14/06/2023
PROGRAM CUTI SEKOLAH PERPUSTAKAAN MOTAC BULAN FEBRUARI & MAC 2023:
22 Februari 2023 (Rabu) - STORYTIME WITH AUNTY FARDHIANA: "THE NEW LIBEARIAN"
Sesi Bercerita dan Aktiviti Mewarna bersama anak-anak Warga MOTAC yang dkendalikan oleh Pn Akmal Fardhiana, Penolong Pustakawan Perpustakaan MOTAC.
17/08/2022
Lawatan Free & Easy ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) pada 9 Jun 2022 (Khamis) bertempat di WTC Kuala Lumpur. Lebih kurang 28 orang warga MOTAC dan 10 orang warga Tourism Malaysia mengikuti lawatan ke PBAKL 2022. Lawatan ini diadakan bagi memupuk minat dikalangan warga MOTAC kepada bahan-bahan bacaan ilmiah mahupun bacaan ringan dengan mendapatkan buku-buku tersebut dengan harga yang amat berpatutan.
17/08/2022
Aktviti Cuti Sekolah Perpustakaan MOTAC yang telah dijalankan bermula 4 Jun hingga 12 Jun 2022. Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk minat membaca dikalangan anak-anak warga MOTAC dan juga menggalakkan mereka berkunjung ke perpustakaan untuk menyertai aktiviti yang disediakan.
17/08/2022
Mini Pameran Kemerdekaan bertemakan "MEGAH BANGSA MASYHUR NEGARA" sepanjang bulan Ogos 2022. Kuiz Kemerdekaan Perpustakaan MOTAC juga telah dijalankan bagi menyemarakkan semangat patriotik dikalangan warga kerja MOTAC.