Majlis Bersama Jabatan NRE

Majlis Bersama Jabatan NRE

Share

Facebook rasmi bagi Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) sebagai medium perhubungan pihak MBJ bersama warga NRE

Penafian: Tujuan pewujudan laman ini adalah sebagai medium komunikasi alternatif antara pihak MBJ bersama warga NRE selain menjadi medium hebahan/ pengumuman berkaitan dengan isu-isu pekerja. Sebarang penulisan dan komen yang mengandungi mana-mana bentuk kandungan berikut adalah tidak dibenarkan sama sekali:

a) Penulisan yang tidak berkaitan dengan isu/tajuk yang diulas;
b) Penulisan yang bertuju

28/12/2017
01/12/2017

Jujur Berkhidmat lebih baik daripada anugerah cemerlang

31/08/2017

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60, marilah kita bersama-sama memperteguh kesatuan dan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara Malaysia tercinta ini,

Semoga kesejahteraan dan kemakmuran negara akan terus berkekalan sehingga ke generasi kita yang seterusnya. Peranan dan tugas yang kita laksanakan pada hari ini akan menentukan hari yang bahagia untuk anak-anak kita pada masa akan datang.

Ayuh bangunkan negara!
Negaraku, Alam Sekitarku....

Photos 23/06/2017

Yang jauh itu waktu,
Yang dekat itu mati,
Yang besar itu nafsu,
Yang berat itu amanah,
Yang mudah itu berbuat dosa,
Yang panjang itu amal soleh,
Yang indah itu saling memaafkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua warga NRE. Semoga segala amal ibadah sepanjang Ramadhan yang lalu diterima-Nya dan diangkat sebagai suatu pemberat amal baik kita di hari kebangkitan kelak.

Berhati-hati di jalan raya. Berbahagialah bersama insan-insan tersayang di hari mulia ini.

Photos from Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)'s post 26/05/2017

Selamat bersara YBhg. Dato' Dr. Nadzri bin Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), NRE. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan YBhg. Dato' sepanjang berada di NRE. Jasamu dikenang!

16/02/2017

Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2017

Warga NRE boleh menyemak jadual peperiksaan mengikut keperluan perkhidmatan masing-masing melalui pautan di bawah.

https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/file/Jadual%20PPA%202017/JADUAL%20PEPERIKSAAN%20PPA%202017-FINAL%2018012016.pdf

www.kompetensi.jpa.gov.my

Photos 27/01/2017

Selamat Tahun Baru Cina 2017 kepada seluruh warga NRE yang berbangsa Cina. Perayaan sama dirai, demi jalinan mesra dan perpaduan warga yang berbilang bangsa.

Makan kuew tiow di kedai Cina,
Order satu air kacang soya,
Dapat angpow gembira tak terkata,
Selamat menyambut CNY wahai semua…

Gong Xi Fa Cai!
Wan Shi Ru Yi....

18/01/2017

Penjawat awam perlu buang sifat dengki, fitnah PUTRAJAYA 17 Jan. – Penjawat awam disaran membuang sifat dengki dan budaya fitnah sebaliknya kerjasama berpasukan dalam tugas seharian perlu diberikan keutamaan untuk menjadikan 2017 sebagai tahun 
pe­nyampaian kepada rakyat.

Photos 16/01/2017

Warga NRE merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Zainal Rahim Seman atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuatkuasa mulai 16 Januari 2017.

Semoga dengan pelantikan ini akan menyemarakkan lagi usaha bersama dalam memartabatkan perkhidmatan awam keseluruhannya.

Photos 13/12/2016

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di atas perlantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV pada 13 Disember 2016.

DAULAT TUANKU...

Photos 16/11/2016

Jom sama-sama tunaikan tanggungjawab selaku Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)..

Rujukan Penting:
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 - Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Putrajaya