28/04/2026
๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ฎ๐ญ ๐๐ข๐ซ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-92 telah diadakan di Dewan Trisakti pada 28 Apr 26 yang telah dihadiri oleh Laksamana Pertama Mohd Shariman bin Ishak, Komandan MPAT serta Ahli Fakulti. Acara telah dimulakan dengan taklimat sejarah penubuhan TLDM, tayangan montage dan demonstrasi tiupan Boatswain Call. Acara diteruskan dengan upacara pemotongan kek, penyampaian cenderamata dari Peserta Kursus TLDM kepada Komandan dan Ahli Fakulti. Majlis diakhiri dengan solat hajat dan tahlil di Surau Al-Mumtaz, PUSPAHANAS bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-92, Peperiksaan Semester 1 Kohort 46/2026 pada 4-8 Mei 26 dan lawatan Kajian Medan Luar Rantau ke Itali serta Netherland pada 11-25 Mei 26.
24/04/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐
24 Apr 26 โ Majlis Serah Terima Tugas bagi Kompeni Sarjan Mejar (KSM), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera telah berlangsung di Bilik Mesyuarat MPAT.
Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas daripada PW II Mohd Shahrulrizal bin Abd Majid kepada Staf Sarjan Mohamad Shawal bin Kassim dan telah disaksikan oleh Ketua Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa (KEPSHA) MPAT, Kolonel Ahmad Zamil bin Mohamad Nor.
Staf Sarjan Mohamad Shawal bin Kasim secara rasmi telah mengambil alih jawatan KSM, manakala PW II Mohd Shahrulrizal bin Abd Majid akan mengambil alih jawatan Penyelia Geospatial di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PW II Mohd Shahrulrizal bin Abd Majid atas khidmat bakti dan sumbangan cemerlang sepanjang tempoh 2 tahun 8 hari beliau berkhidmat di MPAT. Semoga beliau terus jaya ditempat baharu.
20/04/2026
๐๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ฎ๐ซ๐๐ฅ ๐๐ข๐ ๐ก๐ญ ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐๐ ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ๐ญ ๐๐/๐๐๐๐
18 Apr 26 - Cultural Night MPAT Kohort 46/2026 telah diadakan di Pavilion, MPAT. Majlis telah dirasmikan oleh Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Shariman bin Ishak dengan meletupkan meriam dan pertunjukan bunga api. Majlis turut disertai oleh pasangan masingยฒ yang menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan suasana malam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri juga turut diadakan semasa majlis ini. Pelbagai gerai makanan dari Malaysia, Borneo, Arab Saudi, China, India, Indonesia, Oman, Turkiyรจ, Thailand dan United States of America telah dipertontonkan serta dibuka untuk hidangan. Majlis diserikan dengan persembahan oleh BAKES TLDM, persembahan setiap sindiket, individu dan diakhiri dengan penyampaian hadiah. Tahniah dan syabas diucapkan buat semua PK MPAT Kohort 46/2026 diatas kejayaan menganjurkan majlis ini.
19/04/2026
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฌ๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง "๐
๐ข๐ญ ๐๐จ ๐
๐๐๐ฎ๐ฅ๐จ๐ฎ๐ฌ" ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ๐ญ ๐๐/๐๐๐๐
Pada 18 Apr 26, Sindiket 1 BAKAT MPAT Kohort 46/2026 telah menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan "Fit to Fabulous". Program dirasmikan oleh Pengerusi BAKAT MPAT, Puan Alisham binti Hj Mohd Ali. Program dimulakan dengan sesi Senamrobik dan Zumba yang dikendalikan oleh Zin Aizuma.
Sesi seterusnya merupakan Ceramah "Love Yourself Better, Navigasi Kesihatan Wanita Moden" oleh Dr Erni Zurina binti Romli, Pegawai Perubatan. Sesi diteruskan dengan Ceramah Pemakanan "Dilema : Ditelan mati emak, diluah mati lah nak" dikendalikan oleh Puan Mariati binti Muslin, Pegawai Sains Pemakanan. Kedua-dua sesi ceramah berkaitan dengan gaya hidup sihat dan kepentingan penjagaan kesihatan diri.
Program diteruskan lagi dengan Pertandingan Bento: Love in a Lunchbox dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan penutupan oleh Pengerusi BAKAT MPAT.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sindiket 1 BAKAT MPAT Kohort 46/2026 kerana telah menganjurkan program dengan jayanya.
03/04/2026
๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฏ๐ข๐ฌ๐จ๐ซ ๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐๐ฅ๐ข๐ ๐ค๐ ๐๐ญ๐๐ฌ ๐๐จ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ง ๐๐๐ค๐ญ๐๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ก๐๐ง๐๐ง ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐.
2 Apr 26 โ Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Shariman bin Ishak telah menerima Kunjungan Hormat dari Defence Advisor the Australia High Commission di Malaysia, Group Captain Belinda Edmunds di Nilai Springs Hotel, Negeri Sembilan, semasa Research Project Colloquium Kohort 46/26 sedang dilaksanakan.
Kunjungan tersebut adalah antara rangkaian aktiviti beliau yang baru mengambilalih tugas sebagai DA Australia di Malaysia. Antara perkara yang dibincang ialah lawatan Regional Field Study oleh MPAT ke Australia pada bulan Ogos, MOU antara PUSPAHANAS dengan Australia Defence College ( 5 Years Plan) dan hal-hal lain berkaitan hubungan ketenteraan dua hala Malaysia-Australia.
02/04/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
1 Apr 26 โ Majlis Serah Terima Tugas bagi Staf Juruarah Udara (SJ Udara), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera telah berlangsung di Nilai Springs Hotel sempena dengan aktiviti Research Project Colloquium Cohort 46/26.
Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas antara Kolonel Anuar bin Che Mi TUDM dengan Kolonel Mohd Khairudin bin Malek TUDM dan telah disaksikan oleh Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Shariman bin Ishak.
Kolonel Khairudin TUDM yang sebelum ini memegang jawatan PS 1 Pembangunan Latihan MPAT mengambil alih jawatan SJ Udara, manakala Kolonel Anuar TUDM bertukar keluar sebagai Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Subang.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kol Anuar bin Che Mi TUDM atas khidmat bakti dan sumbangan cemerlang sepanjang tempoh 1 tahun 2 bulan beliau berkhidmat di MPAT. Semoga beliau terus jaya ditempat baharu.
19/03/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐.
16 Mac 26 โ Majlis Serah Terima Tugas bagi Ketua Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa (KEPSHA), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera telah berlangsung di Dewan Trisakti, MPAT.
Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas daripada Brigedier Jeneral Megat Maz Ardi bin Hj Nohuddin kepada Kolonel Ahmad Zamil bin Mohamad Nor dan telah disaksikan oleh Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Shariman bin Ishak.
Kolonel Ahmad Zamil bin Mohamad Nor secara rasmi telah mengambil alih jawatan KEPSHA, manakala Brigedier Jeneral Megat Maz Ardi bin Hj Nohuddin akan mengambil alih jawatan Komander di Markas Angkatan Tugas Bersama 2.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Brigedier Jeneral Megat Maz Ardi bin Hj Nohuddin atas khidmat bakti dan sumbangan cemerlang sepanjang tempoh 2 tahun 1 bulan beliau berkhidmat di MPAT. Semoga beliau terus jaya ditempat baharu.
12/03/2026
๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐จ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ง ๐๐๐ค๐ญ๐๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ก๐๐ง๐๐ง ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐ค๐ ๐๐ญ๐๐ฌ ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง (๐๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ง) ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ข๐ซ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
11 Mac 26 โ Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Shariman bin Ishak telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Marzukhi bin Mohd Mokhtar di Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman.
Kunjungan Hormat ini dilaksanakan bertujuan untuk mengukuhkan kolaborasi diantara Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab PDRM. Kerjasama diantara kedua Maktab ini diyakini akan memberikan impak yang positif dan manfaat jangka panjang kepada kedua-dua pihak dalam membentuk generasi pemimpin masa depan yang lebih berdaya saing dan mempunyai pemahaman mendalam terhadap cabaran global yang semakin kompleks.
11/03/2026
๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐จ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ง ๐๐๐ค๐ญ๐๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ก๐๐ง๐๐ง ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ฆ๐๐๐ฌ๐ฌ๐๐๐จ๐ซ ๐จ๐ ๐ญ๐ก๐ ๐๐๐ญ๐ก๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐๐ฌ ๐ญ๐จ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
10 Mac 26 โ Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Shariman bin Ishak telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Ambassador of the Netherlands to Malaysia, His Excellency Ambassador Jacques Werner di Embassy of the Kingdom of the Netherlands in Malaysia.
Kunjungan Hormat ini juga sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang keselamatan dan pertahanan, khususnya dalam aspek pendidikan serta kajian strategik pertahanan.
Selain itu, perbincangan yang diadakan turut menyentuh mengenai perancangan lawatan delegasi MPAT ke Belanda sebagai platform untuk memperluaskan jaringan kerjasama, perkongsian pandangan strategik serta pertukaran pengalaman antara kedua-dua pihak.
MPAT amat menghargai komitmen Kedutaan Kerajaan Belanda dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara Malaysia dan Belanda, selaras dengan usaha bersama dalam menyokong keamanan dan kestabilan di peringkat serantau dan antarabangsa.
11/03/2026
๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐จ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ง ๐๐๐ค๐ญ๐๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ก๐๐ง๐๐ง ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ค๐ซ๐๐ญ๐๐ซ๐ข๐๐ญ ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ - ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ซ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข
3 Mac 26 โ Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Shariman bin Ishak telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Timbalan Ketua Pengarah Kanan Sekretariat Kebangsaan ASEAN - Malaysia (AMNS) Kementerian Luar Negeri, Dato' Mohd Suhaimi bin Jaafar di pejabat beliau.
Kunjungan Hormat ini dilaksanakan bagi memperkukuh hubungan profesional dan kerjasama antara agensi selain bagi mendapatkan pandangan kepimpinan kanan berkaitan hala tuju diplomasi Malaysia dalam fasa pasca-kepengerusian.
Kunjungan ini juga dilaksanakan bagi memberikan penerangan ringkas berhubung pelaksanaan sesi Diners' Club yang dirancang termasuk tema dan skop perbincangan. Sesi Diners' Club ini akan menjadi platform wacana strategik bagi membincangkan peranan Malaysia dalam membentuk masa depan ASEAN dalam persekitaran geopolitik yang semakin kompleks dan kompetitif.