Perikatan Nasional - The Alliance Party

Perikatan Nasional - The Alliance Party

Share

New National Alliance Of Malaysia Political Party

Photos from Perikatan Nasional - The Alliance Party's post 25/08/2023

Jemput semua warga negeri perak datang ke aeon big falim bermula jam 8 pagi hingga jam 7 petang . Jom jom jom ..

17/10/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada yang berkenaan,

Bila mana negara telah di timpa dan akan juga barangkali di landa musibah , hanya mencadangkan atau beri pendapat sebagai warganegara dan juga sebagai pengundi, kempen pilihanraya yang bakal di adakan November ini dimansuhkan segala jenis bahan iklan , cetakan , poster , bendera , ceramah berkenaan parti atau calon yang bertanding bagi pengalihan atau penjimatan perbelanjaan tersebut kepada keperluan keperluan bantuan kecemasan atau segala jenis bantuan yang diperlukan dalam negara atau membantu MELUNASKAN HUTANG NEGARA SEDIA ADA .

Sebagai pengundi saya tidak memerlukan segala bentuk promosi dari mana mana parti Dan saya juga mengenali setiap wakil rakyat di kawasan saya yang mana satu baik atau tidak untuk saya pilih . Saya tidak memerlukan apa apa hasutan , nasihat atau cadangan tentang perbandingan wakil wakil rakyat , saya dah mengenali mereka di media sosial .

Pemimpin yang JUJUR , AMANAH dan BERTANGGUNGJAWAB pasti dikenali Dan akan menjadi pilihan masyarakat di kawasan masing masing kecuali yang berbohong dan mengkhianati bangsa , agama dan negara .

Demi Allah S.W.T & Demi Rasulullah S.A.W

ADAM FIRDAUS BIN ABDUL RAZAK

CC : Najib Razak Muhyiddin Yassin Ismail Sabri Yaakob YB Syed Saddiq Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

03/03/2020
02/03/2020

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini.

Beliau memasuki Perdana Putra di sini, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, tepat pukul 8.00 pagi bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai perdana menteri.

Muhyiddin disambut Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali ketika tiba di Perdana Putra sebelum dibawa ke aras 5, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri.

Sebelum memasuki pejabat, Muhyiddin mengimbas kad perakam waktu dan mengaminkan bacaan doa.

Selepas memasuki pejabatnya, beliau menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara semalam (1 Mac).

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Pada hari pertamanya, Muhyiddin mempunyai jadual temujanji dengan Mohd Zuki, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Keputusan Agong lantik Muhyiddin muktamad, tidak boleh diubah 29/02/2020

http://lm.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fcempedakcheese.com%2Fkeputusan-agong-lantik-muhyiddin-muktamad-tidak-boleh-diubah%2F&h=AT2iahii0rLOJ2niqNPIf0HULZw86nAQnslOUxUKpHFCMlfbsp_TRyhwwE4pZDqxGuT6bzxrSj4B3ePUhINiyMaBph4xZPU1Rcx_keaaJ-5VsY7r695TAyvnNzgQj7MhKeg&s=1

Keputusan Agong lantik Muhyiddin muktamad, tidak boleh diubah KUALA LUMPUR - Sebarang dokumen sokongan akuan bersumpah (SD) yang dikeluarkan selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan tidak boleh mengubah keputusan asal baginda. Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata dalam perki...

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Putrajaya