Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia

Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia

Share

Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT), PLANMalaysia

Photos from Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia's post 13/05/2026

๐ŸŒณ ๐‡๐”๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€, ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐ŸŒณ

Adakah anda mempunyai pandangan mengenai pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar di kawasan HS Raja Musa โ€“ HS Bukit Tarek โ€“ HS Gading?
Kini tiba masanya untuk suara anda didengari! ๐Ÿ“ขโœจ

๐Ÿ“Œ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐”๐๐‹๐ˆ๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐€๐–๐€๐‹
Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) HS Raja Musa โ€“ HS Bukit Tarek โ€“ HS Gading (B-SL1) Selangor Darul Ehsan

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿ“ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Kajian ini dilaksanakan bagi memastikan pembangunan yang lebih terancang, mampan dan seimbang selaras dengan usaha memelihara khazanah alam semula jadi ๐ŸŒฟ๐Ÿ˜๐ŸŒ

๐Ÿ’ฌ ๐Š๐š๐ฆ๐ข ๐ข๐ง๐ ๐ข๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง:
โœ… Pandangan dan maklum balas anda
โœ… Cadangan penambahbaikan
โœ… Perkongsian isu serta keperluan komuniti setempat

๐Ÿ“ฒ ๐’๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข ๐ฌ๐จ๐š๐ฅ ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ :

๐Ÿ“Œ Borang soal selidik awam
๐Ÿ”— https://shorturl.at/QUWWA
๐Ÿ“Œ Borang soal selidik agensi
๐Ÿ”— https://shorturl.at/4yUP7

๐ŸŽฅ ๐“๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ ๐๐ข๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง:

๐Ÿ“Œ Video penerangan kajian
๐Ÿ”— https://shorturl.at/OsVEK

โ€œSetiap pandangan hari ini mampu mencorakkan masa depan alam sekitar untuk generasi akan datang.โ€ ๐ŸŒฑ
Ayuh bersama-sama menjadi sebahagian daripada perancangan masa depan negara am dan khususnya Selangor ๐Ÿคโœจ

Photos from Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia's post 13/05/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐“๐€ ๐†๐ˆ๐’ ๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐๐‰๐”๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ’๐ŸŽ (๐๐„๐๐†๐†๐€๐๐“๐ˆ๐€๐)

๐Ÿ“ ๐ˆ๐ฉ๐จ๐ก | ๐Ÿ– ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Telah berlangsung sesi perbincangan penyelarasan pangkalan data GIS bagi Kajian Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2040 (Penggantian) yang melibatkan PerakGIS, PLANMalaysia Perak, pihak perunding, PBT, BMGN serta PPZT (URP1 dan UPMP).

Sesi yang dipengerusikan oleh Pengurus Projek, Puan Norhasrin binti Abdullah ini diadakan bagi menyelaras serta memperkukuhkan pengurusan data GIS bersama agensi teknikal yang terlibat. Penyelarasan ini penting bagi memastikan data yang digunakan dalam kajian RTD Manjung 2040 (Penggantian) adalah lengkap, tepat, komprehensif dan selaras dengan RSN Perak 2040 (Kajian Semula).

Selain menjadi rujukan utama dalam pelaksanaan kajian, pangkalan data GIS yang tersusun juga akan membantu proses perancangan dan pembuatan keputusan secara lebih efisien, khususnya di peringkat PBT dan Kerajaan Negeri pada masa hadapan.

Semoga kerjasama dan komitmen semua pihak terus diperkukuh demi merealisasikan perancangan pembangunan Daerah Manjung yang holistik, mampan dan berdaya saing.







Photos from Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia's post 13/05/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š๐€๐‹ ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐๐‰๐”๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ’๐ŸŽ (๐๐„๐๐†๐†๐€๐๐“๐ˆ๐€๐)

๐Ÿ“ ๐ˆ๐ฉ๐จ๐ก | ๐Ÿ• ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Bil. 1/2026 bagi Kajian Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2040 (Penggantian) telah diadakan bagi membincangkan dan mempertimbangkan Draf Laporan Pendekatan Kajian (LPK) yang dibentangkan oleh pihak perunding, Rekarancang Sdn. Bhd.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah PLANMalaysia Perak, Datoโ€™ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain dengan memberi penekanan kepada semakan skop kajian, metodologi, analisis serta penyelarasan input teknikal daripada jabatan dan agensi berkaitan. Perbincangan ini penting bagi memastikan laporan yang disediakan lebih menyeluruh, berkualiti serta memenuhi keperluan kajian sebelum memasuki peringkat seterusnya.

Turut hadir ialah wakil jabatan dan agensi teknikal di peringkat negeri dan daerah termasuk PPZT, PTG Perak, MPM, PDT Manjung, JKR, JPS, JAS, JUPEM, agensi utiliti, badan keselamatan serta agensi berkaitan lain. Kehadiran dan komitmen semua pihak mencerminkan kerjasama erat dalam menjayakan penyediaan RTD Manjung 2040 (Penggantian) secara lebih holistik dan berimpak tinggi.

Semoga usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak dapat memastikan kajian ini berjalan lancar demi perancangan pembangunan Daerah Manjung yang mampan, terancang dan berdaya saing pada masa hadapan.






Photos from Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia's post 07/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐‘๐ˆ๐„๐… ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“๐€๐ ๐’๐„๐๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐Ÿ“ (๐๐„๐๐†๐†๐€๐๐“๐ˆ๐€๐)

๐’๐„๐๐€๐๐†, ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Lawatan tapak Brief Projek bagi Rancangan Tempatan Sepang 2035 (Penggantian) telah dilaksanakan di sekitar Sepang dan Cyberjaya. Lawatan ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian tapak serta memperincikan lima (5) cadangan projek yang telah dirangka.

Hasil daripada lawatan ini, sebanyak tiga (3) daripada lima (5) cadangan projek telah dipersetujui dengan beberapa penambahbaikan. Manakala dua (2) cadangan projek telah dipinda ke lokasi tapak lain dengan menggunapakai komponen cadangan sedia ada bagi memastikan kesesuaian perancangan dan pelaksanaan.

Lawatan tapak ini telah disertai oleh Pengarah Bahagian Taman, Jabatan Landskap Negara, Pengurus Projek URP1 Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT), wakil PLANMalaysia Selangor, wakil Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Pihak pasukan kajian merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan ya lawatan tapak ini.



07/05/2026

Melestari masa depan Sepang yang lebih hijau dan inklusif. Berikut adalah rangkuman lawatan tapak bagi penyediaan brief projek RT Sepang 2035 (penggantian) selaras dengan matlamat SDG 11: Bandar & Komuniti Mampan.



Photos from Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia's post 29/04/2026

๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐‘๐€๐… ๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐๐‰๐”๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ’๐ŸŽ (๐๐„๐๐†๐†๐€๐๐“๐ˆ๐€๐)

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐๐‰๐”๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ’๐ŸŽ (๐๐„๐๐†๐†๐€๐๐“๐ˆ๐€๐)

Putrajaya, 28 April 2026 โ€“ Mesyuarat Pasukan Kajian Bil. 2/2026 telah diadakan bagi membentangkan dan menyemak Draf Laporan Pendekatan Kajian (LPK) serta Draf Laporan Pangkalan Data GIS sebagai persediaan ke Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal (JPT).

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah, Dr. Chua Rhan See yang dalam ucapannya menekankan kepentingan komitmen penuh pihak perunding sepanjang tempoh kajian, termasuk pematuhan kepada keperluan kontrak, ketepatan masa penyerahan laporan serta kehadiran mesyuarat.

Perbincangan turut memberi fokus kepada penambahbaikan kandungan laporan terutamanya dari aspek skop kajian, metodologi dan analisis agar lebih terperinci dan tersusun. Selain itu, aspek pengurusan data GIS juga ditekankan supaya selaras dengan piawaian dan keperluan semasa.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pasukan perunding serta wakil agensi teknikal berkaitan termasuk URP1, PLANMalaysia Perak, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), PTD Manjung, PTG Perak, UPEN Perak, BMGN dan UPMP.

Diharapkan kajian ini dapat dilaksanakan secara teratur, berdisiplin dan mencapai objektif perancangan yang holistik serta berimpak tinggi kepada pembangunan Daerah Manjung.



23/04/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐ˆ๐‚๐Š ๐Ž๐…๐… ๐๐„๐๐†๐„๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐”๐๐ƒ๐ˆ๐๐† ๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ (๐‘๐“๐ƒ) ๐Œ๐€๐๐‰๐”๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ’๐ŸŽ (๐๐„๐๐†๐†๐€๐๐“๐ˆ๐€๐) ๐Š๐„ ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐‚๐€๐๐€๐ˆ ๐’๐“๐€๐“๐”๐’ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐‰๐„๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐ŸŽ.






Photos from Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia's post 22/04/2026

๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ (๐—ฅ๐—ž๐—ž) ๐—˜๐—ž๐—ข ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฅ

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ข๐œ๐ค-๐จ๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฌ (๐‘๐Š๐Š) ๐„๐ค๐จ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‹๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ซ

Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya pada 21 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Cassia Biflora, Majlis Daerah Kampar.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Chua Ran See, Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT) turut dihadiri Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, serta wakil dari agensi di peringkat negeri dan daerah termasuk PLANMalaysia Perak, JPS, JKR, JKOA, Tourism Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar serta Unit Penyelarasan Projek PLANMalaysia.

Mesyuarat menandakan bermulanya secara rasmi kajian RKK yang akan dilaksanakan secara komprehensif selama 6 bulan dengan fokus mencari penyelesaian kepada isu-isu berkaitan aktiviti eko pelancongan di kawasan Kampar. Mesyuarat juga memperkenalkan pihak perunding yang telah dilantik bagi menjalankan kajian ini iaitu SS Planning Group Sdn. Bhd.

Pada sebelah petang, sesi diteruskan dengan lawatan tapak ke beberapa lokasi eko pelancongan sebagai tinjauan awal keadaan semasa di lapangan.

Pihak PLANMalaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Daerah Kampar dan semua pihak yang telah memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan kajian RKK ini.

Photos from Majlis Perbandaran Manjung's post 22/04/2026
Photos from Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia's post 17/04/2026

๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐‘๐€๐… ๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐๐‰๐”๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ’๐ŸŽ (๐๐„๐๐†๐†๐€๐๐“๐ˆ๐€๐)

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐๐ข๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ž๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง)

Putrajaya, 16 April 2026 โ€“ Mesyuarat Pengenalan Perunding dan Mesyuarat Pasukan Kajian Bil. 2/2026 bagi Laporan Pendekatan Kajian untuk Draf Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2040 (Penggantian) telah berjaya dilaksanakan.

Reka Rancang Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai perunding bagi melaksanakan kajian ini dalam tempoh 12 bulan, diketuai oleh TPr Nik Muhamad Ruiz Razi.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Chua Rhan See, Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah, dan dimulakan dengan pembentangan oleh pihak perunding. Seterusnya, Taklimat Terma Rujukan telah disampaikan oleh Pengurus Projek, Puan Norhasrin binti Abdullah.

Turut diadakan ialah:
โ€ข Taklimat Pengurusan Data Spatial oleh En. Mohd Nazri Sahat (BMGN)
โ€ข Taklimat Penambahbaikan Pentadbiran Kontrak dan Pengurusan Kewangan Projek oleh Cik Manisah Yaacob (UPP)

Mesyuarat ini turut menekankan hala tuju Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebagai pemacu transformasi ekonomi dan kesejahteraan Negeri Perak melalui pembangunan mampan, perancangan strategik serta pemerkasaan infrastruktur dan komuniti.

Mesyuarat telah dihadiri oleh pasukan perunding serta wakil agensi berkaitan termasuk URP1, PLANMalaysia Perak, MPM, PTD Manjung, PTG Negeri, UPEN Negeri, BMGN dan UPP.

Diharapkan kajian ini dapat mencapai matlamat perancangan yang holistik dan berimpak tinggi.



17/04/2026

TAHNIAH DATO'! ๐Ÿ’

Kami di PPZT tumpang bangga atas pelantikan YBhg. Dato' TPr Gs. Rozita Binti Hamit sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia yang baharu, berkuat kuasa 17 April 2026.

Selamat maju jaya dalam menggalas tanggungjawab baharu ini. Semoga terus cemerlang dalam menerajui agenda perancangan negara ke arah "Beyond Conventional".

Tulus Ikhlas daripada:
Pengarah & Warga PPZT.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Aras 4 & 5, Blok F5, Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62675

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00