14/04/2023
🌸 *MAJLIS KHATAM AL-QURAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK INTEGRASI GENIUS PUTRAJAYA*🌸
20 April 2023 | Jumaat
*Kelab Kakitangan Integrasi GENIUS (KKIG)* telah mengadakan majlis khatam Al-Quran sebagai penutup Program Tadarus yang dijalankan dalam kalangan ahlinya.
Turut sama menyertai majlis pada hari ini adalah kanak-kanak berumur 2-4 tahun daripada progaram GENIUS Negara dan Kanak-kanak yang mengalami autisme dari program prasekolah GENIUS Kurnia.
Majlis pada hari ini turut dimeriahkan dengan sumbangan 50 naskah Al-Quran beserta goodies kepada ahli kelab. Semoga dengan pemberian ini memberi ganjaran pahala yang berpanjangan.🤲
🌹Program ini diadakan bertujuan untuk menjadikan Al Quran sebagai tempat rujukan dan panduan hidup dalam setiap keperluan disamping mendapat rahmat dan keberkatan.
(I)G
10/11/2022
Hari ini penentuan jaguh kumpulan A dan B bagi semua sukan tradisional. Bermula dengan permainan dam haji, congkak, batu seremban, dam ular, ceper dan serak lidi.
Saksikan debaran dalam mengetahui siapakah jaguh untuk setiap acara.
10/11/2022
Serak lidi juga antara sukan tradisional yang semakin dilupakan generasi skrg. Sukan ni memerlukan daya tumpuan yg sgt tinggi bagi mendapatkan lidi yang diinginkan. Gelagat peserta sangat menghiburkan. Jom kita lihat aksi-aksi peserta.
Dannnn jangan lupa petang ini menentuan pemilihan JAGUH setiap sukan yang dipertandingkan….. Stay tune..
08/11/2022
Semakin hari semakin terasa kehangatan untuk pemilihan jaguh. Sukan ceper juga tidak kurang meriah. Pelbagai strategi yang dikeluarkan oleh setiap pemain. Ada yg serius ada yg ketawa ada yang marah bagi memenangi permainan cepar. ayuh saksikan...
07/11/2022
Ding! D**g!
Minggu ini merupakan minggu ke-2 Sukan Tradisional yang dianjurkan oleh kelab KKIG.
Permulaan minggu ni telah dimulai dengan permainan Dam Ular.
Permainan dam ular atau snakes and ladder merupakan permainan klasik dalam kalangan kanak - kanak dan sangat popular suatu masa dahulu sebelum adanya gajet dan teknologi.
Jom, kita sama-sama saksikan momen perlawanan Dam Ular yang telah dijalankan sebentar tadi.
04/11/2022
Permainan batu seremban menggamit kenangan sewaktu kecil. Secara tidak langsung dapat mengimbau kembali kenangan semasa kecil. Permainan ini batu seremban tak lapuk ditelan zaman. Masih menjadi permainan pilihan dalam kalangan masyarakat masa kini. Jom kita saksikan kemeriahan semasa permainan ini berlangsung.
02/11/2022
Hari kedua sukan tradisional berlangsung semakin sengit. Perlawanan penentuan juara kumpulan A dan B bagi permainan dam haji.
Telang merukah ke lain pusing,
Kaduk merempuh lentur serangkak,
Silang memangkah bermain gasing,
Duduk bersimpuh mengatur congkak.
Hari ini juga, merupakan hari permulaan bagi perlawanan congkak yang melibatkan ahli rumah sukan terdiri daripada kump. A dan kump. B
Pelbagai startegi dan perancangan telah diatur bagi merebut gelaran JAGUH permainan.
01/11/2022
1 sehingga 11 November 2022 merupakan Minggu Sukan Tradisional anjuran KKIG.
Sukan ini melibatkan semua ahli kelab yang mewakili setiap rumah sukan yang terdiri daripada Rumah Biru, Rumah Kuning, Rumah Hijau dan Rumah Merah.
Pelbagai aktiviti Sukan Tradisional bakal berlangsung antaranya ialah :
1. Dam Haji
2. Congkak
3. Dam Ular
4. Batu Seremban
5. Ceper
6. Serak Lidi.
Saksikanlah pelbagai gaya dan gelagat para peserta pada hari pertama sukan berlangsung. Jumpa esok.. Stay tunee..
23/05/2022
Sambutan Hari Raya dan meraikan Hari Guru 2022.