06/10/2026
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐ก๐ง๐จ๐ง ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐จ๐๐ก ๐๐๐ข๐ฆ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก: ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ก๐ฆ๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ฆ ๐จ๐ง๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Selangor mengikuti dengan penuh dukacita dan kebimbangan akan rentetan kejadian serius yang melibatkan keselamatan, kesejahteraan serta maruah anak-anak di institusi pendidikan negara. Ini termasuklah tragedi terbaharu yang meragut nyawa seorang pelajar berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.
Sehubungan dengan itu, PAS Selangor merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal serta mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Meskipun PAS Selangor sentiasa menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan tidak berhasrat mendahului pihak berkuasa dalam menentukan motif kejadian, tragedi ini bersama episod-episod keresahan masyarakat terhadap kes buli, keganasan, gangguan seksual, tekanan emosi serta pelbagai salah laku generasi muda menuntut kita melihat isu keselamatan sekolah dalam kerangka yang lebih mendalam. Ini bukan sekadar persoalan keselamatan fizikal di kawasan sekolah, sebaliknya ini adalah persoalan fundamental tentang nilai dan keperibadian manusia yang sedang kita bentuk melalui sistem pendidikan negara hari ini.
๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ง๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ก๐ง๐ ๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฃ๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐๐
PAS Selangor berpandangan bahawa perbincangan nasional pasca-tragedi sering kali tertumpu kepada langkah-langkah pengawasan dan kawalan seperti penambahan kamera litar tertutup (CCTV), kawalan pintu masuk, peningkatan rondaan, pengetatan prosedur operasi standard (SOP) serta tindakan disiplin semata-mata. Walaupun langkah fizikal ini mempunyai kepentingan tersendiri, keselamatan fizikal tanpa kekuatan dalaman insan tidak akan mampu menyelesaikan akar masalah. Kamera boleh mengawasi tingkah laku tetapi tidak membentuk hati, manakala peraturan boleh membataskan perbuatan namun tidak menanam empati. Hukuman yang hadir selepas kesalahan tidak akan sama nilainya dengan sistem pendidikan yang berkeupayaan membina sahsiah murid sebelum kesalahan itu berlaku.
Atas dasar itu, sudah tiba masanya negara kembali menghayati roh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang meletakkan tujuan pendidikan jauh melampaui keutamaan peperiksaan dan pencapaian akademik semata-mata. FPK dengan jelas menuntut pembangunan manusia secara menyeluruh dan bersepadu dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan. Isu utamanya kini bukanlah sama ada falsafah tersebut masih relevan, sebaliknya sejauh mana struktur dan ekosistem pendidikan semasa benar-benar memberi ruang untuk falsafah tersebut diterjemahkan secara praktikal dalam kehidupan seharian murid.
Bagi menangani kemelut ini secara tuntas, PAS Selangor menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangka dan menguatkuasakan Kerangka Nasional Pembinaan Insan dan Keselamatan Sekolah yang merangkumi empat dimensi utama:
1. Keselamatan Fizikal dan Institusi, yang meliputi persekitaran sekolah yang selamat, kawalan keselamatan berkesan, sistem aduan yang telus, perlindungan murid serta penguatkuasaan SOP yang ketat.
2. Pembinaan Rohani, Moral dan Sahsiah, bagi memastikan pendidikan bukan sekadar memberitahu murid tentang kesalahan, tetapi membina kompas moral yang kukuh untuk memilih kebenaran walaupun tanpa pengawasan.
3. Pembinaan Keterhubungan Manusia, dengan memastikan setiap murid mempunyai hubungan yang bermakna dan berterusan dengan guru serta kelompok rakan yang dapat menjadi jaringan sokongan emosi yang sihat.
4. Pembinaan Daya Tahan Emosi dan Sosial, untuk membekalkan generasi muda dengan keupayaan mengurus kemarahan, konflik, tekanan rakan sebaya, cabaran media sosial dan dinamika kehidupan moden.
๐ฃ๐๐ฆ ๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ ๐ก๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ก๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐
PAS Selangor mencadangkan agar konsep Usrah, Halaqah atau Smart Circle dijadikan teras utama dalam membina sahsiah anak-anak menerusi sistem pendidikan negara dan bukannya sekadar dianggap sebagai program sampingan. Dalam tradisi pendidikan Islam, usrah membawa falsafah ta'aruf (saling mengenali), tafahum (saling memahami) dan takaful (saling memikul tanggungjawab) yang berkeupayaan membina kepercayaan, membuka ruang muhasabah serta memupuk keperihatinan sesama warga sekolah. Dalam sekolah yang menampung ribuan murid, objektif utama kita adalah memastikan tiada seorang pun anak murid yang rasa terasing atau tidak didengar.
Gagasan ini bukanlah suatu perkara yang asing dalam konteks pendidikan tempatan dan antarabangsa. Di peringkat pengajian tinggi negara, tradisi ini telah lama diserapkan seperti program Usrah in Action di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Liqa' Universiti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Wadah Transformasi Anak Mahasiswa (TAMU) di UiTM serta aktiviti pembangunan kerohanian di Universiti Islam Selangor (UIS). Di peringkat antarabangsa p**a, amalan berteraskan sokongan sosial dan emosi ini dapat dilihat menerusi program Character and Citizenship Education di Singapura, aktiviti pembangunan diri dan berkump**an Tokkatsu di Jepun serta Advisory Program di Amerika Syarikat.
Malaysia tidak perlu meniru mana-mana model luar secara bulat-bulat, sebaliknya kita wajar membina model nasional tersendiri yang mengadunkan kekuatan tradisi pendidikan Islam, pengalaman institusi tempatan serta amalan terbaik dunia. Bagi murid beragama Islam, penerapan usrah dan halaqah menjadi teras pembentukan iman, adab dan akhlak. Manakala dalam konteks masyarakat majmuk, prinsip Smart Circle boleh diterjemahkan menerusi nilai-nilai kemanusiaan, kekeluargaan, Rukun Negara serta saling menghormati antara agama dan budaya.
Pendidikan yang berkesan tidak seharusnya membina sekolah yang hanya selamat disebabkan kawalan ketat, sebaliknya membina sekolah yang selamat kerana wujudnya budaya dan nilai mulia di mana seorang murid tidak sanggup menzalimi rakannya. Atas semangat tersebut, PAS Negeri Selangor menyeru KPM untuk membuka wacana nasional secara komprehensif bagi penyusunan semula ekosistem sahsiah murid dengan melibatkan para pendidik, ahli psikologi, ulama, pakar akademik, ibu bapa dan organisasi masyarakat.
PAS Selangor sentiasa bersedia mengemukakan gagasan Usrah, Halaqah dan Smart Circle ini untuk dinilai secara ilmiah demi mengembalikan martabat dan roh pembentukan insan dalam sistem pendidikan negara.
DATOโ DR. AB. HALIM TAMURI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)