Pusat Koreksional Puncak Alam

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Koreksional Puncak Alam " Peneraju Perkhidmatan Korektif " Melaksanakan Program Pendidikan Sekolah dengan mewujudkan Sekolah Integriti Puncak Alam dengan bantuan Guru Kader KPM.

Pada 15 Februari 2018, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor telah diwartakan dan mula beroperasi sepenuhnya dengan menerima Banduan Juvana daripada Penjara Kajang. Program seperti Kelas Transisi 1(Tingkatan 1- Tingkatan 3), Transisi 2 (Tingkatan 1- Tingkatan 3) SPM dan kelas 3M (Membaca, Mengira, Menulis)

Institusi ini juga melaksanakan Program Kemahiran seperi e-usahawan dan kelas komputer serta melaksanakan Kursus-Kursus Pembangunan Modal Insan berbentuk jangka pendek dan sederhana.

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍Program Harapan 2026: Gelanggang Harapan telah dianjurkan oleh Malaysian...
29/10/2026

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍

Program Harapan 2026: Gelanggang Harapan telah dianjurkan oleh Malaysian Care dengan kerjasama 360 Sport pada 27 Oktober 2026, bertempat di Akademik, Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA). Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan penglibatan seramai 50 orang prospek.

Program ini melibatkan tiga acara sukan, iaitu pickleball, co****le dan disc golf. Seramai 13 orang sukarelawan Malaysian Care, termasuk Pengarah Pembangunan Komuniti Malaysian Care, Dr. Poh Siew Lin dan Pengarah 360 Sport, Encik Chai Wei Yee, telah terlibat dalam menjayakan aktiviti tersebut. Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada prospek untuk menyertai aktiviti sukan dalam suasana yang menyeronokkan, di samping memupuk semangat kerjasama, disiplin dan interaksi positif.

Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang serta ucapan daripada Pengarah Pembangunan Komuniti Malaysian Care dan Pengarah 360 Sport. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam, PKP Affendy bin Abu Bakar.

Secara keseluruhannya, Program Harapan 2026: Gelanggang Harapan telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama antara Malaysian Care, 360 Sport dan pihak PKPA. Program ini turut menyediakan ruang kepada prospek untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang sihat serta menggalakkan pembentukan sahsiah positif melalui penglibatan aktif dalam program yang dianjurkan.

LAPORAN PERTANDINGAN PING PONG PERINGKAT PKPA ANJURAN KESPA​Pertandingan Ping Pong Peringkat PKPA anjuran Kelab dan Suka...
24/10/2026

LAPORAN PERTANDINGAN PING PONG PERINGKAT PKPA ANJURAN KESPA

​Pertandingan Ping Pong Peringkat PKPA anjuran Kelab dan Sukan PKPA (KESPA) telah berjaya dilaksanakan pada 19, 20 dan 21 Oktober yang lalu. Pertandingan ini berlangsung sepanjang hari di Ruang Legar Logistik PKPA dengan format perlawanan secara liga.

Kejohanan ini mempertandingkan dua acara utama, iaitu acara perseorangan (single) dan acara bergu (double), yang menyaksikan penyertaan serta semangat kesukanan yang tinggi daripada para peserta.

​Bagi acara bergu (double), gelaran johan telah disandang oleh pasangan SM Affendi dan SM Reduan, manakala naib johan diraih oleh Kpl Faisal dan Kpl Nasyazarin. Tempat ketiga bersama p**a dimenangi oleh regu Kpl Iskandar bersama En Rashid serta regu SM Azhar dan Sjn Rudy.

​Seterusnya, dalam acara perseorangan (single), Kpl Jeffri telah muncul sebagai johan pertandingan, diikuti oleh En Rashid di tempat naib johan. Kpl Amirul dan Sjn Riduan p**a berkongsi kedudukan di tempat ketiga bersama.

​Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh KIP Zamilah selaku wakil Pengarah PKPA. Kesemua pemenang telah menerima hadiah dalam bentuk hamper yang disediakan khas oleh pihak Kelab dan Sukan PKPA (KESPA).

Secara keseluruhannya, penganjuran pertandingan ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga PKPA.

LAPORAN LAWATAN DAN DEMONSTRASI DARI PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA SELANGOR DI PUSAT KOREKSIONAL PUNCAK ALAMPada 20 Okt...
20/10/2026

LAPORAN LAWATAN DAN DEMONSTRASI DARI PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA SELANGOR DI PUSAT KOREKSIONAL PUNCAK ALAM

Pada 20 Oktober 2026, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Pusat Koreksional Puncak Alam bagi melaksanakan program kesihatan dan kawalan penyakit. Lawatan ini dihadiri oleh seramai 13 orang pegawai kesihatan yang merangkumi Doktor Pakar Perubatan Keluarga, Doktor Pakar Kesihatan Awam, serta anggota daripada Unit Penguatkuasaan diiring TPP Affendy Bin Jantan dan Dr Reethiya A/P Letchumanan . Kehadiran pelbagai pakar dan penguat kuasai ini bertujuan memastikan pelaksanaan program berjalan secara komprehensif dan mematuhi standard kesihatan awam yang ditetapkan.

Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah sesi ceramah kesihatan yang berfokus kepada langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta memberikan pendedahan berkenaan amalan gaya hidup sihat dan cara membendung penularan wabak secara berkesan.

Selain program pendidikan kesihatan, pihak PKD turut menjalankan tindakan kawalan dan pencegahan khusus menerusi saringan penyakit diphtheria ke atas 28 orang prospek. Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan potensi penularan dalam kalangan penghuni, kesemua banduan berkenaan telah diasingkan di blok pengasingan sementara menunggu keputusan ujian swab dikeluarkan. Langkah proaktif ini mencerminkan komitmen pihak kesihatan dan penjara dalam memastikan persekitaran yang selamat dan bebas daripada ancaman penyakit berjangkit.

LAPORAN LAWATAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK (JPKK) KE  PUSAT KOREKSIONAL PUNCAK ALAMPada 15 Oktober 2026, j...
16/10/2026

LAPORAN LAWATAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK (JPKK) KE PUSAT KOREKSIONAL PUNCAK ALAM

Pada 15 Oktober 2026, jam 10:00 pagi, Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) telah menerima lawatan rasmi daripada Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Delegasi pelawat yang dianggotai seramai 10 orang wargakerja JPKK itu diketuai oleh Pengarah JPKK sendiri iaitu, YBrs. Dr. Sopian bin Hj. Brahim, di iring YBrs. TKP Murali A/L Rajoo bersama 6 perwakilan dari IPPM telah disambut mesra oleh Pengarah PKPA, YBrs. PKP Affendy Bin Abu bersama beberapa pegawai dari PKPA.

Atur cara lawatan dimulakan dengan sesi minum pagi dan disambung p**a dengan taklimat pengenalan daripada JPKK. Kemudian penerangan berkenaan pengoperasian PKPA dikendalikan oleh TPP Affandy Bin Jantan dan modul pemulihan penghuni p**a dibentang oleh En Rahmansyahputra Bin Afrizal.

Setelah selesai pembentangan ringkas tersebut, pelawat dibawa meninjau ke lapangan fasiliti utama di Pusat Koreksional Puncak Alam seperti blok kediaman Ibnu Batuta, Akademi dan Klinik. Kedua-dua pihak turut mengadakan sesi perbincangan interaktif bagi mengukuhkan kerjasama strategik antara agensi, khususnya dalam aspek kebajikan, sokongan emosi, dan integrasi semula prospek ke dalam Masyarakat dan bersama-sama berkongsi pendapat dalam memakmurkan lagi Kebajikan prospek di kalangan kanak-kanak di penjara.

Akhir lawatan majlis diakhiri dengan pertukaran cenderamata, sesi fotografi, serta jamuan makan tengah hari sebelum bersurai, di mana lawatan ini secara keseluruhannya berjaya mencapai objektif dalam mengeratkan jalinan hubungan antara JPKK dan PKPA serta Jabatan Penjara Malaysia amnya.

LAPORAN PROGRAM SENTUHAN KASIH SPM DAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN TAHUN 2026 PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL PUNCAK ALAMProgram Se...
16/10/2026

LAPORAN PROGRAM SENTUHAN KASIH SPM DAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN TAHUN 2026 PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL PUNCAK ALAM

Program Sentuhan Kasih SPM dan Motivasi Keibubapaan Tahun 2026 telah dianjurkan oleh Sekolah Integriti Puncak Alam pada 13 Oktober 2026 (Selasa), bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari berempat di Dataran Sekolah Integriti Puncak Alam. Program ini menyasarkan kehadiran ibu bapa, waris, serta murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi pembelajaran 2026.

Tujuan utama penganjuran program adalah untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa, di samping memberi kesedaran tentang kepentingan sokongan emosi dan motivasi keluarga dalam membantu persediaan calon SPM.

Atur cara bermula dengan sesi pendaftaran peserta, diikuti dengan pengisian kerohanian seperti bacaan Surah Yasin, solat hajat, dan doa, serta slot moral khas bagi murid bukan Islam. Program diteruskan dengan ceramah motivasi keibubapaan yang disampaikan oleh SM Muhammad Ridzuan bin Abdul Latif yang menekankan peranan penting ibu bapa dalam memberi dorongan emosi. Selepas ceramah, sesi diskusi prestasi diadakan bagi memberi ruang perbincangan terarah antara guru dan ibu bapa berkenaan perkembangan akademik murid.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam pada jam 12.00 tengah hari, yang turut diisi dengan ucapan pentadbir, tayangan video, aktiviti emosi "Sentuhan Kasih" (termasuk bacaan surat impian), sesi fotografi, dan dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Assalamualaikum WBT Dan Salam Sejahtera                                                                                 ...
17/09/2026

Assalamualaikum WBT Dan Salam Sejahtera

PROGRAM PENGISIAN SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT INSTITUSI PUSAT KOREKSIONAL PUNCAK ALAM DENGAN CERAMAH BERTAJUK “RASULULLAH SAW HERO UMMAH: JIWA MERDEKA, BEBAS DOSA”

Pada 16 September 2026, telah berlangsung satu ceramah bertajuk “Rasulullah SAW Hero Ummah: Jiwa Merdeka, Bebas Dosa” bertempat di Surau Umar Al-Khattab, bermula pada jam 8.00 malam hingga 9.30 malam.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Lutfi bin Haji Humaidi dengan penyampaian yang baik, menarik dan penuh penghayatan. Turut hadir bagi memeriahkan program PKP Affendy Bin Abu Bakar, PP Syahir Firdaus Bin Mat Atar dan TPP Mohd Nor Azdril Bin Haji Jamil. Pengisian yang disampaikan memberi penekanan kepada keperibadian Rasulullah SAW sebagai contoh teladan serta kepentingan membebaskan diri daripada dosa dan perkara yang boleh menjauhkan diri daripada Allah SWT.

Program ini turut memberi ruang kepada para hadirin untuk melakukan muhasabah diri dan meningkatkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW. Ceramah yang disampaikan telah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada para hadirin serta menggalakkan mereka menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan contoh dalam kehidupan.

Seramai lebih kurang 50 orang pegawai dan anggota telah hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Secara keseluruhannya, program telah berlangsung dengan lancar dan jayanya serta mendapat sambutan yang baik daripada para hadirin.

Assalamualaikum WBT dan Salam SejahteraPROGRAM JALINAN MUHIBBAH SEMPENA HARI MALAYSIA PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL PUNCKA...
17/09/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

PROGRAM JALINAN MUHIBBAH SEMPENA HARI MALAYSIA PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL PUNCKA ALAM

Persatuan Isteri, Anak-Anak Dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) & Kuarters, Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) Tahun 2026 telah mengadakan Program Jalinan Muhibah Hari Malaysia 2026 pada 16 September 2026 bersamaan hari pada hari Rabu. Program tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.30 petang.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh PKP Mohd Affendy Bin Abu Bakar, Pengarah Pusat PKPA, selaku Penaung. Turut hadir bersama Puan Noor Syaliza Binti Mohd Nasir, isteri Pengarah PKPA dan selaku Pengerusi PERSIAP.

Majlis diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan memperagakan pakaian bertemakan kemerdekaan, pertandingan basikal berhias, nyanyian lagu kemerdekaan, laungan merdeka beramai-ramai, briskwalk, kuiz kemerderkaan serta sukaneka kanak-kanak.

Pelaksanaan Sambutan Hari Malaysia ini bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa semua golongan, tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa sehingga terus kekal sepanjang hayat. Seterusnya,
mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan serta
mengeratkan perpaduan di semua peringkat sama ada Ahli
Jawatankuasa PERSIAP PKPA dan lain-lain.

𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝑶𝒖𝒕𝒓𝒆𝒂𝒄𝒉 “𝑩𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒕 𝑫𝒆𝒎𝒊 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏 2026”Program Outreach “Bangkit Demi Masa Depan 2026” telah dilaksanakan pada 1...
09/09/2026

𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝑶𝒖𝒕𝒓𝒆𝒂𝒄𝒉 “𝑩𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒕 𝑫𝒆𝒎𝒊 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏 2026”

Program Outreach “Bangkit Demi Masa Depan 2026” telah dilaksanakan pada 1 September 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Sekolah Integriti, Pusat Koreksional Puncak Alam, anjuran Unit Pemulihan dan Akademik, Pusat Koreksional Puncak Alam dengan kerjasama Yayasan SDARA. Program ini telah dirasmikan oleh PKP Affendy bin Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam dan melibatkan prospek serta ahli keluarga dengan fokus kepada pengukuhan hubungan kekeluargaan, motivasi dan persediaan membina kehidupan yang lebih baik.

Program turut menampilkan sesi ceramah “Bersama Melangkah: Keluarga, Harapan dan Masa Depan” oleh Haji Azmi bin Ali dan Ann Wong Renn Ai daripada Azmi Counseling & Consultancy, serta ceramah “Pembangunan Diri, Kerohanian dan Kerjaya” oleh Haji Yasim Mohamed daripada Al-Huda Management & Consultancy. Pengisian turut merangkumi tayangan montaj PKPA, persembahan daripada prospek, penyampaian cenderamata, sesi bergambar serta jamuan makan tengah hari bersama ahli keluarga.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Penglibatan ahli keluarga serta perkongsian daripada para penceramah telah memberikan suntikan motivasi, kesedaran dan sokongan positif kepada prospek dalam usaha memperbaiki diri serta merancang masa depan. Program ini diharapkan dapat diteruskan sebagai salah satu medium pengukuhan proses pemulihan berteraskan keluarga, perubahan diri dan peluang kedua.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍: “𝐄𝐗𝐏𝐋𝐎𝐑𝐄 𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄𝐏𝐑𝐄𝐍𝐄𝐔𝐑𝐒𝐇𝐈𝐏” 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑Pada Khamis, 2...
07/09/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍: “𝐄𝐗𝐏𝐋𝐎𝐑𝐄 𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄𝐏𝐑𝐄𝐍𝐄𝐔𝐑𝐒𝐇𝐈𝐏” 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑

Pada Khamis, 27 Ogos 2026, telah berlangsung Program Bengkel Latihan Sambil Belajar dan Praktikal Aspek Keusahawanan: “Explore Entrepreneurship” Siri 3 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam melalui Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dengan kerjasama Unit Pemulihan, Pusat Koreksional Puncak Alam. Program bertempat di Dewan Akademik, Pusat Koreksional Puncak Alam dan disertai oleh 20 orang banduan sabitan dengan fokus kepada pemasaran dalam talian sebagai salah satu kemahiran penting dalam dunia keusahawanan masa kini.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada asas pemasaran digital, strategi mempromosikan produk serta penggunaan platform dalam talian bagi menarik pelanggan dan mengembangkan potensi perniagaan. Pengisian yang bersifat interaktif ini bukan sahaja menambah pengetahuan, malah mencetuskan idea, meningkatkan keyakinan dan membuka perspektif peserta terhadap peluang membina kehidupan yang lebih produktif, berdikari dan berdaya saing selepas dibebaskan.

Program diakhiri dengan pengedaran Borang Pengetahuan, Sikap, Kemahiran dan Aspirasi (PSKA) bagi menilai tahap pengetahuan, sikap, kemahiran serta aspirasi peserta selepas mengikuti program. Secara keseluruhannya, program ini berjaya menjadi platform bermakna dalam mencetuskan minat, memperkasa potensi dan menyemai aspirasi keusahawanan, selaras dengan usaha pemulihan serta persediaan peserta menuju kehidupan yang lebih positif dan konstruktif.

PROGRAM BENGKEL LATIHAN SAMBIL BELAJAR DAN PRAKTIKAL ASPEK KEUSAHAWANAN:“EXPLORE ENTREPRENEURSHIP” SIRI 3Pada Khamis, 27...
28/08/2026

PROGRAM BENGKEL LATIHAN SAMBIL BELAJAR DAN PRAKTIKAL ASPEK KEUSAHAWANAN:
“EXPLORE ENTREPRENEURSHIP” SIRI 3
Pada Khamis, 27 Ogos 2026, telah berlangsung Program Bengkel Latihan Sambil Belajar dan Praktikal Aspek Keusahawanan: “Explore Entrepreneurship” Siri 3 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam melalui Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dengan kerjasama Unit Pemulihan, Pusat Koreksional Puncak Alam. Program bertempat di Dewan Akademik, Pusat Koreksional Puncak Alam dan disertai oleh 20 orang banduan sabitan dengan fokus kepada pemasaran dalam talian sebagai salah satu kemahiran penting dalam dunia keusahawanan masa kini.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada asas pemasaran digital, strategi mempromosikan produk serta penggunaan platform dalam talian bagi menarik pelanggan dan mengembangkan potensi perniagaan. Pengisian yang bersifat interaktif ini bukan sahaja menambah pengetahuan, malah mencetuskan idea, meningkatkan keyakinan dan membuka perspektif peserta terhadap peluang membina kehidupan yang lebih produktif, berdikari dan berdaya saing selepas dibebaskan.

Program diakhiri dengan pengedaran Borang Pengetahuan, Sikap, Kemahiran dan Aspirasi (PSKA) bagi menilai tahap pengetahuan, sikap, kemahiran serta aspirasi peserta selepas mengikuti program. Secara keseluruhannya, program ini berjaya menjadi platform bermakna dalam mencetuskan minat, memperkasa potensi dan menyemai aspirasi keusahawanan, selaras dengan usaha pemulihan serta persediaan peserta menuju kehidupan yang lebih positif dan konstruktif.

Address

Pusat Koreksional Puncak Alam, Off Jalan Meru Tambahan
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60333923832

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Koreksional Puncak Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Koreksional Puncak Alam:

Shortcuts

Share

Nearby government services