Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, Government Organization, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

14/05/2026

Komitmen Berterusan: Memacu Kesejahteraan Desa Menerusi Kampung Angkat MADANI 🇲🇾

Inisiatif Kampung Angkat MADANI merupakan satu langkah proaktif yang wajar disokong penuh bagi memastikan tiada kawasan yang dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.🏚️

Daripada 4️⃣3️⃣buah kampung pada tahun 2024, inisiatif ini kini diperluas untuk menyantuni 2️⃣1️⃣9️⃣ kampung pada 2025, dengan sasaran yang lebih menyeluruh merangkumi 5️⃣0️⃣0️⃣ buah kampung menjelang 2026.

Melalui peruntukan sedia ada Kerajaan, penambahbaikan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, kemudahan elektrik, jalan raya, kemudahan masyarakat, serta capaian internet kini giat dilaksanakan.

Usaha berterusan Kerajaan ini amat dihargai kerana ia memberi impak langsung dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk kampung.

Semoga kelangsungan agenda Kerajaan MADANI ini terus berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.





14/05/2026

Melalui pendekatan whole-of-government, Kampung Angkat MADANI dalam pelaksanaan di peringkat akar umbi dalam memastikan keperluan rakyat bandar-desa dapat dirasai dengan lebih cepat, tersusun dan menyeluruh.

Kerjasama ini menjadi pemangkin kepada kesejahteraan komuniti serta merealisasikan hasrat rakyat secara berterusan 🌱





14/05/2026

✨ ICU JPM Sabah terus komited turun padang demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Lawatan rasmi ke Kampung Tambulion Ulu dilaksanakan bagi mengemaskini data eKasih serta mengurus permohonan PADANS, sekali gus memastikan bantuan kerajaan disalurkan secara tepat kepada golongan miskin dan miskin tegar yang benar-benar layak.

Usaha ini diharap dapat memperkukuh penyelarasan maklumat, meningkatkan keberkesanan penyampaian bantuan serta memudahkan urusan rakyat di peringkat komuniti. Syabas kepada ICU JPM Sabah dan semua pihak yang terlibat atas komitmen berterusan demi kesejahteraan rakyat. 🤝




Photos from Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM's post 14/05/2026

ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang telah menghadiri Program Fiesta Komuniti Sungai @ Pengkalan Machang 2026 yang berlangsung di Jeti Nelayan Pengkalan Machang, Sungai Dua, Seberang Perai Utara.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Iqbal Mohd Noor, Pengarah ICU JPM Pulau Pinang.

Program ini menjadi platform memperkukuh kerjasama strategik antara komuniti, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam memperkasa pembangunan ekonomi setempat khususnya melalui sektor agropelancongan dan keusahawanan komuniti.

Pelbagai pengisian menarik turut diadakan termasuk jualan Agro MADANI, reruai usahawan, pertandingan komuniti serta aktiviti Boat Cruise yang memberi peluang kepada pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi di sepanjang Sungai Perai 🚤🌿

Penganjuran program seperti ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan komuniti luar bandar secara inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat.

Sumber Asal : LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG




13/05/2026

Kampung Angkat MADANI membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan desa.

Inisiatif ini memberi manfaat langsung kepada komuniti melalui penambahbaikan infrastruktur asas, pengukuhan kemudahan awam serta pembangunan sosial yang lebih menyeluruh menerusi konsep whole of govermen. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa kesejahteraan rakyat desa terus diberi keutamaan demi membina komuniti yang lebih mampan, inklusif dan berdaya maju.





13/05/2026

✨ Satu lagi manfaat buat penduduk kampung menerusi Program Kampung Angkat MADANI 🏡

Sejak diperkenalkan dalam Belanjawan 2024, usaha ini terus diperkasa dari tahun ke tahun bagi memastikan lebih banyak komuniti menerima manfaat pembangunan, kesejahteraan dan kemudahan yang lebih baik.

Tonton Podcast Episod 5: Kampung Angkat MADANI
💽YouTube ICUJPM TV
🔗 https://youtu.be/YpAWvD456hM

Ikuti siaran harian kami untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini Kampung Angkat MADANI.





Photos from Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM's post 13/05/2026

Prihatin terhadap kesejahteraan rakyat, Pasukan Penyelaras PMX, ICU JPM Terengganu melalui Seksyen Kesejahteraan Rakyat telah turun padang ke beberapa lokasi sekitar daerah Setiu bagi meneliti keperluan rakyat dan mengenal pasti bantuan yang bersesuaian kepada golongan memerlukan.

Turut disampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kesejahteraan masyarakat.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk JKM, MAIDAM, PERKESO, penghulu mukim serta pemimpin masyarakat setempat bagi memastikan bantuan dapat diselaras secara lebih pantas, efektif dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

ICU JPM Terengganu




13/05/2026

DENGARKAN -
PODCAST : SENTUHAN RAKYAT -"CERITA SEBALIK TABIR"

EPISOD 5 : KAMPUNG ANGKAT MADANI

13/05/2026

Hidup bukan sekadar bergerak dari satu fasa ke fasa lain tapi proses kita cari ruang untuk terus tumbuh dan mengakar dalam diri sendiri 🌱

Ada masa kita kena berani keluar dari zon selesa, cuba benda baru, belajar dari jatuh bangun dan buka peluang untuk berkembang …. itu semua titik tumbuh kita

Dalam masa yang sama kita juga perlu mengakar pegang kuat jati diri, nilai dan prinsip supaya tak mudah goyah bila hidup jadi tak tentu arah

Bila kita tahu bila nak tumbuh dan bila nak mengakar di situlah kita belajar untuk benar-benar kuat dalam perjalanan hidup.

Tumbuh dan mengakar cari cahaya, jangan dibiarkan tanaman dipijak perosak🚶🏻‍♂️‍➡️🪴




12/05/2026

✨ Setiap inisiatif pasti ada cabaran, tapi dengan kerjasama yang kuat dan pemantauan yang baik, setiap halangan boleh diurus sebaiknya 🤝

Cakna MADANI menuntut komitmen semua pihak agar pelaksanaan berjalan lancar dan manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat 🌱





12/05/2026

Program Kampung Angkat MADANI bukan sekadar program simbolik atau sementara tapi pendekatan menyeluruh yang betul betul turun ke akar umbi untuk bantu rakyat.

Melalui konsep whole of government, pelbagai kementerian dan agensi digerakkan bersama supaya isu komuniti dapat diselesaikan dengan lebih cepat, tersusun dan berkesan tanpa bergerak sendiri.

Fokusnya jelas apa yang rosak dibaiki, apa yang kurang ditambah baik, dan apa yang boleh diperkasa terus digerakkan. Dari infrastruktur kampung, kemudahan awam sampai sokongan pendidikan dan komuniti semua diberi perhatian

Di Kampung Guar Petai, peruntukan RM500,000 disalurkan untuk naik taraf jalan, baik pulih rumah usang, keceriaan masjid dan kemudahan awam. SK Padang Menora p**a terima RM100,000 untuk baik pulih dan naik taraf fasiliti sekolah termasuk pejabat, bilik guru dan tandas murid.

Nilai yang dibawa jelas kecekapan, tanggungjawab, keprihatinan dan fokus kepada kesejahteraan rakyat. Bukan sekadar hasil atas kertas tapi impak yang rakyat boleh rasa dalam hidup seharian.

Sumber: BERNAMA





Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62502