National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official

National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official

Share

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional
National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) Malaysia

Photos from National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official's post 13/05/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF (JKE) BIL. 2 TAHUN 2026

PUTRAJAYA, 13 Mei 2026 – YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) NFCC Bil. 2 Tahun 2026 bertempat di Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan telah dihadiri oleh 24 agensi penguat kuasa.

10/05/2026

Selamat Hari Ibu 🌷

“Seteguh Kasih Ibu” — kasih yang tidak pernah mengenal lelah, sentiasa menjadi kekuatan dalam setiap langkah kehidupan.

Di sebalik setiap pengorbanan, doa dan kasih sayang seorang ibu, lahirnya keluarga yang penuh cinta, nilai dan ketabahan.

Terima kasih kepada semua insan bergelar ibu atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih yang tidak ternilai.

Semoga setiap jasa dan kebaikan ibu sentiasa diberkati serta dihargai selamanya.






IbuTonggakKeluarga

Photos from National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official's post 09/05/2026

PERBINCANGAN BERSAMA SURUHANJAYA KREDIT PENGGUNA

PUTRAJAYA, 7 Mei 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC bersama Pengarah Kanan serta pegawai kanan NFCC telah menyambut kehadiran Suruhanjaya Kredit Pengguna yang diketuai oleh Tuan Aerie Rahman, Pengarah Penguatkuasaan Suruhanjaya Kredit Pengguna.

Perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha membanteras jenayah kewangan serta meningkatkan perlindungan pengguna dalam sektor kredit dan kewangan. Perbincangan ini turut memberi fokus kepada perkongsian maklumat, penyelarasan dasar, dan pengukuhan mekanisme pemantauan bagi menangani isu penipuan kewangan, penyalahgunaan kredit, dan aktiviti kewangan tidak sah.

Selain itu, sesi perbincangan ini bertujuan mengenal pasti peluang kolaborasi dalam aspek kesedaran awam, pendidikan kewangan, dan pemerkasaan pengguna agar masyarakat lebih peka terhadap risiko jenayah kewangan. Kerjasama ini juga diharap dapat menyokong pembangunan ekosistem kewangan yang lebih selamat, telus, dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.




Photos from National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official's post 09/05/2026

BENGKEL KESEDARAN JENAYAH MATA WANG KRIPTO

SEPANG, 5 Mei 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan Bengkel Kesedaran Jenayah Mata Wang Kripto di CyberSecurity Malaysia, Cyberjaya. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 110 orang pegawai penyiasat dari pelbagai agensi jawatankuasa eksekutif NFCC.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta mengenai risiko serta ancaman jenayah kewangan yang melibatkan penggunaan aset digital dan mata wang kripto. Bengkel ini memberi pendedahan berkaitan modus operandi penipuan, pengubahan wang haram, penipuan pelaburan digital, serta penyalahgunaan teknologi blockchain yang semakin berkembang.

Selain itu, program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan peserta tentang langkah pencegahan, pematuhan perundangan, dan kaedah pengesanan aktiviti mencurigakan yang berkaitan dengan transaksi mata wang kripto. Melalui perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pakar agensi berkaitan, bengkel ini diharap dapat membantu melahirkan pegawai yang lebih peka, berdaya tahan, dan bersedia menghadapi cabaran jenayah kewangan digital masa kini.




Photos from National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official's post 05/05/2026

MAJLIS KONVOKESYEN CERTIFIED FINANCIAL INVESTIGATOR PROGRAM (CFIP) TAHUN 2025

PUTRAJAYA, 4 Mei 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan Majlis Konvokesyen Certified Financial Investigator Program (CFIP) Tahun 2025 di Dewan Serbaguna, Aras 1, Menara Seri Wilayah. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 116 para graduan terdiri dari pelbagai agensi dan jabatan penguat kuasa dan dilengkapi dengan ucapan perasmian YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa graduan ini merupakan benteng hadapan negara yang memikul amanah besar dalam mendepani ancaman jenayah kewangan yang semakin tersusun dan merentas sempadan. Program pensijilan strategik ini, yang terjalin melalui kerjasama antara NFCC dan UTM, merupakan manifestasi aspirasi Malaysia MADANI untuk melahirkan tenaga kerja yang berintegriti dan kompeten di peringkat global.

Beliau turut menyentuh aspek keselamatan ekonomi negara, termasuk keberkesanan inisiatif Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam mendepani krisis tenaga global yang telah berjaya menjimatkan subsidi petrol sebanyak RM1.9 juta dalam tempoh pelaksanaan yang ditetapkan. Keupayaan penyiasat CFIP ini amat kritikal dalam memastikan hasil negara tidak tiris akibat aktiviti penipuan dalam talian yang mencatatkan kerugian RM2.9 bilion pada tahun lalu.

Syabas kepada para graduan atas dedikasi dalam mengangkat martabat perkhidmatan awam demi membina Malaysia yang lebih selamat dan berdaya saing.

Photos from National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official's post 05/05/2026

PROGRAM RAKAN RANCANGAN PUTRA FM DENGAN PENYELARASAN NFCC

SERDANG, 30 April 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah dijemput sebagai tetamu oleh Putra FM di Konti Putra FM UPM, Serdang.

Sehubungan itu, NFCC telah dijemput sebagai rakan perancangan dalam program siaran Putra FM bagi memperkukuh usaha penyampaian maklumat berkaitan pencegahan jenayah kewangan kepada masyarakat. Kolaborasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai ancaman penipuan kewangan, memperkasa pengetahuan pengguna, serta menggalakkan amalan kewangan yang lebih selamat dan berintegriti. Melalui platform ini, NFCC komited untuk terus menyokong inisiatif pendidikan dan advokasi demi kesejahteraan ekonomi rakyat.







#997

Mobile uploads 05/05/2026
05/05/2026
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja! 💼✨

Dalam semangat Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa, marilah kita menghargai setiap keringat dan usaha yang dicurahkan demi membina negara yang lebih maju, adil dan sejahtera. Pekerja bukan sekadar tulang belakang ekonomi, tetapi juga nadi yang menggerakkan kemajuan bangsa.

Teruskan melangkah dengan dedikasi, integriti dan semangat kebersamaan. Setiap peranan, sekecil mana pun, menyumbang kepada masa depan yang lebih gemilang.

Terima kasih kepada semua pekerja—anda adalah inspirasi dan kekuatan negara! 🇲🇾

Photos from National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official's post 21/04/2026

PROGRAM ANTI SCAM MAHASISWA POLITEKNIK PORT DICKSON

PORT DICKSON, 20 April 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah dijemput sebagai pempamer oleh Bahagian Undang- Undang Universiti Malaya selaku penganjur program Anti Scam Mahasiswa di Politeknik Port Dickson. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Politeknik Port Dickson. Seramai 150 orang pengunjung telah melawat reruai NFCC bagi mendapatkan maklumat berkaitan jenayah penipuan dalam talian (online scam) serta peranan NSRC

Sehubungan itu, program ini diadakan bagi tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman dalam kalangan mahasiswa mengenai ancaman jenayah penipuan (scam) yang semakin berleluasa khususnya melibatkan golongan muda serta mempertingkatkan kesedaran jenayah kewangan dalam kalangan generasi muda.


#997

Photos from National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official's post 21/04/2026

KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KIARA) MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA 2026

CYBERJAYA, 18 April 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah dijemput sebagai pempamer oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku penganjur program sempena Karnival Integriti dan Antirasuah (KIARA) Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2026 di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dan penglibatan NFCC sebagai pempamer bagi memperkenalkan fungsi NFCC serta memberi pendedahan berkenaan talian pantas 997 kepada para pengunjung dan seramai 318 orang pengunjung telah melawat reruai NFCC bagi mendapatkan maklumat berkaitan jenayah penipuan dalam talian (online scam) serta peranan NSRC.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mahasiswa daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi mengenai pembudayaan integriti serta mempertingkatkan kesedaran berkaitan pencegahan rasuah dan jenayah kewangan dalam kalangan generasi muda.


#997

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2 Presint 2
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00