27/11/2021
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Setiausaha KKMM, Dato' Sri Haji Mohammad bin Mentek atas penyampaian sijil penghargaan kepada Encik Wan Azhan Wan Hamat, Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantan RTM - Radio Televisyen Malaysia yang telah menerima Anugerah AKRAB Kategori Individu Tahun 2021 manakala bagi calon akhir pembentangan Kategori Organisasi Gemilang Tahun 2021 dianugerahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia BERNAMA Datuk Mokhtar Hussain pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2021 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM, (Zon Timur) di Kota Bharu, Kelantan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan. Anugerah yang diberikan ini merupakan pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ke atas individu dan organisasi AKRAB yang menunjukkan komitmen, konsisten dalam perkhidmatan membimbing serta sentiasa memberikan inisiatif kepelbagaian dalam merancakkan perkhidmatan oleh AKRAB
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan medium untuk anggota perkhidmatan awam memberi bimbingan dan bantuan psikologi kepada rakan sekerja dalam usaha meningkatkan potensi dan kecemerlangan perkhidmatan.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital), Encik Ma. Sivanesan, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Encik Mazlan Abd Mutalib dan Ketua-ketua Jabatan/ agensi di bawah KKMM.
KELANTANfm
Unit Psikologi RTM
AKRAB RTM
15/11/2021
HARI PSIKOLOGI KKMM TAHUN 2021
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
TEMA : “MENGUKUH KETAHANAN MENDEPANI KETIDAKTENTUAN”
15 NOVEMBER 2021 (ISNIN)
8.30 PAGI – 5.00 PETANG
WISMA BERNAMA
FB LIVE @ Unit Pengurusan Psikologi,BPSM, KKMM
Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KKMM Nor Kamisah Che Daud dan Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi pada majlis Perasmian Hari Psikologi KKMM 2021, hari ini.
26/10/2021
Tahniah kepada Encik Wan Azhan bin Wan Hamat dan Puan Siti Nurbaini binti Khairi daripada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia diumumkan sebagai Penerima Anugerah AKRAB Utama Kategori Individu & Penerima Anugerah Pementoran Kategori Mentor Terbaik dalam Anugerah AKRAB dan Pementoran Perkhidmatan Awam.
Pengumuman dibuat semasa Majlis Perasmian Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-25 yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia pada hari ini 26 Oktober 2021 (Selasa).
Semoga terus maju dan cemerlang bersama AKRAB KKMM dan Negara.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
RTM - Radio Televisyen Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia
Ipptar Rasmi
BERNAMA
FINAS Malaysia
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Unit Psikologi RTM
AKRAB RTM
Majlis Akrab Kebangsaan
06/10/2021
MESYUARAT JAWATANKUASA RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) BERSAMA PENGERUSI AKRAB JABATAN DAN AGENSI DI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM) BILANGAN 1 TAHUN 2021 PADA 5-6 OKTOBER 2021
Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu yang dilaksanakan secara aplikasi dalam talian telah dipengerusikan oleh Pengerusi AKRAB KKMM, Encik Wan Azhan Wan Hamat.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi memperinci program dan aktiviti AKRAB bagi tahun 2022 supaya keselarasan matlamat dan hala tuju AKRAB KKMM dapat dicapai bersama.
Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi AKRAB KKMM juga turut mengadakan sesi perbincangan dan kunjungan hormat ke atas YBrs. Encik Mazlan Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM merangkap Penasihat l AKRAB KKMM di pejabatnya.
05/10/2021
Kunjungan Hormat oleh Ahli JawatanKuasa Tertinggi AKRAB KKMM yang diketuai Pengerusi AKRAB KKMM, Encik Wan Azhan Wan Hamat ke atas YBrs. Encik Mazlan Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM merangkap Penasihat l AKRAB KKMM di pejabatnya.
27/09/2021
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada calon AKRAB kita yang akan ke pembentangan akhir sempena Anugerah AKRAB Perkhidmatan Awam Tahun 2021 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Good Luck semua!!! Anda tetap JUARA di hati KAMI 😃👍🏻
16/09/2021
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2021