31/07/2025
๐ฒ๐พ Selamat Hari Pahlawan
10 Julai โ Mengingati Keberanian, Menghargai Pengorbanan
Hari ini, kita berdiri megah di bumi bertuah ini kerana keberanian para pahlawan yang sanggup berjuang demi kedaulatan negara. Pengorbanan mereka sama ada di medan perang, di barisan hadapan atau dalam diam menjadi tiang seri kepada keamanan yang kita kecapi hari ini.
Marilah kita terus memupuk semangat patriotisme, memperkukuh jati diri dan menyambung legasi perjuangan mereka dengan penuh rasa tanggungjawab.
Terima kasih, wira dan wirawati tanah air.
Jasamu tidak akan kami lupakan.
30/07/2025
Selain merasmikan Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) di Politeknik Balik Pulau pagi tadi, saya turut dibawa melawat dan merasmikan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV).
JRKV merupakan jabatan baharu yang mula ditawarkan di PBU dan mula beroperasi sejak dua semester yang lalu.
30/07/2025
Merasmikan Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I 2025/2026 Politeknik Balik Pulau (PBU), pagi tadi.
MTS ini diadakan khusus kepada pelajar baharu yang mendaftar di politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) sebagai minggu suai kenal kepada pelajar terhadap persekitaran kampus disamping dapat mengenali antara satu sama yang lain.
Hadir sama ialah YBrs. Ts. Jasni bin Mohd Yusoff, Pengarah PBU dan Encik Muhd Zaki bin Mustapha, Timbalan Pengarah, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Hampir 500 pelajar telah mendaftar di PBU dan sekaligus menjadikan PBU di antara POLYCC yang berjaya mencatat 100% pendaftaran pelajar bagi sesi kali ini.
Ketika berucap, saya menekankan bahawa JPPKK optimis dalam mencapai sasaran 32,000 pelajar baharu bagi sesi ini melihat kepada trend kemasukan semasa.
Saya turut menyerahkan dermasiswa dan bantuan kepada pelajar terpilih serta berpeluang menyaksikan Lafaz Ikrar Aku Janji oleh pelajar baharu.
Majlis tadi juga diadakan secara telesidang bersama POLYCC yang lain dan ini memberi peluang kepada saya untuk berinteraksi secara terus bersama pelajar dan warga POLYCC yang lain meskipun berada di lokasi masing-masing.
Tahniah dan selamat datang saya ucapkan kepada semua pelajar baharu ke POLYCC dan terima kasih kepada warga POLYCC yang telah bertungkus lumus dalam memastikan program MTS ini berjalan lancar.
30/07/2025
Satu lagi peristiwa penting tercatat apabila Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik TNB Electron dilancarkan secara rasminya semalam di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).
Pelancaran ini merupakan hasil kerjasama yang sangat baik antara PSAS dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pemasangan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik TNB Electron telah menjadikan PSAS sebagai politeknik yang pertama melaksanakan projek tersebut.
Dilengkapi pengecas pantas 120kW dwi-nozel, kemudahan ini boleh diakses 24 jam, lengkap dengan parkir EV dan pembayaran melalui mudah alih (mobile apps). Inisiatif ini dijangka bukan sahaja dapat memanfaatkan warga PSAS, malah turut memberi kemudahan kepada masyarakat setempat termasuk pengguna di lebuh raya berhampiran.
Usaha ini dilihat dapat menyokong hasrat Kerajaan dalam memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik (EV) serta memperkasa pendidikan TVET terutamanya dalam bidang teknologi hijau selain memperkukuh ekosistem latihan teknologi kenderaan elektrik di bawah inisiatif Polytechnic Centre of Technology Automotive and Manufacturing (POLCAM) PSAS.
Majlis ini turut dihadiri YBrs. Ir. Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Siam, Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB; YBrs. Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah PSAS; serta rakan industri dalam bidang teknologi automotif dan elektrik.
Turut berlangsung serentak semalam adalah Karnival Kenderaan Elektrik PSAS yang dianjurkan selama dua hari mulai 28 hingga 29 Julai 2025.
Tahniah PSAS atas kejayaan ini.
17/07/2025
Menghadiri Mesyuarat Eksekutif Majlis Penasihat Industri Politeknik (MPIP) 2025 di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), pagi tadi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datoโ Seri (Dr.) Michael Tio, Ketua Pegawai Eksekutif PKT Logistic.
Mesyuarat julung kalinya diadakan ini telah dihoskan oleh Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK). Seramai 20 orang wakil industri daripada pelbagai sektor seperti logistik, pembinaan, perbankan, perhotelan, minyak and gas, semi konduktor, digital, akreditasi dan lain-lain hadir pada mesyuarat ini.
Rakan industri yang hadir juga diberi ruang dan peluang untuk menyumbang cadangan bagi memperkukuhkan lagi kolaborasi antara JPPKK dan industri yang telah terjalin selama ini.
Menerusi platform ini juga, banyak input telah diterima daripada pihak industri, berkongsi berkenaan hala tuju pendidikan TVET terutama POLYCC serta cadangan penambahbaikan terhadap ekosistem sedia ada agar pendidikan TVET negara kekal relevan dan progresif.
17/07/2025
Petang semalam saya turut mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Hadir sama ialah Tuan Haji Rosli bin Idris, Pengarah POLIMAS.
Lawatan kerja ini bagi melihat projek-projek pembangunan usang di bawah Peruntukan Pembangunan (DE) yang dilaksanakan di POLIMAS. Pemantauan projek ini bertujuan untuk memastikan sebarang isu-isu pelaksanaan projek dapat diselesaikan dan projek dapat disiapkan.
Bagi projek yang diluluskan di bawah Inisiatif Belanjawan 2025 iaitu peruntukan Penyelenggaraan Fasiliti Jabatan Pendidikan Politeknik Kolej Komuniti (JPPKK) tahun 2025 (Usang RP5), sebanyak RM41.6 juta telah diperuntukkan kepada JPPKK untuk disalurkan kepada 127 politeknik dan kolej komuniti.
RM22.8 juta telah diagihkan kepada 35 buah politeknik manakala sebanyak RM18.7 juta p**a diagihkan kepada 91 kolej komuniti. Saya juga dimaklumkan sehingga kini, sejumlah RM11. 9 juta juga telah dibelanjakan melibatkan 351 projek daripada 687 projek di POLYCC.
Berita baik juga iaitu pada tahun ini JPPKK telah berjaya menerima peruntukan sebanyak RM5 juta bagi menaik taraf kemudahan mesra OKU. Sebanyak 66 POLYCC bakal memanfaatkan peruntukan ini bagi menambah baik kemudahan OKU di POLYCC.
POLIMAS telah diluluskan peruntukan usang secara keseluruhan berjumlah RM880,000 bagi melaksanakan 12 projek. Bagi peruntukan di bawah OKU, POLIMAS menerima RM62,000 melibatkan 2 projek. Saya berharap agar pasukan POLIMAS komited dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dan perbelanjaan dapat dilaksanakan secara maksimum demi kesejahteraan pendidikan tinggi negara.
16/07/2025
Meraikan seramai ๐๐๐ ๐ ๐ซ๐๐๐ฎ๐๐ง yang hadir dari lima (5) buah Kolej Komuniti ๐๐๐ง๐๐๐ซ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฅ๐๐ฆ๐๐ง, ๐๐ข๐ค, ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ, ๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐๐ฉ ๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ข๐ง๐ pada ๐๐ข๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐ Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Kedah 2025 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (POLIMAS).
Turut bersama ialah Ir. Ts. Aishamuddin bin Yaakob, Pengarah Kolej Komuniti Padang Terap (KKPT) merangkap Pengerusi Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Kedah 2025.
Beberapa anugerah khas turut disampaikan kepada graduan cemerlang.
Konvokesyen ini bukan sekadar simbol tamat pengajian, tetapi detik permulaan perjalanan baharu dalam dunia kerjaya dan kehidupan.
Tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian dan melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan.
Anda adalah nadi masa depan negara!