01/03/2022
Selamat Memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj.
Sebuah perjalanan suci yang terlalu banyak ibrahnya. Marilah kita berazam untuk memelihara dan menunaikan sebaik mungkin ibadah solat kita.
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
سورة الإسراء :1
27 Rejab 1443H
25/08/2021
✨Penghayatan dan makna hijrah?
✨Bagaimana hendak mengejar barakah dan mensyukuri nikmat dalam melaksanakan pekerjaan seharian
🛋Ikuti perkongsian dan kupasannya dalam Program Wacana Integriti Sempena Maal Hijrah @ FB Biro Agama KSKWP pada 26 Ogos 2021 (Khamis) ini jam 3.00petang dengan topik "Barakah dan Konsep Syukur Dalam Pekerjaan "
📡🖥📺Bersama
👨💼 Penceramah:-
Ustaz Abdul Hadi Ab Rahman
Pegawai Hal Ehwal Islam,
Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy,
Bank Islam Malaysia
🖥📲Ikuti kami (FB Live) Biro Agama KSKWP
09/08/2021
DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH
Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1 Muharram 1443H. Mari kita mengakhiri hujung tahun ini dengan doa.
🤲 Doa Akhir Tahun (1442H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib/ dalam waktu Asar
🤲 Doa Awal Tahun (1443H) dibaca selepas masuk waktu Maghrib
SALAM MAAL HIJRAH
'MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI
18/07/2021
9 Zulhijjah adalah merupakan Hari Arafah.
Marilah kita perbanyakkan doa, kerana sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.
Moga Allah perkenankan doa hambanya ini. Amin
Kelebihan Hari Arafah
=======
1. Tidak lama lagi kita akan masuk pada Hari Arafah. Hari di mana Allah Taala sendiri mendekati hamba-hambanya. Perkara ini disebutkan dalam hadis yang sahih. Sabda Rasulullah ﷺ:
ما من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يباهي بهم الملائكة فيقول: ما أراد هؤلاء؟
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?” (Sahih Muslim)
2. Hari Arafah ini tidak sama dengan malam Lailatul Qadar. Andai malam Lailatul Qadar dirahsiakan dari hamba-hambanya, maka pada hari Arafah ini kita telah pun maklum mengenai waktunya.
3. Justeru pada Hari Arafah ini, perbanyakkanlah berdoa. Ini kerana, menurut Rasulullah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Sabda Baginda:
: خير الدعاء دعاء يوم عرفة، وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
4. Bagi yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Kerana Rasulullah bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosa mereka. Sabda Baginda:
صيامُ يومِ عرفةَ، أَحتسبُ على اللهِ أن يُكفِّرَ السنةَ التي قبلَه والسنةَ التي بعده
“Puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa tahun terdahulu dan dosa selepas daripadanya.” (Sahih Muslim)
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
17/07/2021
Amalan-amalan sunat di bulan Zulhijjah. Jom beramal!
Amalan-Amalan Sunat Bulan Zulhijjah 1442H/2021M
Marilah sama-sama kita memanfaatkan 10 hari terawal Zulhijjah ini dengan amalan-amalan yang bermanfaat seperti mana yang dianjurkan oleh Nabi SAW.
Jom gandakan amalan 10 hari yang penuh keberkatan ini!
10/07/2021
10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH
Jom..kita rebut peluang yang ada untuk meningkatkan amalan dan memanafaatkan sepenuhnya 10 hari terawal bulan Zulhijjah.
Kredit: Masjid Putra
SYUKUR ALHAMDULILLAH ~ Ayuh kita ambil peluang yang ada ini untuk memanfaatkan sepenuhnya 10 hari terawal bulan Zulihijjah ini. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah.
02/05/2021
10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Terdapat satu malam dalam sepuluh malam terakhir yang diyakini paling istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.
Amal kebajikan seseorang hamba pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukannya selama seribu bulan( 83 tahun 3 bulan).
Berikut adalah doa yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah SAW untuk dibaca ketika malam Lailatul Qadar:
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Engkau mencintai orang yang meminta keampunan, maka ampunilah daku”. (HR. Tirmidzi No. 3513 dan Ibnu Majah No. 3850)
Moga kita diberi kesempatan untuk dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar.
Kredit: JAKIM
28/04/2021
KUNJUNGAN KASIH KE RUMAH ANAK YATIM PERIBADI MULIA
28 APRIL 2021
Program Ihya’ Ramadhan Biro Agama KSKWP hari ini diteruskan lagi dengan program kunjungan kasih ke rumah anak Yatim Peribadi Mulia yang terletak di Kajang, Selangor.
Team Biro Agama KSKWP yang diketuai oleh En. Wan Mohd Afeek Afifi Wan Ali selaku Penolong Ketua Biro Agama telah menyalurkan sedikit sumbangan berupa wang tunai yang merupakan sebahagian daripada hasil terkumpul sumbangan warga Wisma Putra samada di Malaysia mahupun dari Malawakil seluruh dunia.
2 kotak manisan coklet yang disumbang oleh orang perseorangan turut diagihkan kepada penghuni rumah anak yatim ini.
Syukran Jazilan wa Jazakallahu Khairan diucapkan kepada para dermawan..semoga kalian sentiasa dilimpahi rezeki dan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.
27/04/2021
27 April 2021 - Biro Agama KSKWP dengan kerjasama PPZ dan Unit Integriti KLN telah berjaya melaksanakan program Wacana Integriti Siri II Sempena Nuzul Quran bertempat di Auditorium Tun Abdul Razak, Kementerian Luar Negeri.
Antara objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran dan penghayatan warga KLN terhadap nilai-nilai murni dan usaha pengukuhan integriti dalam sektor awam.
Program yang dijalankan secara hibrid (pertemuan secara fizikal dan maya) ini telah berjaya menarik minat ramai peserta untuk menyertainya.
Dengan tajuk “Mengukuhkan nilai integriti dalam diri”, moderator Ustaz Fauzi Mustafa, bersama dua panelis iaitu Al-fadil Ustaz Haslin Baharim dan Al-fadil Ustaz Syed Norhisham Al-Idrus telah berjaya mengupas topik tersebut dengan padat dan menarik.
Kaunter info dan pembayaran zakat juga telah dibuka bagi memudahkan warga wisma untuk menguruskan urusan zakat mereka.
Semoga dengan terlaksananya program seumpama ini, diharapkan dapat memberi manfaat besar kepada warga Wisma Putra dalam melaksanakan fungsi dan inisiatif organisasi.