PLANMalaysia

Directions Website Contact the organization

PLANMalaysia The official page of the PLANMalaysia (Department of Town and Country Planning). More info
(1)

To strengthen the physical, social and economic development system in town and country areas to raise the quality of life in line with national aspirations. To determine, control and coordinate land development, use and preservation through effective implementation of the Town and Country Planning Act and other relevant acts. To draft and implement planning methods, policies, plans and guidelines and ensure effective application by all agencies at the planning level. To ensure a quality town planning service and information system for long-term planning requirements.

🌿🏑 KARNIVAL KAMPUNG ANGKAT MADANI DAN PROGRAM AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) @ KAMPUNG BENTONG LUAR KLUANG JOHOR!...
22/10/2026

🌿🏑 KARNIVAL KAMPUNG ANGKAT MADANI DAN PROGRAM AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) @ KAMPUNG BENTONG LUAR KLUANG JOHOR!!

Warga Kluang dan kawasan sekitar, jom pakat ramai-ramai memeriahkan Karnival Kampung Angkat MADANI dan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Kampung Bentong Luar, Kluang, Johor!

Bukan sekadar karnival, program ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan komuniti, menyemarakkan semangat kebersamaan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

πŸ“ Lokasi: Kampung Bentong Luar, Kluang, Johor

Bawa keluarga, ajak jiran tetangga dan sahabat handai. Sama-sama kita meriahkan karnival ini!

β€οΈπŸ’™ Kampung Ceria, Komuniti Sihat, MADANI Sejahtera!

MEH LAH DATANG, JANGAN TAK DATANG! πŸ™Œ

TPr Alias Rameli






MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) & AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) TAHUN 2026 | πŸ“ SMK CANOSSIAN CONVE...
22/10/2026

MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) & AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) TAHUN 2026 | πŸ“ SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG, JOHOR

KLUANG, 22 Oktober 2026 – Berlangsung hari ini Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI (SAM) dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat SMK Canossian Convent (M) Kluang, Johor. Majlis turut diserikan dengan perasmian Studio Sinergi sekolah oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa dengan kehadiran Pengetua, wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang serta barisan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Di bawah seliaan PLANMalaysia, inisiatif bernilai RM100,000 ini memfokuskan kepada pembangunan prasarana dan modal insan sekolah, merangkumi:

πŸ“± Kemudahan Digital: Pembekalan tablet dan smartboard.

🏫 Penaiktarafan Fasiliti: Penyelenggaraan sistem perpaipan serta perbaikan bilik darjah dan bilik media.

πŸ’‘ Pembangunan Kompetensi: Program pemantapan kemahiran digital untuk para guru dan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama padu dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga segala kemudahan dan usaha yang dimanfaatkan ini mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, seterusnya melahirkan generasi MADANI yang berilmu, sihat dan berdaya saing.

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia
Pejabat Projek Zon Selatan, PLANMalaysia
Bahagian Korporat Planm






πŸ“± Kenapa kerajaan saran henti guna Waze?πŸ”Ή Pengumpulan data: Merekod lokasi, pergerakan dan perjalanan pengguna.πŸ”Ή Perunda...
21/10/2026

πŸ“± Kenapa kerajaan saran henti guna Waze?

πŸ”Ή Pengumpulan data: Merekod lokasi, pergerakan dan perjalanan pengguna.
πŸ”Ή Perundangan: Tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang Israel.
πŸ”Ή Risiko keselamatan: Data pergerakan berpotensi mendedahkan maklumat sensitif.
πŸ”Ή Langkah kerajaan: Penjawat awam dilarang menggunakan Waze, manakala orang ramai disaran beralih kepada TuJu.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

21/10/2026

KERAJAAN ARAH HENTI GUNA APLIKASI NAVIGASI MILIK ISRAEL

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan supaya penggunaan aplikasi navigasi Waze dilarang dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat Kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Keputusan ini mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Maklumat sensitif Kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.

Pada masa sama, YAB Perdana Menteri menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan.

Pendirian Kerajaan MADANI adalah tegas dan kita akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat.

PEJABAT PERDANA MENTERI
21 Oktober 2026

MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI DAN PROGRAM AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) | SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KL...
21/10/2026

MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI DAN PROGRAM AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) | SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG, JOHOR

Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI dan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) anjuran PLANMalaysia di SMK Canossian Convent (M) Kluang, Johor! - Ikhtiar Kerajaan Madani dan PLANMalaysia

πŸ“… 22 Oktober 2026 (Khamis) | πŸ•™ 10.00 pagi
πŸ“ SMK Canossian Convent, Kluang, Johor

🎀 Dirasmikan oleh: YBhg. Datuk Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa

✨ Bersama-sama menyemarakkan semangat Malaysia MADANI melalui pemerkasaan pendidikan, pembudayaan gaya hidup sihat dan pembentukan generasi masa hadapan yang sejahtera!

πŸ’š Sekolah Sejahtera, Generasi Sihat, Malaysia MADANI!

PEMENANG PERTANDINGAN INOVASI PLANMalaysia 2026Sempena Hari Inovasi PLANMalaysia 2026 yang telah berlangsung pada 29 Sep...
19/10/2026

PEMENANG PERTANDINGAN INOVASI PLANMalaysia 2026

Sempena Hari Inovasi PLANMalaysia 2026 yang telah berlangsung pada 29 September 2026 yang lalu, Jom kita lihat hasil kreativiti, idea dan inovasi yang telah diketengahkan oleh para peserta melalui tiga (3) kategori pertandingan:

πŸ† Pertandingan Penyediaan Slaid dan Pembentangan Berkesan
πŸ† Pertandingan Penulisan Esei Place-Based Story Telling/Travelogue
πŸ† Pertandingan Cadangan Projek Produk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

πŸ“² Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk melihat hasil penyertaan dan inovasi para peserta!
πŸ”— Pautan: https://bit.ly/47HlolS

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas usaha, kreativiti dan komitmen yang diberikan! πŸ‘

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia





πŸ’š TERIMA KASIH, TELUK INTAN ! πŸ’™2,700 peserta, satu semangat, satu matlamat β€” Bandar Sihat, Komuniti Sejahtera!Setinggi-t...
18/10/2026

πŸ’š TERIMA KASIH, TELUK INTAN ! πŸ’™

2,700 peserta, satu semangat, satu matlamat β€” Bandar Sihat, Komuniti Sejahtera!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, rakan strategik, agensi terlibat dan seluruh komuniti yang telah bersama-sama menjayakan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) KPKT 2026 @ Teluk Intan pada 17 Oktober 2026.

Sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan membuktikan bahawa pembudayaan gaya hidup sihat bermula dengan penglibatan aktif komuniti.

✨ Bersama kita membina bandar yang lebih sihat, aktif dan sejahtera!

Bandar Sihat, Komuniti Sejahtera! 🌿

TPr Alias Rameli
KPKT Malaysia
PLANMalaysia
R&D PLANMalaysia







17/10/2026

🎬 VIDEO PERASMIAN PROGRAM AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) KPKT INTAN 2026

Mengangkat aspirasi ke arah pembentukan bandar yang lebih sihat, mampan dan sejahtera, Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) KPKT @ Teluk Intan 2026 telah berlangsung pada 17 Oktober 2026 bertempat di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Perak. πŸ’š

πŸ’š BANDAR SIHAT, KOMUNITI SEJAHTERA!
Perancangan Melangkaui Kelaziman

TERIMA KASIH ORANG TELUK INTAN!!

TPr Alias Rameli
KPKT Malaysia
PLANMalaysia
KPKT Malaysia










πŸšΆπŸ½β€β™‚οΈπŸšΆπŸ½β€β™€οΈ PROGRAM AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) KPKT 2026  INTAN | BANDAR SIHAT, KOMUNITI SEJAHTERATELUK INTAN,...
17/10/2026

πŸšΆπŸ½β€β™‚οΈπŸšΆπŸ½β€β™€οΈ PROGRAM AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) KPKT 2026 INTAN | BANDAR SIHAT, KOMUNITI SEJAHTERA

TELUK INTAN, 17 Oktober 2026 – PLANMalaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak telah menganjurkan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) KPKT 2026 @ Teluk Intan yang bertemakan β€œBandar Sihat, Komuniti Sejahtera” bertempat di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Perak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Thean Ming Fatt, Timbalan Ketua Setiausaha (Kemampanan dan Perancangan Strategik), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dengan kehadiran YBhg. Datuk TPr Dr. Alias Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia serta YBhg. Datin Arfah Mahani binti Amran yang mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penganjuran program ini mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 2,700 peserta berdaftar daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mengambil bahagian dalam aktiviti Fun Walk dan Jejak Warisan, sukan komuniti, pertandingan mewarna serta pameran yang dianjurkan. Antara tarikan utama ialah Fun Walk dan Jejak Warisan yang berjaya menarik penyertaan seramai 1,210 orang. Aktiviti ini menggabungkan amalan berjalan kaki dengan penerokaan sejarah dan keunikan warisan bandar Teluk Intan melalui 12 lokasi persinggahan (checkpoint). Pelbagai aktiviti komuniti turut memeriahkan program, termasuk pertandingan mewarna, acara sukan komuniti seperti sepakan penalti, bola jaring 3-on-3, bola keranjang dan tarik tali. Pelbagai pameran dan promosi turut diadakan seperti kesihatan, kempen pengumpulan minyak masak terpakai dan sisa elektronik (e-waste), serta Jualan Rahmah. Program ini turut menyaksikan pelancaran Program TIARA (Teluk Intan Bebas Asap Rokok dan Aparatus V**e) oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dan menggalakkan persekitaran yang lebih sihat serta bebas daripada asap rokok dan v**e.

Penganjuran ANMS KPKT 2026 mencerminkan komitmen berterusan KPKT melalui PLANMalaysia, dengan kerjasama KKM, MPTI, PKD Hilir Perak, jabatan dan agensi kerajaan serta rakan strategik dalam membudayakan gaya hidup sihat dan memperkukuh pembangunan bandar yang sihat, inklusif dan mesra komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha bersepadu ini terus menjadi pemangkin kepada pembentukan persekitaran bandar yang menyokong kehidupan aktif, kesejahteraan masyarakat dan komuniti yang lebih sihat.

πŸ’š BANDAR SIHAT, KOMUNITI SEJAHTERA! πŸ’š
Perancangan Melangkaui Kelaziman

Nga Kor Ming ε€ͺ可敏
TPr Alias Rameli
KPKT Malaysia
PLANMalaysia
R&D PLANMalaysia
TELUK INTAN FUN WALK








πŸšΆπŸ»β€β™‚οΈπŸšΆπŸ»β€β™€οΈ 1 HARI LAGI! JOM MERIAHKAN ANMS TELUK INTAN FUN WALK 2026! πŸ”₯Ayuh bersama-sama membudayakan gaya hidup sihat d...
16/10/2026

πŸšΆπŸ»β€β™‚οΈπŸšΆπŸ»β€β™€οΈ 1 HARI LAGI! JOM MERIAHKAN ANMS TELUK INTAN FUN WALK 2026! πŸ”₯

Ayuh bersama-sama membudayakan gaya hidup sihat dan aktif ke arah pembentukan komuniti yang cergas, sejahtera dan berkualiti! πŸ’ͺ🏻🌿

πŸ”₯ 1 HARI LAGI! ARE YOU READY? πŸ”₯

Detik yang dinanti semakin hampir! β³πŸŽ‰

Esok kita gegarkan Teluk Intan dengan langkah penuh semangat dalam ANMS TELUK INTAN FUN WALK 2026! πŸšΆβ€β™‚οΈπŸšΆβ€β™€οΈ

πŸ“… 17 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ Dataran Menara Condong, Teluk Intan
⏰ Pelepasan: 7.30 Pagi

πŸ‘Ÿ Siapkan kasut, rehat secukupnya dan jangan lupa bawa semangat paling padu!

πŸ’₯ ESOK KITA JUMPA! TELUK INTAN, HERE WE COME! πŸ”₯

Address

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia), Blok F5, Kompleks F, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62675

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANMalaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PLANMalaysia:

Share