27/12/25
KENYATAAN MEDIA
Untuk Siaran Segera
๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ ๐ ๐ฎ๐ท๐ ๐ ๐ฎ๐ธ๐บ๐๐ฟ, ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ ๐ฎ๐ท๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ โ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ต๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ ๐ฑ๐ถ ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ ๐๐๐๐ก๐
1. Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak, saya menyatakan sokongan penuh terhadap tekad YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk terus memperkukuh agenda pembangunan di Sarawak dan Sabah demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan masa depan Negara.
2. Kerajaan MADANI kekal komited memacu pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan di Sarawak melalui pelaburan strategik, pengukuhan sektor tenaga, pembangunan infrastruktur, serta pewujudan peluang pekerjaan bernilai tinggi. Pada masa yang sama, Sabah turut diberi keutamaan menerusi usaha mempercepat projek pembangunan asas, meningkatkan kemudahan awam, dan merangsang pertumbuhan ekonomi Wilayah secara menyeluruh.
3. Penekanan berterusan Kerajaan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk isu pentadbiran, kewangan serta pengurusan sumber seperti minyak dan gas, membuktikan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memastikan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak terus dipelihara secara adil dan berprinsip. Manfaat pembangunan ini mesti sampai terus kepada rakyat, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
4. Saya turut mengalu-alukan langkah Kerajaan dalam memperluaskan agenda tenaga hijau, pelaburan dalam teknologi masa hadapan seperti kecerdasan buatan (AI), serta pembangunan modal insan melalui TVET dan pendidikan tinggi. Inisiatif perumahan rakyat, termasuk Program Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan skim pembiayaan inovatif untuk golongan belia, mencerminkan pendekatan Kerajaan MADANI yang holistik dan berteraskan kesejahteraan rakyat.
5. Usaha berterusan ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan mana-mana Wilayah mahupun Negeri, sebaliknya memastikan Sarawak dan Sabah terus menjadi rakan strategik penting dalam membina Malaysia yang makmur, adil dan bersatu.
6. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sarawak dan Sabah, agar terus mendokong kepimpinan YAB Perdana Menteri dalam menjayakan agenda pembangunan Negara berlandaskan prinsip MADANI, sejajar dengan aspirasi Segulai Sejalai dan Sabah Maju Jaya.
TAMAT
YB DATUK MUSTAPHA SAKMUD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Sabah & Sarawak)
Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak, Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, 10 Mac 2020
BHESS, JPM
01/05/2025
Selamat Hari Pekerja
Pekerja Kesuma Bangsa
31/03/2025
Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas daripada warga Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri.
310325
03/02/2025
PUTRAJAYA, 3 FEBRUARI - YBhg. Datuk Toisin Gantor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) dan warga BHESS telah mengadakan suatu Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Datoโ Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara. Sesi kunjungan hormat berlangsung di Pejabat Peguam Negara (AGC), Jabatan Peguam Negara.
03/01/2025
31/08/2024
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2024
"MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA"
Marilah rakyat Malaysia kita hayati maksud sebenar jiwa merdeka.
Bersama-sama kita memperingati perjuangan wira-wira negara yang berkorban untuk memperjuangkan impian kemerdekaan rakyat jelata.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-76, Malaysiaku.
Ikhlas daripada,
Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak,
Jabatan Perdana Menteri
10/08/2024
Selamat Ulang Tahun Kelahiran
10 Ogos 2024
YAB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM
Ikhlas daripada,
Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
Jabatan Perdana Menteri
22/07/2024
'Sarawak Maju Makmur Dalam Malaysia'
Selamat Hari Sarawak 2024
Ikhlas daripada:
Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri
07/07/2024
"Hijrah daripada kebatilan kepada kebenaran, Hijrah daripada kegelapan kepada cahaya, Hijrah daripada perpecahan kepada kesatuan."
Salam Ma'al Hijrah 2024
Ikhlas daripada:
Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri
17/06/2024
SELAMAT MENYAMBUT
Hari Raya Aidiladha
-10 Zulhijjah 1445H-
Ikhlas daripada:
Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri
16/06/2024
SELAMAT HARI BAPA
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah sepanjang masa.
"Terima Kasih Ayah".
Ikhlas daripada:
Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak,
Jabatan Perdana Menteri
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Aras 3, Setia Perdana 3, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62502
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
