SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara

Call Directions Website Contact the organization

SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara dibuka pada 1 Disember 2001. Bangunan sekolah yang mula dibina pada tahun 1996, telah siap sepenuhnya pada tahun 2000.

Kemasukan murid ke sekolah ini datang dari SK Sekyen 1 Bandar Kinrara, SJK (T) Castlefield, SJK (T) Kinrara, SJK (T) Puchong, SK Seafield, SJK (C) Serdang Baru, SK Puchong Jaya 2, SK Pusat Bandar Puchong 1, SJK (C) Lick Hung dan SJK (C) Yak Chee. Sesi persekolahan bermula pada 7 Januari 2002 dengan 18 orang tenaga pengajar, 2 orang staf sokongan dan 79 orang pelajar. Sekolah ini bermula dengan hanya 4 buah kelas dan kini mempunyai 40 buah kelas. PIBG ditubuhkan pada 13 Julai 2003. Pada tahun 2007, sekolah menganjurkan aktiviti Jogathon untuk menambahkan dana sekolah. Pada 26 Jun 2010 Bacathon dianjurkan untuk tujuan yang sama. Pada bulan Julai 2007, Majalah sekolah 'SEMESTIAN' mula dirancang penerbitannya dan berjaya diterbitkan pada tahun 2008. Pada 5 Mac 2009 majalah 'SEMESTIAN' dilancarkan dan diedarkan buat kali pertama. Keluasan sekolah ini ialah 25159 meter persegi dengan peruntukan bagi padang sekolah, gelanggang bola keranjang, blok bangunan kelas, sebuah kantin dan surau. Sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan empat tingkat, satu blok tiga tingkat, satu blok dua tingkat dan tiga blok satu tingkat yang terdiri daripada Bengkel MPV, Blok Kantini dan Surau. Blok bengkel MPV siap dibina pada 24 November 2008 dan mata pelajaran vokasional (MPV) menservis motosikal ditawarkan sebagai mata pelajaran elefktif SPM mulai tahun 2010. Kelas Rancangan Khas (KRK) untuk Tingkatan Satu mula dibuka pada 4 Januari 2010. Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 diadakan buat julung kali pada 31 Oktober 2009. Sekolah ini bermula dengan hanya 4 buah kelas dan kini mempunyai 40 buah kelas dengan jumlah pelajar kira-kira 1489 orang, bilangan guru seramai 81 orang manakala staf sokongan 9 orang.

KEM GENERASI MADANI 🇲🇾Telah berlangsung Kem Generasi MADANI yang melibatkan murid-murid Tingkatan 4 pada hari Isnin hing...
03/11/2026

KEM GENERASI MADANI 🇲🇾

Telah berlangsung Kem Generasi MADANI yang melibatkan murid-murid Tingkatan 4 pada hari Isnin hingga Khamis minggu lalu bertempat di sekolah.

Program ini diharapkan dapat melahirkan murid yang berdisiplin, berdaya kepimpinan, berakhlak mulia serta memiliki jati diri yang kukuh selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!

PENYAMPAIAN MODUL YAPEIMAlhamdulillah, telah berlangsung penyampaian Modul YAPEIM kepada murid-murid terpilih.Penyampaia...
02/11/2026

PENYAMPAIAN MODUL YAPEIM

Alhamdulillah, telah berlangsung penyampaian Modul YAPEIM kepada murid-murid terpilih.

Penyampaian modul telah disempurnakan oleh Puan Mahani binti Wahab, Penolong Kanan Pentadbiran.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

🌸 MAJLIS RESTU ILMU TINGKATAN 5 TAHUN 2026 🌸🗓️ Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)⏰ Masa: 10.50 pagi - 12.30 tengah hariMaj...
27/10/2026

🌸 MAJLIS RESTU ILMU TINGKATAN 5 TAHUN 2026 🌸

🗓️ Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 10.50 pagi - 12.30 tengah hari

Majlis Restu Ilmu Tingkatan 5 Tahun 2026 diadakan sebagai tanda sokongan, doa dan harapan warga sekolah buat semua calon SPM yang bakal menghadapi peperiksaan.

Kepada semua calon SPM 2026,
mantapkan keyakinan diri, melangkah ke dewan/bilik peperiksaan dengan hati yang tenang serta penuh kesungguhan.

📚 PAKEJ PENETAPAN MATA PELAJARAN ELEKTIF TINGKATAN 4 📚🗓️ Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.50 tengah ...
27/10/2026

📚 PAKEJ PENETAPAN MATA PELAJARAN ELEKTIF TINGKATAN 4 📚

🗓️ Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.50 tengah hari

Program ini dilaksanakan bagi membantu murid Tingkatan 4 membuat penetapan mata pelajaran elektif yang bersesuaian dengan minat, kecenderungan dan hala tuju pendidikan mereka. Diharapkan program ini dapat membantu murid membuat pilihan yang tepat demi kecermelangan masa hadapan 🥳

Program Final Touch Pendidikan Moral SPM 2026🗓️ 23 Oktober 2026  🕥 7.30 pagi - 10.30 pagi📍Anjung Budi - Puan Kavidah📍Bil...
26/10/2026

Program Final Touch Pendidikan Moral SPM 2026
🗓️ 23 Oktober 2026
🕥 7.30 pagi - 10.30 pagi
📍Anjung Budi - Puan Kavidah
📍Bilik Wawasan - Cik Tan BL

✨ ASPIRASI KECEMERLANGAN CALON SPM ✨Semoga semua calon SPM dikurniakan ketenangan hati, kelapangan fikiran dan kemudahan...
25/10/2026

✨ ASPIRASI KECEMERLANGAN CALON SPM ✨

Semoga semua calon SPM dikurniakan ketenangan hati, kelapangan fikiran dan kemudahan dalam menjawab setiap soalan. Iringi setiap usaha dengan doa dan tawakal, semoga kejayaan yang diimpikan menjadi kenyataan.

Terus melangkah, yakin pada diri dan cipta kecemerlangan! 🌟

Ikhlas daripada barisan pentadbir dan seluruh warga sekolah.

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2026! 🥳
22/10/2026

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2026! 🥳

Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan 1 & 4  Bagi Kelas Aliran Agama (KAA)
22/10/2026

Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan 1 & 4 Bagi Kelas Aliran Agama (KAA)

🌸 PROGRAM MELANGKAH KE ALAM REMAJA 🌸Alhamdulillah, Program Melangkah Ke Alam Remaja telah dilaksanakan bagi memberikan p...
20/10/2026

🌸 PROGRAM MELANGKAH KE ALAM REMAJA 🌸

Alhamdulillah, Program Melangkah Ke Alam Remaja telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan dan bimbingan kepada murid tentang persediaan menghadapi alam remaja menurut perspektif Islam.

📅 Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 1.00 – 6.00 petang
👥 Sasaran: Semua Murid Islam Tingkatan 1
🏫 Anjuran: Panitia Pendidikan Islam SMKS3BK

Semoga program ini memberi manfaat dalam membentuk remaja Muslim yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia. 🤲🏻

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH16 OKTOBER 2026 JUMAAT
15/10/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH
16 OKTOBER 2026 JUMAAT

Address

Jalan Bk5b
Puchong
47180

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara:

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services