Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia

Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia

Share

SMARTEAM

31/05/2026
Photos from Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia's post 27/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐇 | 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟕 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

MARKAS SMART, 17 Mei 2026– Program Ibadah Qurban sempena Hari Raya Aidiladha telah dilaksanakan dengan jayanya di Markas SMART hari ini, menyaksikan dua ekor lembu selamat dikorbankan. Majlis ibadah dan aktiviti gotong-royong tersebut bertambah seri dengan kehadiran Pengarah SPeO, Encik AddyHanis, yang turut meluangkan masa bagi menyantuni para petugas serta memeriahkan lagi suasana program. Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program qurban bagi tahun ini.



Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri Jabatan Perdana Menteri

26/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐇 | 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟕 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Hari Raya Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan, dan ketaatan kepada Pencipta.
Marilah kita hayati ibadah korban ini dengan memperkukuh semangat perpaduan, saling membantu, dan mengeratkan silaturahim sesama kita. Semoga amalan kita diterima dan diberkati Allah SWT.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.



Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri Jabatan Perdana Menteri

22/05/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟔





Photos from Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri's post 22/05/2026
Photos from Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia's post 20/05/2026

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐁𝐑𝐔-𝟏𝟎, 𝐁𝐑𝐔𝐍𝐄𝐈

Program Pementoran BRU-10 bagi Menaiktaraf Pasukan USAR Brunei dan Pengiktirafan IEC 2029 telah berlangsung selama 11 hari bermula 8 hingga 18 Mei 2026 di Negara Brunei Darussalam. Seramai 19 delegasi terlibat iaitu 2 pegawai NADMA dan 17 pegawai SMART yang diketuai oleh En. Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Ketua Mentor P/SUPT Safrizan bin Suhaini dan PgKB II Mohamad Hafiezul bin Abdul Halim.

Photos from Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia's post 15/05/2026

𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐁𝐚𝐬𝐢𝐜 𝐇𝐢𝐠𝐡 𝐀𝐧𝐠𝐥𝐞 & 𝐑𝐨𝐩𝐞 𝐑𝐞𝐬𝐜𝐮𝐞 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Puchong 15 Mei 2026 - Kursus Basic High Angle & Rope Rescue yang dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Operasi Udara (A5-Rancangan Operasi) d/a Pangkalan Udara Subang, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula 11 hingga 15 Mei 2026 bertempat di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta dikendalikan oleh 8 Jurulatih Pasukan SMART dan 20 peserta kursus terdiri daripada 3 x pegawai dan 17 x anggota lain-lain pangkat BOMBA TUDM.

Modul yang diterapkan adalah Pengenalan High Angle & Rope Rescue, Ikatan dan Simpulan, Anchor, Pulley System, Pengurusan Mangsa, Pengurusan Risiko, Rappelling, Ascending & Descending dan Teknik Penyelamatan One Man Rescue.

Lt Kol Muhamd Nasir bin Muhamad, Pegawai Staf (PS) 1 BOMBA TUDM bersama pegawai kanan TUDM turut hadir memerhati sesi latihan amali yang dijalankan di Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Malaysia (MyCEDM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Perasmian penutup kursus disempurnakan oleh Mejar Mohd Izzuddin bin Mat Hassan, Ajutan Pasukan SMART bertempat di Dewan Wawasan Markas Pasukan SMART.

Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

Want your business to be the top-listed Government Service in Puchong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Markas Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia Pulau Meranti Batu 8 Jalan Puchong-kajang
Puchong
47100