Kelab Tani

Kelab Tani

Share

Kelab Tani merupakan kelab komuniti Warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Photos from Kelab Tani's post 06/03/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Kelab Tani KPKM 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Februari 2026 di Dewan Serbaguna, Wisma Tani. Mesyuarat ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah antara warga KPKM, malah menjadi medan pembuktian pengurusan kelab yang semakin mantap dan telus demi kebajikan semua ahli. Prestasi kewangan kelab bagi tahun berakhir 2025 menunjukkan kedudukan yang sangat kukuh. Peningkatan ini mencerminkan keberkesanan pengurusan dana dalam memastikan setiap aktiviti sukan, sosial, dan kebajikan dapat dilaksanakan dengan impak yang maksima.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Encik Khalid Bin Ibrahim, Presiden Kelab Tani merangkap Setiausaha Bahagian BDI. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga atas kejayaan pelbagai aktiviti sepanjang 2025, terutamanya Kejohanan Sukan MADANI Kelab Tani yang telah memperkukuh silaturahim warga kementerian. Beliau turut menekankan bahawa kekuatan kelab terletak pada penyertaan aktif ahli dan berharap barisan kepimpinan baharu akan terus menjaga kebajikan ahli dengan semangat ukhuwah yang tinggi.

Majlis kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM selaku Penasihat Kelab Tani. Kehadiran beliau membuktikan sokongan padu pihak pengurusan tertinggi kementerian terhadap agenda kebajikan dan aktiviti sukan yang dijalankan oleh Kelab Tani demi kesejahteraan seluruh warga KPKM.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Pengurusan Kelab Tani bagi Sesi 2026/2027 yang telah dipilih secara demokrasi. Berikut adalah senarai calon yang menerima undian tertinggi:

🔹Naib Presiden: Datuk Dr. Mohd Haniff Bin Hassan
🔹Setiausaha Kehormat: En. Mohd Syukri Bin Mohd Zulkapli
🔹Penolong Setiausaha Kehormat: Pn. Maria Farlina Binti Mustafa
🔹Bendahari Kehormat: Pn. Noraida Binti Alias
🔹Penolong Bendahari Kehormat: En. Mior Mohamad Ammar Bin Mohamad Anuar
🔹Ketua Biro Kebajikan & Kesantunan: En. Mohd Sufian Bin Mohd Saifuddin
🔹Ketua Biro Sosial & Kemasyarakatan: En. Ahmad Taufik Bin Zainudin
🔹Ketua Biro Ekonomi & Keusahawanan: En. Hairuddin Bin Maslan
🔹Ketua Biro Sukan & Rekreasi: En. Wilson@Vincent Peter Pramo
🔹Ketua Biro Komunikasi dan Promosi: Pn. Suraiya Hani Binti Zamari
🔹Ketua Biro Kerohanian dan Kesejahteraan: Ustaz Mohd Shahrul Nazim Bin Mohd Saron
🔹Ketua Biro Seranta dan Komunikasi Strategik: En. Muhammad Izarul Bin Kayat
🔹Ketua Biro Tugas-tugas Khas: Dr. Saidatun Najmiah Binti Mohd Jamil
🔹Pemeriksa Kira-kira I: Pn. Nurul Shareena Binti Mazlan
🔹Pemeriksa Kira-kira II: En. Mohamad Zamri Bin Yahaya

Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat memacu Kelab Tani ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang!


Photos from Kelab Tani's post 10/12/2025

🎉 𝑀𝒜𝒥𝐿𝐼𝒮 𝒫𝐸𝒩𝒢𝐻𝒜𝑅𝒢𝒜𝒜𝒩 𝑅𝒰𝑀𝒜𝐻 𝒥𝐼𝒩𝒢𝒢𝒜 𝒫𝐸𝑅𝒦𝒜𝒮𝒜 - 𝒥𝒜𝒮𝒜𝑀𝒰 𝒟𝐼𝐻𝒜𝑅𝒢𝒜𝐼 🎉

Terima kasih tidak terhingga kepada semua geng Jingga Perkasa yang telah hadir ke Majlis Penghargaan Jasamu Dihargai pada 5 Disember 2025. Majlis kali ini amat bermakna dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah mengharumkan nama Jingga Perkasa dalam acara sukan yang disertai.

Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi dan memupuk rasa kebersamaan dalam kalangan ahli Jingga Perkasa kerana setiap usaha, sokongan dan semangat yang ditonjolkan menjadikan Jingga Perkasa lebih kuat dan teguh.

Anda semua memang terbaik. Semoga ukhuwah yang terjalin hari ini kekal dan sampai berjumpa lagi pada tahun hadapan. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Encik Khalid bin Ibrahim, Presiden Kelab Tani KPKM.

04/12/2025

🏆 Majlis Penutup Sukan MADANI Kelab Tani & Agro Star 2025: Let's Goooo!

​Peringatan gentle dari AJK Tertinggi Kelab Tani: Korang semua, sprint laju-laju ke Majlis Penutup rasmi malam ni, NOW! Jangan miss peluang keemasan ni, sebab semua players rumah sukan WAJIB CHECK IN untuk sesi pengurniaan medal yang luat biasa! Kita nak bagi standing ovation padu untuk semua champions dan participants yang dah all out berentap tahun ni.

Jom, turun padang support geng-geng players kita once again dan bagi vibe yang on point habis malam ni. See you guys tonight! 🫡✨

28/11/2025

🔥Sekalung penghargaan kepada ahli rumah JINGGA PERKASA yang telah menyertai kejohanan Sukan MADANI Kelab Tani 2025. Jasa anda semua sangat dihargai.

Next, kita ada pertandingan bakat dan seni persembahan p**a yang akan berlangsung pada 4 Disember 2025. Jom semua ahli JINGGA PERKASA, kita sama-sama bagi sokongan padu kepada wakil JINGGA PERKASA yang akan bertanding🔥

14/11/2025

🔥Setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli JINGGA PERKASA yang telah mengambil bahagian dalam acara terakhir bagi kejohanan sukan MADANI Kelab Tani iaitu acara Tarik Tali. Terima kasih atas semangat dan kerjasama yang ditunjukkan, walaupun kemenangan tidak berpihak pada kita dalam acara ini, semangat kebersamaan JINGGA PERKASA tidak pernah pudar. Itulah kekuatan sebenar JINGGA PERKASA 🔥

12/11/2025

Tahniah The Reds berjaya menyandang NAIB JUARA kategori Wanita & KETIGA kategori Lelaki bagi Short Mat Bowl games 🏆🏆🏆

All our hard work paid off 💪💪💪

Terima kasih tidak terhingga kepada coaches, manager, teammates & supporters🫶🫶🫶…Yakin boleh walaupun hanya kurang sebulan kita struggle berlatih 🔥🔥🔥





12/11/2025

Antara perlawanan yang ditunggu-tunggu, finale Kejohanan Sukan Madani KPKM…menyaksikan kehebatan The Reds di medan padang berjaya menumpaskan pihak lawan..kita kekalkan momentum hingga esok hari…ayuh sama2 berikan sokongan padu kepada The Reds gais💪💪💪💪🔥🔥🔥🔥🔥

Keputusan Acara Tarik Tarik - 12.11.2025

The Reds x Biru (P) = The Reds
The Reds x Biru (L) = Biru

Jingga x The Reds (P) = The Reds
Jingga x The Reds (L) = The Reds





12/11/2025

🔥Geng JINGGA PERKASA, jom semua kita gegarkan Padang Presint 16 pada 12 & 13 November sebagai tanda sokongan padu untuk pasukan Tarik Tali kita yang akan bertanding! Mari kita berikan sorakan sepenuh hati sebagai pembakar semangat untuk pasukan JINGGA PERKASA bagi acara terakhir yang dipertandingkan ini.

12/11/2025

🔥Tahniah kepada pasukan Short Mat Bowls JINGGA PERKASA atas kejayaan cemerlang merangkul pingat perak bagi kategori lelaki dan pingat gangsa bagi kategori wanita. Perlawanan memang sengit tetapi dedikasi dan usaha gigih yang telah dicurahkan oleh setiap ahli pasukan akhirnya telah membuahkan hasil! 🥰🔥

12/11/2025

Acara Kemuncak & Penentu Kejohanan Sukan MADANI Kelab Tani 2025

Perhatian kepada semua warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan warga Kelab Tani! Kejohanan Sukan MADANI Kelab Tani 2025 kini telah tiba di acara kemuncaknya. Pada hari ini dan esok, kita akan menyaksikan pertarungan terakhir bagi kategori lelaki dan wanita yang pastinya sengit dan dinanti-nantikan. Justeru, sokongan padu daripada anda semua, terutamanya "geng ultras" dari setiap rumah sukan, amatlah diperlukan. Ayuh, kita turun beramai-ramai ke Padang Presint 16 untuk memberikan sorakan gemuruh dan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi kepada semua kontinjen dan atlet yang bertanding.

Inilah medan penentu! Acara terakhir ini merupakan peluang keemasan dan penamat bagi semua rumah sukan untuk mengumpul mata terakhir yang akan menentukan kedudukan (ranking) keseluruhan. Setiap sorakan dan laungan semangat anda adalah pembakar jiwa untuk para pemain. Mari kita gegarkan suasana dengan laungan sorakan dan nyanyian lagu rasmi rumah sukan masing-masing. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kejohanan ini. Jumpa anda di sana!

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Putrajaya
62624

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00