www.youtube.com/

Salam Maulidur Rasul 1448H | 2026Dengan penuh rasa cinta dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah ...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H | 2026

Dengan penuh rasa cinta dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan perjuangan Baginda dalam menyatukan umat, membina persaudaraan serta memimpin masyarakat menuju keselamatan dan keadilan.

Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak sempurna iman salah seorang dari kalian sehingga aku dicintai lebih daripada bapa-bapanya, anak-anaknya dan seluruh manusia”.

Kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ungkapan dan sambutan, tetapi dibuktikan dengan mencontohi perjuangan Baginda dalam menyatukan ummah.

Allah SWT berfirman:
β€œDan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai...”
(Surah Ali β€˜Imran: 103)

Sebelum Islam, kaum Aus dan Khazraj di Madinah pernah bermusuhan dan berperang dalam tempoh yang panjang. Namun dengan rahmat Allah dan kepimpinan Rasulullah SAW, hati mereka dipersaudarakan atas dasar iman sehingga permusuhan bertukar menjadi kekuatan ummah.

Hari ini, Malaysia juga memerlukan penyatuan ummah. Dalam menghadapi pelbagai cabaran ekonomi, sosial, moral dan masa depan negara, kita tidak boleh terus berpecah sehingga melemahkan umat dan tanah air.

Marilah kita menjadikan Maulidur Rasul sebagai momentum untuk kembali kepada ajaran Nabi SAW bersatu atas perkara yang benar, menghormati perbezaan, memperkukuh ukhuwah dan bersama-sama menyelamatkan Malaysia demi generasi akan datang.

Ummah bersatu, Malaysia diselamatkan.

πŸ’¬ Apakah pandangan anda: apakah langkah paling penting untuk menyatukan ummah dan membina masa depan Malaysia yang lebih baik? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.


Doakan Kemenangan Team DACS Subang πŸ‘‹βš½Dilampirkan jadual rasmi Kejohanan Pestabola Merdeka 2026 untuk rujukan semua pasuk...
22/08/2026

Doakan Kemenangan Team DACS Subang πŸ‘‹βš½

Dilampirkan jadual rasmi Kejohanan Pestabola Merdeka 2026 untuk rujukan semua pasukan.

πŸ“… 22 Ogos 2026
⏰ 8:00 malam
⚽️ Padang Bola Seksyen 14 Shah Alam

Semoga perjalanan kejohanan berjalan lancar mengikut jadual.

Terima kasih πŸ‡²πŸ‡Ύβš½πŸ”₯

πŸ…   WIRA MUDA SRITI AL-FAROUQ!πŸ…Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Adeeb ...
10/08/2026

πŸ… WIRA MUDA SRITI AL-FAROUQ!πŸ…

Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Adeeb Dasuqi bin Mohd Firdaus, murid SRITI Al-Farouq, atas kejayaan cemerlang di KESUGA SRITI Malaysia 2026 Mewakili SRITI Selangor.

πŸ₯‡ Pingat Emas – Acara 4Γ—100m (Lelaki) Tahap 1
πŸ₯‰ Pingat Gangsa – Acara 100m (Lelaki) Tahap 1

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama sekolah serta Islam.

Terus melangkah, terus mencipta kejayaan! πŸ’šπŸ’›β€οΈ

08/08/2026

PESANAN BUAT ANAK MUDA NEGERI SEMBILAN DI SUBANGBuat sahabat-sahabat anak muda yang berada di perantauan dan mempunyai t...
31/07/2026

PESANAN BUAT ANAK MUDA NEGERI SEMBILAN DI SUBANG

Buat sahabat-sahabat anak muda yang berada di perantauan dan mempunyai tanggungjawab mengundi pada 1 Ogos 2026, pulanglah.

Kita mungkin sibuk dengan kerja, keluarga dan macam-macam urusan. Tapi hari mengundi bukan datang selalu.Ambil sedikit masa untuk tunaikan tanggungjawab kita.

Tak perlu tunggu semuanya sempurna untuk kita ambil peduli tentang masa depan. Yang penting, kita hadir, kita nilai calon yang ada dan kita buat pilihan dengan ilmu serta pertimbangan yang baik.

Berilah undi buat Perikatan Nasional bagi kawasan yang bertanding. Bagi kawasan PN tidak bertanding, berilah undi kepada yang membawa suara rakyat, menjaga amanah dan memperjuangkan perkara yang kita percaya penting untuk Islam dan Negara.

Kalau perjalanan jauh, rancang awal. Kalau boleh berkongsi kereta dengan kawan-kawan, gerak sama-sama. Semoga dengan usaha pulang mengundi, memberi perubahan yang baik buat Negeri Sembilan.



Muhamad Farhannaim bin Jamaluddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang

Address

No. 1, Jalan Indah 3/5, Taman Puchong Indah
Puchong
47180

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Subang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PAS Subang:

Shortcuts

Share