19/10/2026
ZAKAT KORPORAT KUMPULAN FELDA 2026: RM10.9 JUTA UNTUK UMMAH
Majlis Zakat Korporat Kumpulan FELDA 2026 telah berlangsung pada 19 Oktober 2026 bertempat di Menara FELDA, Kuala Lumpur, sebagai tanda komitmen syarikat dan koperasi di bawah Kumpulan FELDA dalam menunaikan zakat perniagaan.
Majlis ini turut menyaksikan penyerahan zakat perniagaan Kumpulan FELDA kepada PPZ-MAIWP sambil disaksikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP serta barisan kepimpinan PPZ-MAIWP dan Kumpulan FELDA.
Bagi tahun 2026, jumlah keseluruhan bayaran zakat perniagaan Kumpulan FELDA kepada PPZ-MAIWP mencatatkan sebanyak RM10,931,988.45, mencerminkan komitmen berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab zakat.
Penganjuran majlis ini turut memperkukuh kerjasama strategik antara PPZ-MAIWP dan Kumpulan FELDA dalam memperkasakan agenda kebajikan, pembangunan ummah serta pemerkasaan institusi zakat demi kesejahteraan masyarakat.
Semoga komitmen ini terus menjadi inspirasi kepada sektor korporat untuk menunaikan zakat dan bersama-sama menyumbang kepada pembangunan ummah.